Khamis, 6 September 2012

MENGENAL NOMBOR BERDASARKAN GAMBAR OBJEK BAGI TAHUN 1


Hanim Binti Jamaludin
Sekolah Kebangsaan FELDA Rentam,
28300 Triang, Pahang.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk memudahkan murid mengingat dan menulis  bentuk nombor satu hingga sembilan berdasarkan objek. Kajian ini dilakukan terhadap dua orang murid Tahun Satu Arif, Sekolah Kebangsaan Felda Rentam iaitu Afiq dan Najehah. Dapatan kajian menunjukkan Afiq dan Najehah dapat menulis dengan tepat nombor yang disebut, juga mengingat objek-objek yang dikaitkan. Oleh itu, saya syorkan kaedah ini digunakan bagi membantu murid yang tidak mengenal nombor.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Sekolah saya merupakan sekolah kategori sekolah luar bandar. Sekolah ini terletak kira-kira 18 kilometer dari bandar Bera. Majoriti ibubapa atau penjaga terdiri daripada peneroka. Bilangan murid pada tahun ini menurun daripada 275 pada Tahun 2008 kepada 254 pada tahun 2009. Penurunan bilangan murid ini berlaku kerana ramai ramai diantara generasi muda anak-anak peneroka berhijrah ke bandar. Walaupun begitu, bilangan murid Tahun 1 meningkat daripada 26 orang (2008) kepada 35 orang (2009).
Saya bertuah kerana majoriti murid Tahun 1 pernah menghadiri kelas Pra Sekolah ataupun Tadika. Jadi mereka tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawan.
Saya diberi tugas mengajar Matematik Tahun 1 dan 2 bermula pada tahun ini. Pada tahun lepas saya mengajar Matematik Tahun 3 dan 4 (Tahap 2). Pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid Tahun Satu di setiap sekolah merupakan perkara yang penting. Ini kerana pada tahap permulaan subjek Matematik,  guru-guru berperanan penting untuk memperkenalkan murid –murid kepada  nombor. Sesetengah murid mungkin mereka menghafal nombor dengan sebutan atau percakapan sahaja tetapi gagal untuk menulis dengan betul. Ada yang menulis dengan terbalik, ada yang tidak dapat menulis dengan lengkap dan sebagainya. 
PERNYATAAN MASALAH 
Berdasarkan buku latihan Matematik Jilid Satu Tahun Satu, latihan mengenal dan menulis nombor adalah sangat ringkas. Murid-murid hanya perlu menyambung titik untuk dijadikan nombor. Mereka hanya akan dapat menulis dengan baik apabila melihat buku. Masalah yang timbul apabila murid tidak dapat menulis dengan baik tanpa buku. Oleh itu saya telah membuat kajian untuk mengenalpasti cara terbaik untuk murid mengingat nombor. Saya mendapati Afiq dan Najihah tidak dapat menulis nombor dengan betul. Afiq pernah menghadiri kelas Pra Sekolah tetapi Najihah langsung tidak pernah menghadiri mana-mana kelas Pra sekolah atau Tadika. Jadi saya perlu memberikan pengajaran yang khusus untuk mereka. Saya perlu memberi tumpuan lebih kepada Afiq dan Najihah kerana menulis nombor adalah perkara asas dalambelajar Matematik.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid membentuk nombor dengan mudah berdasarkan objek.
