Selasa, 28 Ogos 2012

Tinjauan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Murid-Murid Suku Kaum Asli Temiar Gua Musang Kelantan .

Dr Hj Mohd Sani bin Hj Ismail
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu
Abstrak
Kajian kes ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan dan kesanggupan para guru untuk berkhidmat di kawasan pendalaman penempatan orang Asli Temiar di SK Balar Gua Musang.  Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat dan motivasi murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah.  Kajian tinjauan ini melibatkan sampel kajian yang terdiri daripada 14 orang guru dan 19 orang murid tahun enam. Instrumen soal selidik telah dibina sendiri oleh pengkaji untuk mengukur tahap kesediaan guru-guru untuk berkhidmat di SK Balar  dan juga tahap minat murid-murid terhadap pengajaran pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh guru-guru. Instrumen soal selidik ini menggunakan pekali Alpha Cronbach dan nilai pekali kebolehpercayaaan bagi item keseluruhannya ialah 0.9303.  Statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan dan min digunakan untuk menerangkan profil responden dan hasil kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan kesanggupan guru-guru untuk terus mengajar, berkhidmat, melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap  rendah dan sederhana.   Begitu juga dengan tahap penerimaan dan penyesuaian diri guru-guru dengan masyarakat setempat menunjukkan guru-guru tidak mampu untuk menyesuaikan diri dan bergaul dengan masyarakat orang Asli Temiar.  Namun begitu dari segi pendekatan, kaedah dan teknik pedagogi  yang digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran dapat menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah.  Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap minat dan motivasi belajar dalam kalangan murid-murid orang Asli Temiar adalah tinggi.
Katakunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Asli Temiar, Kesediaan, Kesanggupan, Minat, Pendekatan dan Kaedah.

1.0     PENGENALAN
Pendidikan merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan kepakaran dan keterampilan khusus. Pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah kelompok masyarakat dan Negara. Pada asasnya, Falsafah  Pendidikan  Negara ingin melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Mutu pendidikan yang baik secara langsung atau tidak langsung akan memberikan sumbangan kepada pembentukan generasi cemerlang. Mutu pendidikan yang cemerlang pula banyak bergantung kepada komitmen, penglibatan, kesediaan, kesanggupan dan produktiviti tinggi dalam pengajaran pembelajaran dikalangan pendidik (Wan Ashibah  2003).
Bagi mencapai matlamat pendidikan, sangat mustahak institusi-institusi pendidikan menghasilkan sumber manusia dan bakal guru yang berpengetahuan, berketerampilan, berkeupayaan untuk berfikir dan menyelesaikan masalah serta memiliki semangat kesediaan untuk mengajar di kawasan-kawasan pendalaman yang daif. Kesanggupan, kerelaan dan kesediaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dapat dijadikan sebagai wahana bagi mewujudkan pendidikan yang berkualiti (Hamzah, 2006). Segala tindakan guru adalah penting kerana guru mencerminkan model yang dikatakan sebagai contoh ikutan (role model) kepada pelajarnya. Kejayaan seorang guru melahirkan generasi dengan modal tatis yang seimbang dapat mewujudkan suasana yang harmonis dalam masyarakat dan Negara. Untuk membangun dan melahirkan guru yang memiliki kepandaian, kepintaran, jati diri yang tinggi dan akhlak yang baik,  memerlukan seseorang guru yang mempunyai komitmen, kesediaan, kesedaran dan kesanggupan berkorban untuk menyumbang bakti di kawasan-kawasan pendalaman seperti di kawasan penempatan orang asli Kampung Perawas iaitu di Sekolah Kebangsaan Balar, Gua Musang, Kelantan.
Noriah (2005) dalam kajiannya menyebutkan bahawa profesion perguruan merupakan satu profesion yang tidak mempunyai masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Selain daripada mengajar pada waktu pagi, guru juga dikehendaki datang ke sekolah pada waktu petang, pada hujung minggu dan pada hari-hari cuti untuk menjalankan kegiatan kokurikulum seperti badan beruniform, kelab dan lain-lain. Selain itu, seseorang individu yang menjadi guru akan memiliki tugas yang kompleks dan penuh dengan cabaran. Mereka bukan sahaja bertugas sebagai pengajar, tetapi juga perlu melakukan kerja-kerja lain seperti pentadbiran, perkeranian, menjalankan kegiatan kokurikulum dan melibatkan diri dalam persatuan ibu bapa dan guru (Zamri, Norasmah & Mohammed Sani, 2007). Untuk menjadi pendidik yang baik dan memenuhi tuntutan pendidikan kebangsaan, guru perlu menyediakan diri dengan pelbagai kepakaran, kemahiran, kesediaan, kesanggupan, keupayaan dan komitmen dalam pelbagai bidang keilmuan sebagai bekalan untuk berkhidmat dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar (Usman, 2006).
Kementerian Pendidikan Malaysia (2008), turut memberi perhatian khusus kepada pendidikan Orang Asli kerana kadar penyertaan dan penguasaan 3M mereka masih rendah sementara ketidakhadiran dan kadar keciciran mereka yang tinggi. Bagi mengurangkan kadar buta huruf rakyat khususnya Orang Asli Temiar, membasmi kemiskinan tegar melalui agenda pendidikan, membantu anakanak meningkatkan pencapaian dan menggalakkan anakanak ke sekolah bagi mengurangkan insiden keciciran dan ponteng sekolah.
1.1     Pernyataan Masalah
Seorang guru seharusnya memiliki kepakaran, kemahiran dan kesediaan dalam mengajar murid-murid di sekolah. Guru yang berkemahiran tinggi adalah guru yang memiliki kepakaran dalam pelbagai pendekatan pedagogi dan bidang perkhidmatan yang luas (Usman 2006). Beliau juga menambah bahawa seorang guru yang pakar bererti dirinya juga telah memiliki kompetensi dan profesionalisme yang tinggi. Oleh itu, seseorang guru itu haruslah mempunyai kesanggupan, kesediaan untuk berkhidmat dimana-mana saja ditempatkan selepas tamat belajar dari institusi-institusi pendidikan guru. Terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar, pendalaman dan kawasan terpencil seperti di kawasan penempatan orang-orang asli.
Menurut Badrul Hisham Alang Osman (2010) sejauhmanakah guru permulaan dapat memenuhi beberapa ciri seperti kualiti diri, pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum dan pengurusan kerja apabila ditempatkan mengajar di kawasan luar bandar dan di sekolah orang asli seluruh Malaysia.  Di samping itu juga seseorang guru seharusnya menguasai pelbagai pendekatan pedagogi, psikologi pendidikan, kaedah pengajaran pembelajaran dan penyediaan bahan pengajaran pembelajaran. Keupayaan dalam penguasaan pendekatan pedagogi, psikologi dan penyediaan bahan pengajaran pembelajaran untuk proses pembelajaran adalah merupakan kompetensi yang amat penting bagi seorang guru.
Menurut Mulyasa (2005) pula, masih banyak guru yang kurang kesediaan mental, emosi, dan motivasi secara peribadi untuk mengembangkan profesion mereka sebagai guru. Akhirnya memberi kesan yang positif kepada perkhidmatan sebagai guru dari segi pengajaran pembelajaran, komitmen dan pengorbanan.  Mulyasa (2005) menyatakan guru-guru yang kurang motivasi, persediaan mental, fizikal dan semangat diri, juga akan mengalami kekurang dari segi penyediaan bahan-bahan alat bantu mengajar, pengelibatan dalam bidang pembelajaran dan menggunakan teknologi terkini.
Menurut Atef al-Tamimi & Munir (2010), guru yang mempunyai hubungan baik dengan murid boleh membimbing dan membantu mereka dalam pencapaian akademik. Selain itu, sikap mesra kepada pelajar juga akan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi, keselesaan, keseronokan dan sikap murid untuk belajar (Atef al-Tamimi & Munir 2010). Guru juga perlu bijak mengawal emosi diri dengan mengkaji situasi persekitaran murid supaya menimbulkan minat belajar dalam mata pelajaran yang diajarkan (Usman  2006).
Purwanto (1990) menyatakan bahawa sesetengah daripada guru mempunyai emosi yang negatif  dari segi pergaulan dengan guru-guru lain. Mereka selalu berdepan dengan masalah apabila bekerja dengan guru-guru lain dalam menjalankan tugas di sekolah. Perkara ini bermula daripada perasaan rendah diri diikuti oleh sikap mengasingkan diri daripada rakan sekerja, mengalami kemurungan, menghadapi masalah diri dan akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seorang guru diharapkan mesti mengetahui semua latar belakang kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar, mengembangkan model mengajar dengan pelbagai kecerdasan, bukan hanya dengan kecerdasan yang dimiliki oleh guru. Untuk mempastikan kemajuan pelajar, guru perlu menggunakan pelbagai model yang sesuai dengan kepelbagaian kecerdasan (Soetjipto, 1999).