OBJEKTIF  KAJIAN
Objektif  kajian yang saya akan lakukan adalah bertujuan untuk membantu murid agar:
1) Mudah mengingat bentuk nombor melalui objek yang ditunjuk.
2) Menulis nombor 1 hingga 9 dengan betul.
3) Merasa seronok untuk belajar dengan melihat objek-objek yang menarik.
4) Menjawab soalan ujian dengan betul.
SOALAN KAJIAN
Antara soalan kajian ialah :
1) Adakah objek yang saya gunakan sesuai untuk nombor berkenaan untuk murid ingat?Mampukah murid saya untuk menulis dengan betul nombor1 hingga 9?
2) Adakah cara yang saya gunakan dapat menarik minat murid untuk belajar Matematik?
3) Adakah murid dapat menjawab ujian dengan betul dan tepat?
KESIGNIFIKAN KAJIAN
  • Dengan menunjukkan gambar objek yang seakan-akan menyerupai nombor 1 hingga 9 akan memudahkan murid mengingati bentuk nombor tersebut.
  • Memudahkan murid untuk menulis dengan betul bentuk nombor 1 hingga 9.
METODOLOGI KAJIAN 
Reka Bentuk Penyelidikan
Penyelidikan ini mengaplikasikan model penyelidikan tindakan (model Kemmis dan Taggart, 1992) seperti gambarajah berikut :
Sasaran Kajian
Kumpulan sasaran terdiri daripada 2 orang murid Tahun 1 Arif, Sekolah Kebangsaan FELDA Rentam, Triang, Pahang.
Batasan Kajian
Kajian ini terhad kepada murid yang langsung tidak mengenal nombor sahaja.
Instrumen Kajian
Data dikumpul dengan menggunakan 2 kaedah iaitu :
i.                 Ujian pra dan ujan pasca
ii.                Soal jawab secara lisan.
Analisis Kajian
i. Ujian pra dan ujian post dianalis dengan melihat murid dapat membentuk nombor dengan betul.
ii. Soal jawab secara lisan dimana guru bertanya kepada murid bentuk nombor 1 hingga 9 secara rawak.
TINJAUAN AWAL
Saya telah membuat tinjauan awal masalah murid melalui
i. Latarbelakang murid.
ii. Mengadakan ujian pra.
Latarbelakang murid
Saya mendapati 5 daripada 35 orang murid Tahun 1 tidak pernah menghadiri mana-mana kelas Pra Sekolah atau Tadika. Selain daripada itu, walaupun ramai diantara mereka pernah mendapat pendidikan awal secara formal, tetapi masih terdapat murid yang lemah dalam mengenal nombor.
Analisis Ujian Pra
Ujian Pra dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran pencapaian dan kebolehan murid untuk menulis nombor 1 hingga 9. Saya telah membuat satu ujian secara tidak langsung untuk mengetahui tahap asas pengetahuan murid pada nombor. Saya langsung tidak menunjuk dan mengajar mereka cara untuk menulis.Saya ingin mereka mengingat apa yang telah mereka belajar sebelum ini. Kemudian saya semak apa yang mereka tulis.Keputusan ujian pra adalah seperti berikut :