UNICEF (2009), Orang Asli telah hidup di dalam masyarakat yang terasing dan kurang mendapat perkhidmatan seperti sekolahsekolah dan juga penjagaan kesihatan. Kedudukan geografi mereka yang terletak jauh di pedalaman telah mengukuhkan pemikiran di kebanyakan masyarakat orang asli bahawa tiada faedah untuk menghantar anakanak mereka ke sekolah. Mengikut perangkaan, terdapat lebih kurang 80 peratus kanakkanak Orang Asli yang tercicir dari alam persekolahan dan tidak menamatkan persekolahan.
Usahausaha ini adalah selari dengan Rancangan Pembangunan Malaysia untuk mengurangkan jurang perbezaan di antara kawasan pedalaman dengan kawasan Bandar dan juga di antara daerah yang maju dengan daerah yang kurang maju. Untuk guru-guru kawasan pendalaman perlulah menyemaikan kemahirankemahiran untuk generasi baru Orang Asli,agar mereka dapat membentuk pilihanpilihan mereka sendiri untuk masa hadapan.
Implikasinya, guru-guru yang mempunyai kesediaan, kesanggupan, kepakaran, kemahiran, semangat, dan jati diri yang baik, boleh mempengaruhi minat dan motivasi belajar di kalangan murid-muridnya. Disamping itu juga selain daripada kesediaan guru untuk mengajar di sesuatu tempat, peranan persekitaran tempat persekolahan juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi minat murid-murid untuk menimba ilmu.
1.2     Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru-guru SK Balar untuk menjalankan tugas sebagai seorang pendidikan dari segi kerelaan berkhidmat, pengajaran pembelajaran, pendekatan pedagogi, motivasi dan penglibatan dengan masyarakat setempat.
Kajian ini juga bertujuan:
1. Untuk mengenalpasti tahap kesediaan dan kesanggupan guru untuk terus berkhidmat di SK Balar.
2. Untuk mengenalpasti tahap kemudahan asas, kelengkapan dan suasana persekitaran di SK Balar.
3. Untuk mengenalpasti tahap penerimaan dan penyesuaian diri guru-guru dengan masyarakat setempat.
4. Untuk mengenalpasti pendekatan dan kaedah pedagogi yang digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran di SK Balar.
5. Untuk mengenalpasti  tahap minat murid terhadap pendekatan dan kaedah guru mengajar ikut mata pelajaran.
1.3     Persoalan Kajian
1. Apakah tahap kesediaan dan kesanggupan guru untuk terus berkhidmat di SK Balar?
2. Apakah tahap kemudahan asas, kelengkapan dan suasana persekitaran di SK Balar?
3. Apakah tahap penerimaan dan penyesuaian diri guru-guru dengan masyarakat setempat?
4. Apakah pendekatan dan kaedah pedagogi yang digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran di SK Balar?
5. Apakah tahap minat murid terhadap pendekatan dan kaedah guru mengajar ikut mata pelajaran?
2.0     KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Kerangka konsep kajian ini diadaptasikan daripada Model SIM.  Rajah 1 menunjukkan, kajian ini meramalkan bahawa iklim sekolah mempunyai hubungan yang rapat antara iklim sekolah, amalan pedagogi guru dan motivasi pembelajaran murid.  Gabungjalin antara ketiga-tiga komponen iaitu iklim sekolah, kaedah, pendekatan pengajaran pembelajaran guru akan memberi kesan yang positif kepada minat dan motivasi murid-murid terhadap pembelajaran di sekolah.
3.0     METODOLOGI KAJIAN
Kajian penyelidikan ini merupakan kajian tinjauan menggunakan instrumen  soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji sesuai dengan matlamat dan objektif kajian, untuk memungut data-data kajian yang melibatkan guru-guru dan murid-murid tahun enam yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Balar Gua Musang Kelantan.  Seramai 14 orang guru dan 19 orang murid tahun enam telah dipilih sebagai responden kajian ini.
3.1     Rekabentuk Kajian
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat tahap kesediaan dan kesanggupan guru-guru untuk berkhidmat di  kawasan penempatan orang asli temiar SK Balar Gua Musang. Pendekatan kuantitatif dipilih kerana data lebih mudah diperoleh melalui soal selidik. Singgih (2002) menyatakan bahawa kuantitatif adalah suatu pendekatan kajian yang datanya dinyatakan dalam bentuk angka. Statistik hanya boleh memproses data yang berbentuk angka. Penggunaan alat soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji merupakan instrumen yang sering digunakan untuk menjalankan kajian tinjauan. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mendapatkan gambaran secara menyeluruh tentang kesediaan guru-guru untuk berkhidmat, melaksanakan proses pengajaran pembelajaran, menarik minat belajar dalam kalangan murid, pendekatan pedagogi, kaedah dan penglibatan guru-guru dengan masyarakat setempat.  Di samping itu juga kajian ini bertujuan untuk meninjau minat murid-murid terhadap pendekatan, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Balar, Gua Musang, Kelantan.
3.2     Populasi dan Sampel kajian
Kajian tinjauan ini hanya melibatkan guru-guru dan murid-murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Balar, Gua Musang, Kelantan sahaja. Bilangan guru yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 14 orang, iaitu 12 orang lelaki dan 2 orang perempuan.  Manakala bilangan murid-murid tahun enam yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 19 orang iaitu 10 orang lelaki dan 9 orang perempuan.  Krejcie dan Morgan dalam Wiersma (2000) menyatakan bahawa semakin besar saiz populasi kajian, semakin besar pula saiz sampel yang diperlukan.  Hasil dapatan kajian dari saiz sampel kajian yang besar dapat digeneralisasikan kembali kepada populasi kajian.
3.3     Instrumen kajian
Untuk mengumpulkan maklumat kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua set soal selidik iaitu Soal Selidik Guru-Guru dan Soal Selidik Murid-Murid. Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu (i) Bahagian pertama berkenaan dengan latar belakang dan maklumat ringkas responden, dan (ii) Bahagian kedua terdapat soalan-soalan yang mengukur setiap domain iaitu yang berkaitan dengan kesediaan untuk berkhidmat di kawasan pendalaman, pendekatan pedagogi, kaedah pengajaran pembelajaran yang digunakan dan pengelibatan guru-guru dengan masyarakat setempat.  Di samping itu juga bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang mengukur minat dan motivasi murid-murid untuk hadir ke sekolah dan terhadap pendekatan kaedah pengajaran guru-guru.
3.4     Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian penting dalam sesuatu kajian. Kesahan atau kesahihan merupakan satu konsep yang merujuk kepada sejauh mana alat kajian mengukur apa yang hendak diukur atau sejauh mana alat kajian itu menepati tugasnya (Anastasi & Urbina, 1997). Menurut Murphy dan Davidshofer (1988), APA Standards for Psychology Test (1954) telah mengenal pasti empat strategi untuk mengukur kesahan yang melibatkan kesahan kandungan, kesahan konstruk, kesahan ramalan dan kesahan serentak. Instrumen soal selidik ini menggunakan pekali Alpha Cronbach untuk menganggarkan pekali ketekalan dalaman. Berdasarkan analisis data, nilai pekali kebolehpercyaaan bagi item keseluruhannya ialah 0.9303. Bagi mengetahui tahap nilai min bagi tiap-tiap pemboleh ubah yang dikaji, penyelidik mengkategorikan dan mengiterpetasikan skor min dalam tiga tahap. Skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukan tahap rendah. Skor Min 2.34 hingga 3.66 berada pada tahap sederhana, manakala min 3.67 hingga 5.00 menunjukkan tahap tinggi. Ketiga-tiga tahap skor purata ini berdasarkan kajian Jamil (2002).
3.5     Kajian rintis
Kajian rintis merupakan salah satu peringkat yang melibatkan aktiviti penting dalam kajian tinjauan (Hayes, 2000). Kajian rintis dianggap kajian kecil yang dijalankan dengan tujuan memperbaiki dan meningkatkan kesahan serta kebolehpercayaan alat kajian (Fraenkel & Wallen, 1993). Dengan melakukan kajian rintis, pengkaji dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan alat kajian yang bakal digunakan. Oleh itu, satu kajian rintis dilaksanakan sebulan sebelum dijalankan kajian sebenar. Kajian rintis dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian Besut Terengganu yang melibatkan 20 orang guru dan 22 orang murid tahun enam sebagai responden kajian. Kajian rintis dijalankan untuk menentukan dan membetulkan sebarang kekeliruan berkaitan dengan penggunaan alat-alat pengukuran oleh pengkaji.  Melalui analisis dapatan kajian rintis yang telah dilakukan, secara keseluruhan nilai Alpha Cronbach adalah melebihi nilai 0.800. Menurut Mohd Majid (2000), nilai Alpha Cronbach yang melebihi 0.6 boleh diterima kebolehpercayaannya.
3.6     Tatacara analisis data
Data yang telah dikumpulkan melalui soal selidik dianalisis menggunakan SPSS For Windows Versi 12.  Untuk menganalisis data yang diperolehi, statistik yang digunakan untuk membentang data-data dapatan kajian ialah statistik deskriptif, skor min, peratusan dan kekerapan.  