Pencapaian
Bilangan murid
Menulis dengan tepat dan betul nombor 1 hingga 9
33 orang
Tidak boleh menulis dengan tepat dan betul nombor 1 hingga 9
2 orang
(Afiq dan Najehah)
Hasil daripada ujian pra tersebut, saya mendapati bahawa 2 oarang pelajar saya gagal untuk menulis nombor 1 hingga 9 dengan tepat.Mereka tidak mempunyai pengetahuan asas  dan tidak mengingati nombor. Terdapat 2 kertas ujian yang menunjukkan mereka tidak dapat menulis nombor dengan betul.
Kertas ujian Najehah (sebelum kajian)
Kertas ujian Afiq (sebelum kajian )
PERANCANGAN TINDAKAN
Saya merancang untuk memanggil Afiq dan Najihah dibelakang kelas pada minit terakhir P&P Matematik Tahun 1. Saya akan menggunakan powerpoint sebagai alat bantu mengajar untuk mereka berdua sahaja.

PELAKSANAAN TINDAKAN
Pelaksaan tindakan adalah seperti berikut : 
a) Mendapatkan gambar- gambar objek yang sesuai dengan bentuk nombor.

Gambar objek
Nombor
Pensil
1
Telinga
2
Dua jari
3
Kerusi Terbalik
4
Dacing / Mata kail
5
Wisel
6
Cangkul
7
2 biji bola
8
Payung
9

b) Guru menyediakan powerpoint berkaitan iaitu perbandingan objek dengan bentuk nombor. (Lampiran).
c) Guru menayangkan powerpoint kepada murid dan menerangkan kepada murid kaitan objek dengan bentuk nombor. Guru memperkenalkan nombor 1 hingga 9 dalam 3 peringkat  (Peringkat 1 : nombor 1,2 dan 3) (Peringkat 2 : nombor 4, 5 dan 6) (Peringkat 3 : nombor 7, 8 dan 9) berasingan kerana murid-murid Tahun Satu mempunyai daya ingatan yang agak perlahan.
d) Kemudian guru menguji murid dengan menyebut objek yang menyerupai dan murid menulis nombor. Seterusnya guru juga menyebut nombor dan murid menulis nombor (Ujian Pasca).
e) Guru juga bertanya secara lisan kepada murid. Murid menyebut nombor atau objek yang berkaitan.
f) Akhirnya guru mendapati murid mudah untuk menulis nombor dengan tepat.
PENGUMPULAN DATA
Data dikumpul menggunakan 2 kaedah iaitu :
i) Menjalankan ujian pra dan ujian pasca untuk mengenalpasti tahap pengetahuan asas murid untuk menulis nombor 1 hingga 9.
ii) Guru bertanya kepada murid secara lisan objek berkaitan dengan nombor.
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Analisis ujian pasca
Hasil kerja Najehah (Selepas tindakan)

Hasil kerja Afiq (Selepas tindakan)
Ini menunjukan bahawa Afiq dapat menulis nombor dengan betul. Di bahagian atas kertas ini menunjukkan dimana guru menyebut nombor dan murid menulis nombor dengan mengingat bentuk. Arahan daripada guru adalah seperti berikut :
Guru : Afiq, tuliskan nombor lima, tiga, satu, empat, lapan, tujuh dan sembilan. 
Kemudian, afiq mengingat bentuk nombor berdasarkan obek yang telah ditunjukkan oleh guru sebelumnya. Akhir sekali, guru menguji sekali lagi dengan menyuruh Afiq menuls nombor satu hingga 9 seperti dalam gambar di atas.
Selepas Afiq, guru menguji Najehah untuk menulis nombor 1 hingga 9. Arahan guru kepada Najehah adalah seperti berikut :
Guru : Najehah, tuliskan nombor tujuh, lapan, empat, satu, dua , lima dan sembilan.

Analisis soal jawab secara lisan

Guru : Afiq, bentuk nombor empat menyerupai objek apa?
Afiq   : Kerusi
Guru : Bentuk payung?
Afiq   : Nombor 9
Guru : Bentuk pensil sama dengan nombor berapa?
Afiq   : Satu.

Soal jawab bersama Najehah
Guru                :           Najehah, bentuk nombor tujuh menyerupai objek apa?
Najehah           :           Cangkul
Guru                :           Bentuk telinga?
Najehah           :           Nombor 2
Guru                :           Bentuk dua bola sama dengan nombor berapa?
Najehah           :           Lapan.


Berdasarkan soal jawab bersama Afiq dan Najehah tersebut menunjukkan bahawa mereka berdua  dapat mengingat dengan baik dan tepat bentuk-bentuk nombor 1 hingga 9.