4.0     DAPATAN KAJIAN
Profil responden kajian
Jadual 1 : Bilangan Guru-Guru
Jantina
Bilangan
Peratusan
Jumlah
LELAKI
12
85
85
PEREMPUAN
2
15
15
Jumlah
14
100
100.0
Jadual 2 : Bilangan Murid-Murid
Jantina
Bilangan
Peratusan
Jumlah
LELAKI
10
52.6
85
PEREMPUAN
9
47.4
15
Jumlah
19
100
100.0
1. Apakah tahap kesediaan dan kesanggupan guru untuk terus berkhidmat di SK Balar?
Jadual 3 : Tahap kesediaan, selesa dan kesanggupan bertugas di SK Balar
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
4
28.5
28.5
SEDERHANA
8
57.2
85.7
TINGGI
2
14.3
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 4 : Minat mengajar di SK Balar
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
3
21.4
21.4
SEDERHANA
8
57.2
78.6
TINGGI
3
21.4
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 5 : Mohon untuk terus  kekal mengajar di SK Balar
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
12
85.7
85.7
SEDERHANA
1
7.1
92.9
TINGGI
1
7.1
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 6 : Berpindah jika diberi pilihan
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
2
14.3
14.3
SEDERHANA
7
50.0
64.3
TINGGI
5
35.7
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 7 : Tahap kepuasan guru terhadap perkhidmatannya di SK Balar
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
8
57.1
57.1
SEDERHANA
6
42.9
100.0
TINGGI
0
0
0
Jumlah
14
100.0

2. Apakah tahap kemudahan asas, kelengkapan dan suasana persekitaran SK Balar?
Jadual 8 : Persekitaran SK Balar mententeramkan dan selesa
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
0
0
0
SEDERHANA
7
50
50
TINGGI
7
50
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 9 : Kemudahan asas mencukupi, lengkap dan memuaskan
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
12
85.7
85.7
SEDERHANA
1
7.1
92.9
TINGGI
1
7.1
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 10 : Kuarters guru lengkap dan dapat digunakan
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
5
35.7
35.7
SEDERHANA
8
57.1
92.8
TINGGI
1
7.1
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 11 : Kemudahan asas disekolah boleh digunakan
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
8
57.1
57.1
SEDERHANA
6
42.9
100.0
TINGGI
0
0
0
Jumlah
14
100.0

Jadual 12 : Kemudahan persekitaran membantu saya meningkatkan mutu perkhidmatan
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
7
50.0
50.0
SEDERHANA
6
42.9
92.9
TINGGI
1
7.1
100.0
Jumlah
14
100.0

3. Apakah tahap penerimaan dan penyesuaian guru-guru dengan masyarakat setempat?
Jadual 13 : Masyarakat setempat memberi kerjasama guru-guru
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
1
7.1
7.1
SEDERHANA
10
71.4
78.6
TINGGI
3
21.4
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 14 : Menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
7
50
50
SEDERHANA
5
40
90
TINGGI
2
10
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 15 : Mengunjungi rumah murid bila tidak hadir ke sekolah
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
8
57.1
57.1
SEDERHANA
6
42.9
100.0
TINGGI
0
0
0
Jumlah
14
100.0

4. Apakah pendekatan dan kaedah pedagogi yang digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran di SK Balar?
Jadual 16 : Mengajar ikut jadual di tetapkan
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
5
35.7
35.7
SEDERHANA
8
57.1
92.9
TINGGI
1
7.1
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 17 : Mengajar ikut sukatan yang ditetapkan
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
4
28.6
28.6
SEDERHANA
8
57.1
85.7
TINGGI
2
14.3
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 18 : Mengajar ikut kaedah jadual waktu yang anjal / fleksibel
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
0
0
0
SEDERHANA
2
14.3
14.3
TINGGI
12
85.7
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 19 : Mengajar kelas tambahan
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
4
28.6
28.6
SEDERHANA
6
42.9
71.4
TINGGI
4
28.6
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 20 : Membantu murid mengulangkaji pelajaran hujung minggu
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
5
35.7
35.7
SEDERHANA
7
50.0
85.7
TINGGI
2
14.3
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 21 : Memberi perhatian, ambil berat, cakna dan
tumpuan terhadap pembelajaran murid-murid
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
0
0
0
SEDERHANA
4
28.6
28.6
TINGGI
10
71.4
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 22 : Memberi imbuhan, ganjaran dan hadiah kepada murid untuk belajar
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
0
0
0
SEDERHANA
8
57.1
57.1
TINGGI
6
42.9
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 23 : Pendekatan dan kaedah pujuk murid untuk belajar
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
2
14.3
14.3
SEDERHANA
5
35.7
50.0
TINGGI
7
50.0
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 24 : Pendekatan mengajar ikut minat, mood, kesukaan dan keinginan murid
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
2
14.2
14.2
SEDERHANA
4
28.4
42.6
TINGGI
8
68.4
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 25 : Sentiasa memberi motivasi, dorongan
dan semangat belajar kepada murid
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
0
0
0
SEDERHANA
3
21.4
21.4
TINGGI
11
78.6
100.0
Jumlah
14
100.0