Interpretasi Data

Hasil daripada ujian Pra dan ujian Pasca menunjukka perbezaan yang ketara. Pada permulaannya Afiq dan Najehah tidak mampu untuk menulis nombor dengan betul. Mereka tidak dapat membayangkan nombor-nombor yang perlu ditulis. Hanya beberapa nombor sahaja yang ditulis oleh mereka.
Setelah guru memperkenalkan teknik yang lebih mudah dengan mengaitkan objek dengan nombor, mereka dapat menulis dan mengingati bentuk nombor dengan baik.
Kini, semua murid Tahun Satu Arif dapat menulis dan mengingat bentuk nombor dengan baik.
REFLEKSI 
Sepanjang kajian ini dijalankan, terdapat pelbagai masalah dan kelemahan yang terpaksa ditangani, diantaranya ialah kekangan masa semasa P&P untuk menumpukan perhatian kepada Afiq dan Najehah. Afiq dan Najehah diletakkan dalam kumpulan yang berbeza. Jadi mereka berdua perlu mengikut tahap rakan-rakan lain yang sama kumpulan dengan mereka. Selain daripada itu, Afiq selalu tidak hadir ke sekolah. Jadi apabila saya ingin membuat Ujian Pasca terpaksa ditangguhkan. Penyediaan bahan powerpoint juga makan masa untuk saya mencari gambar-gambar berkaitan. Gambaran objek perlu difikirkan kesuaiannya dengan nombor juga pemahaman murid dengan gamba tersebut.
Adalah diharap agar dengan cara yang diperkenalkan ini memudahkan murid-murid untuk mengenal nombor samada murid-murid Tahun 1 Arif ataupun dapat diguna pakai oleh bagi tujuan P&P Pra Sekolah.
PENUTUP
Kesimpulannya, dengan penyelidikan yang saya telah lakukan ini dapat membantu Afiq dan Najehah, murid Tahun Satu Arif, Sekolah Kebangsaan Felda Rentam, Triang dapat  menulis dengan bentuk yang betul nombor 1 hingga 9 berdasarkan ingatan terhadap objek-objek berkaitan. Akhirnya diharapkan teknik yang saya perkenalkan ini dapat dipraktikkan bagi murid bermasalah mengenal nombor.
BIBLIOGRAFI
Leinhardt, G., & Smith, D. A. (1985). Expertise in mathematics instuction: Subject matter knowledge. Journal of Educational Psychology, 77, hlm. 241-271.
Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Amir Awang. ( 1986 ). Teori-teori Pembelajaran.Shah Alam: Fajar Bakti.

Kajian Tindakan ~ Mengatasi Masalah Murid Tidak Mengenal Huruf


Mazita bt. Bahari
Sekolah Kebangsaan Betau
Peti surat 26, Pejabat Pos Sungai Koyan,
27650 Sungai Koyan,
Pahang Darul Makmur
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu 10 orang murid dari Tahun 1 SK Betau bagi mengenal huruf a-z agar mereka dapat menggunakan pengetahuan asas ini dalam pembelajaran mereka yang akan lebih mencabar di masa hadapan. Seramai 10 orang pelajar dari tahun 1 telah dipilih sebagai sampel bagi menggunakan modul pembelajaran alphabet “I Know You” yang saya hasilkan. Setelah menjalankan sesi penggunaan modul selama dua bulan, saya dapati beberapa orang murid yang dibimbing telah dapat mengenali huruf dengan baik. Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan modul ini boleh diteruskan pada masa akan datang bagi membantu murid lain yang belum dapat menguasai kebolehan mengenali huruf.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Masalah pembelajaran murid adalah bertitik tolak dari kebolehan murid tersebut secara individu menguasai kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis yang merupakan satu asas dalam membentuk seorang individu murid yang berjaya dalam pembelajarannya. Kegagalan murid mengenali huruf adalah sangat kritikal dalam usaha murid menggarap maklumat dan ilmu yang bakal dilangsungkan terhadap mereka oleh para guru.
Dalam pendidikan awal kanak-kanak, cara memegang pena dan menulis (penmanship) adalah sangat penting kearah seorang pendidik dapat menyampaikan segala maklumat pembelajaran dengan lebih efektif dan memuaskan. Dalam usaha sebagai seorang pendidik yang ingin berjaya, seorang guru perlu memastikan tahap kebolehan  murid dalam menerima input yang diberikan kepada setiap murid yang dibimbingnya.
PERNYATAAN MASALAH
Objektif utama pembelajaran Bahasa Inggeris bagi murid-murid tahun satu sekolah rendah adalah menjurus kepada kebolehan murid menguasai asas Bahasa Inggeris dari segi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, dan pada masa yang sama menyediakan murid untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Sebagai seorang guru Bahasa Inggeris bagi dua kelas tahun satu di Sekolah Kebangsaan Betau, iaitu sebuah sekolah murid orang asli di dalam daerah Lipis, Pahang, saya mendapati seramai 10 orang murid saya dari kedua-dua kelas tersebut tidak dapat mengenal huruf yang diajukan kepada mereka ketika saya mengajar topik "Things In The Classroom". Saya sangat terkejut dengan masalah ini sedangkan rakan mereka yang lain telah dapat mengenali semua huruf dengan baik. Dari perbualan saya dengan guru kelas mereka, saya mendapati murid-murid ini adalah dari golongan murid yang baru sahaja menghadirkan diri ke sekolah mulai akhir bulan Februari 2009. Oleh itu mereka telah banyak ketinggalan dalam pelajaran peringkat awal seperti yang dilalui oleh rakan-rakan sekelas yang lain.
Pencapaian murid dalam ujian pertama (P1) tahun ini (2009) juga menunjukkan hasil yang sangat tidak memberangsangkan bagi beberapa orang murid tahun satu di sekolah saya. Dengan tahap soalan yang saya anggap sangat rendah itu terdapat seramai 10 orang murid hanya memperolehi markah di bawah 10 % . Situasi ini telah membuat saya resah dan bimbang dengan pencapaian mereka. Saya cuba mendekati murid-murid tersebut dan menilai akan kebolehan mereka ketika saya mengajar. Saya mendapati murid-murid ini tidak dapat mengenal huruf dan lebih parah lagi mereka tidak tahu menggunakan pensil dengan cara yang betul ketika melakukan tugasan penulisan ( copying) yang saya berikan di dalam bilik darjah. Justeru itu, saya telah menghasilkan satu modul khas bertajuk ”I Know You” bagi membantu mengatasi masalah murid buta huruf tersebut.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk membantu mengatasi masalah 10 murid dari tahun satu SK Betau yang tidak mengenal a-z dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya merancang suatu tindakan untuk membantu:
1.          mengurangkan kadar buta huruf yang dialami oleh murid.
2.          murid menulis sesuatu huruf yang disebut dengan betul.
3.          murid mengenal huruf dalam mempelajari perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris.
SOALAN KAJIAN
Antara soalan kajian adalah:
1.          Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu murid mengatasi masalah mengenal huruf?
2.          Bagaimanakah cara yang terbaik untuk saya membolehkan murid dapat menulis huruf dengan cara yang betul?
3.          Bagaimanakah saya boleh membawa murid yang telah kenal huruf agar dapat mempelajari perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris?
KESIGNIFIKAN KAJIAN
1            Dengan menggunakan modul "I Know You" (LAMPIRAN A), murid akan dapat mengenal huruf dengan lebih pantas dan dapat mengikuti P&P bagi topik-topik yang dipelajari oleh kumpulan murid lain dalam kelas yang sama.
2            Kaedah bimbingan secara individu (“personal-coaching”) , akan dapat membantu murid menjadi lebih yakin akan potensi mereka menguasai  celik huruf dan dapat bersaing dengan rakan-rakan lain di dalam bilik darjah.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk penyelidikan
Penyelidikan ini mengaplikasikan model kajian tindakan  oleh Kemmis dan Taggart,(1992) seperti dalam gambarajah berikut:

Sasaran kajian

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid dari Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Betau, Kuala Lipis, Pahang. (       LAMPIRAN 1)