5. Apakah tahap minat murid terhadap pendekatan dan kaedah guru mengajar ikut mata pelajaran?
Jadual 26 : Minat murid untuk hadir belajar di sekolah
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
1
5.3
5.3
SEDERHANA
5
26.3
26.3
TINGGI
13
68.4
100.0
Jumlah
19
100.0

Jadual 27 : Minat murid terhadap kaedah guru mengajar Bahasa Melayu.
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
2
10.5
10.5
SEDERHANA
2
10.5
21.1
TINGGI
15
78.9
100.0
Jumlah
19
100.0

Jadual 28 : Minat murid terhadap kaedah guru mengajar Bahasa Inggeris
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
12
63.2
63.2
SEDERHANA
3
15.8
78.9
TINGGI
4
21.1
100.0
Jumlah
19
100.0

Jadual 29 : Minat murid terhadap kaedah guru mengajar Sains.
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
12
63.2
63.2
SEDERHANA
4
21.1
84.3
TINGGI
3
15.8
100.0
Jumlah
14
100.0

Jadual 30 : Minat murid terhadap kaedah guru mengajar Matematik
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
4
21.1
21.1
SEDERHANA
1
5.3
26.4
TINGGI
14
73.7
100.0
Jumlah
19
100.0

Jadual 31 : Minat murid terhadap kaedah guru mengajar Agama Islam
Tahap
Bilangan
Peratusan
Jumlah
RENDAH
16
84.2
84.2
SEDERHANA
2
1.5
85.7
TINGGI
1
5.3
100.0
Jumlah
19
100.0

5.0     PERBINCANGAN
5.1     Bilangan Responden Kajian
Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian hasil daripada analisis data dimana, bilangan responden kajian yang melibatkan guru-guru dalam kajian ini adalah seramai 14 orang daripada 21 orang guru-guru keseluruhan yang mengajar di Sekolah Kebangsan Balar.  Walaupun bilangan guru-guru di SK Balar adalah seramai 21 orang tetapi semasa proses pemungutan data dilakukan, terdapat 7 orang guru yang terlibat dengan program di luar kawasan sekolah, dimana ada yang terlibat dengan program diperingkat PPD Gua Musang, 2 orang dirawat dihospital dan ada juga dalam kalangan guru yang terlibat dengan ativiti program di JPN Kelantan.
Manakala responden kajian yang melibatkan murid-murid tahun enam, bilangannya adalah seramai 19 orang daripada 23 orang murid.  Bilangan murid yang terlibat dalam kajian ini kurang daripada jumlah sebenar, adalah disebabkan oleh masalah-masalah yang berkaitan dengan masalah kesihatan, kesukaran untuk hadir ke sekolah kerana faktor pengangkutan, faktor jalan yang rosak, keadaan cuaca iaitu hari hujan dan sebagainya.
5.2     Tahap kesediaan dan kesanggupan guru untuk terus berkhidmat di SK Balar
Merujuk kepada tahap kesediaan, kesanggupan dan keselesaan guru-guru untuk teruskan perkhidmatan di Sekolah Kebangsaan Balar Gua Musang, data-data yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan kesanggupan guru-guru berada di tahap rendah dan sederhana.  Dimana guru-guru kebanyakkannya kurang bersedia dan kurang bersanggupan untuk terus kekal bertugas di SK Balar Gua Musang.  Begitu juga dengan minat dan kesediaan untuk terus kekal mengajar di Sekolah Kebangsaan Balar menunjukkan guru-guru kurang berminat untuk terus kekal mengajar di sana.  Manakala tahap kepuasan guru-guru adalah rendah dan keinginan guru-guru untuk berpindah keluar bertugas ke sekolah-sekolah lain adalah tinggi.  Kebanyakkan guru-guru berkeinginan untuk berpindah ke tempat atau sekolah yang lain.