Batasan kajian
Kajian ini adalah terhad kepada objektif pembelajaran dalam Huraian Sukatan Pelajaran :
1. Mengenali huruf (recognising letters of the alphabets)
2. Menulis huruf (writing letters of the alphabets)
Instrumen kajian
Data dikumpulkan dengan menggunakan 4  kaedah iaitu:
i.       Ujian pra : lisan dan bertulis
ii.      Ujian pasca : lisan dan bertulis
iii.    Data kehadiran murid
iv.    Senarai semak huruf-huruf yang dikuasai
Analisis kajian
i.       Data dari ujian pra dan ujian pasca secara lisan akan digunakan sebagai kayu ukur tahap celik huruf murid yang terlibat.
ii.      Data bertulis dari ujian pra dan ujian pasca pula akan memberikan gambaran akan kolaborasi kognitif dan psychomotor murid yang terlibat.
iii.    Peratus kehadiran murid dapat mengukur keberkesanan modul yang digunapakai dalam waktu yang telah dirancangkan.
iv.    Senarai semak akan dapat menunjukkan progress murid dalam mengenal huruf dari masa ke semasa.
TINJAUAN AWAL
Antara instrumen yang digunakan dalam mengesan dan mengenalpasti masalah adalah melalui:
i.       Penelitian hasil tugasan murid
ii.      Mengadakan ujian pra bagi kemahiran lisan dan bertulis
Analisis hasil tugasan murid
Tugasan yang diberikan oleh guru adalah dari segi kemahiran menyalin (copying)  huruf, perkataan dan ayat.
Analisis ujian pra lisan dan bertulis
Ujian pra bagi kemahiran lisan dan bertulis bertujuan mengenalpasti tahap kenal huruf bagi setiap murid yang terlibat. Murid mesti menyebut huruf yang ditunjukkan kepada mereka dan menulis huruf yang disebutkan di atas kertas.
PERANCANGAN TINDAKAN
Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan, didapati murid yang terlibat perlu diberikan bantuan secara peribadi dalam mengenali setiap huruf dan membantu mereka menulis setiap huruf dengan betul. Dengan itu penghasilan modul khas untuk kalangan murid lemah iaitu “I Know You” (LAMPIRAN 2) dihasilkan bagi membantu mereka dengan cara:
i.       Modul digunakan setiap kali guru memasuki kelas terhadap 7 orang murid yang terlibat.
ii.      Modul berkenaan menggunakan kaedah ‘iqra’  tetapi dalam tulisan “rumi”.
iii.    Murid menyebut huruf yang disenaraikan dalam modul secara tersusun dari muka surat ke mukasurat .
iv.    Murid yang tidak menguasai sesuatu huruf tidak akan berganjak dari mukasurat yang tidak dapat dikuasainya itu.
v.     Murid diberikan “tracing task sheets” bagi setiap huruf yang telah dikuasai dari segi lisan.
vi.    Guru memberikan “personal coaching” bagi murid menggunakan pena mereka (penmanship).
vii.  Guru memberikan ujian pasca lisan dan bertulis bagi semua alphabet yang perlu dikuasai oleh murid.
PELAKSANAAN TINDAKAN
Pelaksanaan tindakan akan dilaksanakan mengikut skala masa yang telah ditetapkan:
1       Minggu 1 – 4:murid mengenal setiap huruf a – z  menggunakan modul yang disediakan. Dilaksanakan secara lisan. Guru juga menyediakan senarai semak bagi huruf-huruf yang telah dapat di kuasai oleh murid-murid tersebut. Murid juga diberikan latihtubi penulisan menggunakan "tracing task sheets" di dalam bilik darjah.
2       Minggu 5 – 8 : murid diberikan “personal coaching” bagi “penmenship” murid bagi semua huruf yang telah dapat dikenali.
3       Minggu 9 : Melaksanakan ujian pasca lisan dan bertulis untuk melihat keberkesanan penggunaan modul yang dihasilkan.
PENGUMPULAN DATA
Data  dikumpulkan dengan menggunakan 3 kaedah iaitu
i.       Menjalankan ujian pra dan ujian pasca bagi kemahiran lisan dan bertulis setiap murid dalam mengenali huruf a – z.
ii.      Membuat senarai semak bagi tahap mengenali huruf di kalangan murid.
iii.    Membuat tinjauan umum dengan mendapatkan refleksi guru-guru matapelajaran lain akan prestasi murid pada masa terkini.
Ujian Pra
1.  Show me the letters
Telah dilaksanakan pada 6 April 2009. Dalam ujian ini, murid diberikan papan alphabet untuk menunjukkan huruf yang disebutkan kepada mereka. Hasil ujian awal adalah seperti di bawah;
Oral :Pupils to say out the letters aloud correctly.
Date: 6 April 2009
Name
a
b
c
d
e
f
g
h
i
j
k
l
m
n
o
p
q
r
s
t
u
v
W
x
y
Z
HAFIZAM


