5.3     Tahap kemudahan asas, kelengkapan dan suasana persekitaran SK Balar
Dari segi kemudahan infrastruktur SK Balar, kebanyakkan guru-guru berpuashati dan bersetuju bahawa SK balar berada dalam keadaan yang lengkap, mententeramkan, selesa dan ceria.  Namun begitu terdapat juga kemudahan dan kelengkapan  yang disediakan oleh pihak kerajaan tidak dapat digunakan dengan baik serta berkesan, contohnya kemudahan internet dan generator elektrik.  Akhirnya menyebabkan segala kemudahan yang disediakan tidak dapat membantu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan  pendidikan yang cemerlang di SK Balar.
5.4     Tahap penerimaan dan penyesuaian guru-guru dengan masyarakat setempat.
Kerjasama masyarakat setempat dengan guru-guru yang mengajar di SK Balar adalah di tahap sederhana, dimana kebanyakkan pendudukan orang Asli Temiar agak pemalu dan segan untuk bercampur gaul dengan masyarakat luar.  Kebanyakkan guru-guru tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat orang Asli Temiar di sebabkan faktor bahasa, budaya, jarak rumah dengan sekolah, lokasi kampung yang berjauhan dan faktor agama.  Faktor jarak rumah dan lokasi kampung yang berjauhan, menyebabkan ramai dalam kalangan guru-guru yang tidak mampu untuk mengunjungii murid-murid, walaupun terdapat murid-murid yang sudah lama tidak hadir ke sekolah.
5.5     Pendekatan, kaedah dan teknik pedagogi yang digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran di SK Balar.
Guru-guru di SK Balar mengamalkan pengajaran pembelajaran menggunakan jadual anjal dan fleksibel.  Kaedah pengajaran pembelajaran menggunakan jadual dan sukatan yang ditetapkan amat sukar dilaksanakan kerana faktor keupayaan murid menguasai kemahiran pembelajaran dan ilmu pengetahuan. Guru-guru juga kurang melaksanakan kelas tambahan dan mengulangkaji pelajaran pada hujung minggu.  Bagi menarik minat murid-murid terhadap pembelajaran, guru-guru menggunakan pendekatan memberi perhatian, ambil berat dan cakna terhadap murid-murid.   Selain itu juga guru-guru menggunakan kaedah memberi imbuhan, ganjaran dan hadiah kepada murid untuk belajar.  Pendekatan dan kaedah pujuk murid belajar, mengajar ikut minat, mood, kesukaan dan keinginan murid banyak diamalkan oleh guru.  Selain itu juga guru-guru seringkali memberi dorongan, semangat dan motivasi kepada murid-murid.  Kebanyakkan murid begitu berminat untuk hadir belajar di sekolah.
5.6     Tahap minat murid terhadap pendekatan dan kaedah guru mengajar ikut           mata pelajaran.
Murid-murid di SK balar begitu berminat dengan cara pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru-guru yang mengajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik.  Kesannya pencapaian, prestasi dan penguasaan murid-murid dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik adalah tinggi.   Sebaliknya bagi subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Agama Islam kebanyakkan murid-murid kurang berminat dari segi pendekatan dan kaedah pengajaran pembelajaran guru.  Menyebabkan prestasi pencapaian murid-murid dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Agama Islam berada di tahap yang rendah.
5.7     Implikasi kajian terhadap profesion perguruan
5.7.1   Secara keseluruhannya, implikasi dapatan kajian terhadap profesion perguruan  dapatlah disimpulkan bahawa guru-guru perlulah mempunyai kesanggupan, kesediaan, kerelaan dan keredhaan dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru dengan penuh tulus ikhlas, walau dimana saja ditempatkan bertugas.  Kesediaan dari segi mental, emosi dan fizikal amat penting dalam mempengaruhi tindak-tanduk serta motivasi seorang pendidik.
5.7.2   Begitu juga dari segi kemudahan asas, kelengkapan dan suasana keceriaan persekitaran sekolah perlulah diberi keutamaan bagi meningkatkan tahap kesediaan, minat dan kesanggupan guru-guru untuk terus berkhidmat di SK Balar.  Disamping itu juga segala kemudahan dan kelengkapan infrastruktur ini seharusnya boleh digunakan dengan efisyen bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dan perkhidmatan pendidikan.
5.7.3   Kerjasama, sokongan dan sumbangan daripada masyarakat setempat juga penting bagi meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar dan memotivasikan guru-guru dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik. Bilamana hubungan kerjasama antara guru-guru dan ibu bapa tidak begitu mesra dan erat, maka kesannya banyak program tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.
5.7.4   Pendekatan, kaedah dan teknik pedagogi yang digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran seharusnya menimbangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan minat, mood, keinginan, kesukaan dan emosi murid.  Disamping itu juga aspek jadual anjal dan sukatan yang fleksibel berbanding dengan jadual tetap, perlulah diamalkan bagi memberi peluang dan ruang kepada murid-murid untuk belajar dengan lebih selesa.
5.7.5   Aspek-aspek lain yang perlu dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran bagi menarik minat belajar dalam kalangan anak-anak murid masyarakat orang asli temiar ialah aspek memberi perhatian, ambil berat, kecaknaan, kaedah memberi imbuhan, ganjaran, hadiah, pujukan, dorongan, ransangan emosi, motivasi dan semangat.  Melalui dorongan kata-kata semangat, teknik modeling dan motivasi dapat meningkatkan tahap keinginan murid-murid untuk belajar.
5.7.6   Manakala tahap minat murid terhadap pendekatan dan kaedah guru mengajar ikut mata pelajaran menunjukkan terdapat perbezaan yang cukup jelas.  Dimana murid-murid begitu berminat dengan kaedah pengajaran pembelajaran yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu dan Metematik.  Manakala untuk subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Agama Islam mendapati bahawa pelajar kurang berminat dari segi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran yang digunakan oleh guru-guru.
6.0     KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa bagi mendapatkan hasil pendidikan yang berkesan, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran.  Antara aspek yang perlu dipertimbangkan bagi dilaksanakan ialah aspek yang berkaitan kesediaan, kerelaan dan kesanggupan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik.  Disamping itu juga guru-guru perlulan mempunyai keupayaan untuk menjalinkan hubungan yang mesra dengan masyarakat setempat.  Melaksanakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran yang menarik minat murid belajar dengan mempertimbangkan aspek psikologi dan pedagogi dalam pendidikan.
BIBLIOGRAFI
Ainol Madziah Zubairi & Isarji Sarudin. (2010). Motivation to learn a foreign language in   Malaysia. GEMA Online Journal of Language Studies, 9 (2): 73-87.
Alias Baba. (1999). Research statistic in social science education. Bangi: Penerbit           Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anastasi, A. & Urbina, S. (1997). Psychology testing. 7th Edition. New Jersey: Prentice        Hall.
Atef al-Tamimi & Munir Shuib. (2010). Motivation an attitudes towards learning : A study of petroleum engineering undergraduates at Hadhramout University of Sciences       and Technology.
Chaer, Abdul. (2003). Psikolinguistik kajian teoretik. Jakarta: PT Rineka Cipta.
Cooper, J. F. (1995). A primer of brief psychotherapy. New York: W.W. Norton &           Company.
Elias, M. J., Zinns, J. E. & Weisberg, R. P. (1997). Promoting social and emotional           learning: Guidelines for educators. Alexandria, VA: Association for Supervision   Curriculum and Development.
Fraenkel, J. R. & Wallen, N. E. (1993). How to design and evaluate research in           education. 2nd Edition. New York: McGraw-Hill Inc.
Hayes, N. (2000). Doing psycology research. Philadelphia: Open University Press.
Hamzah, B. Uno. (2006). Orientasi baru dalam psikologi pembelajaran. Jakarta: PT           Bumi Aksara.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah:           Satu penilaian. Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-5. Kuala           Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mulyasa, Puworno. (2005). Menjadi guru profesional: Menciptakan pembelajaran kreatif           dan menyenangkan. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.
Murphy, K. R. & Davidshofer, C. O. (1988). Psychology testing: Principles and           application. Boston: Prentice Hall.
Purwanto, Ngalim. (1990). Psikologi pendidikan. Jakarta: PT Remaja Rosdakarya.
Singgih, S. (2002). SPSS statistik parametrik. Jakarta: PT Elex Media Komputindo.
Soetjipto, Raflis Kosasi. (1999). Profesion  keguruan. Jakarta: PT Rineka Cipta.
Teuku Iskandar. (2004). Kamus dewan. Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &        Pustaka.
Usman, Uzer M. (2006). Menjadi guru profesional. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.
Wiersma, W. (2000). Research methods in education: An introduction. Needham           Heights: A Division of Simon & Schuster Inc.
Zamri Mahamod, Norasmah Othman & Mohammed Sani Ibrahim. (2007).           Profesionalisme guru novis: Model latihan. Edisi Kedua. Bangi: Penerbitan           Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.