ROBELDO


























ROHAN
/
/
/

/
/


/
/

/
/




/
/


/


/

LOKMAN


























SHAHRIN
/
/
/























MARINA


























NORASIKIN


























NORYANI


























SARINA
/

























SUHAIRI


























Pupils should be able to recognize the letters within 4 weeks:
Week 1 :  letter a – f
Week 2 :  letter g – l
Week 3 : letter m – s
Week 4 : letter t – z
** teacher should  tick the letters pupils had recognized.

2. Tell me what it is
Telah dilaksanakan pada 9 dan10 April 2009. Dalam ujian ini, murid menyebut huruf dalam perkataan-perkataan yang diberikan.
Contoh: This is my book.
Hasil ujian ;
Bil
Nama murid
Hasil ujian
1
HAFIZAM A/L ATAN
Semua huruf tidak dikenali
2
ROBELDO
Semua huruf tidak dikenali
3
ROHAN
Ada huruf yang telah dikenali
4
LOKMAN
Semua huruf tidak dikenali
5
SHAHRIN
Kenal huruf a,b,c sahaja
6
MARINA
Semua huruf tidak dikenali
7
NORASIKIN
Menyebut huruf mengikut urutan lagu “A B C D E F G”
8
NORYANI
Semua huruf tidak dikenali
9
SARINA
Kenal ‘a’ sahaja
10
SUHAIRI
Tidak kenal huruf, malah menyebut “four” bagi huruf yang tidak dikenali

3. Ujian bertulis
Dilaksanakan pada 13 April – 15 April. Ini kerana kehadiran murid adalah berubah-ubah. Murid telah diberi satu lembaran kerja senarai alphabet untuk dilengkapkan.
Hasil ujian secara keseluruhan; murid meniru huruf yang sedia ada di dalam kertas. Beberapa contoh hasil kerja murid adalah seperti LAMPIRAN.

4. Pemerhatian
Sepanjang masa P&P saya dengan murid, saya dapati kehadiran mereka adalah tidak memuaskan. Tidak pernah walau sehari pun semua murid yang terlibat dalam Kajian Tindakan saya hadir semuanya. (LAMPIRAN 3). Namun begitu, setelah mengadakan soal selidik tidak formal dengan guru-guru yang terlibat dengan Tahun 1, saya telah dapat mengenalpasti kelemahan murid-murid ini secara individu.
Bil
Nama murid
Hasil pemerhatian
1
HAFIZAM
Tidak dapat mengikuti P&P seperti rakan lain kerana masih sukar menyalin semua huruf. Malah masih tidak tahu menulis nama sendiri. Saya tidak pasti apakah huruf yang ditulis oleh Hafizam.
2
ROBELDO
Hanya boleh menulis nama. Tidak dapat menulis dengan cepat. Boleh menyalin perkataan. Sangat lambat.
3
ROHAN
Ada huruf dapat disalin dengan perlahan dan betul. Masih banyak huruf yang sukar ditulis sendiri. Rohan menulis / menyalin tulisan dari belakang.
4
LOKMAN
Tidak dapat menyalin dari papan hitam. Boleh menyalin dari buku. Namun banyak kesilapan huruf.
5
SHAHRIN
Seorang yang baik tingkahlaku. Sukar melakukan tugasan yang diberikan kerana tidak mahir huruf. Bersedia melaksanakan tugasan dengan bersungguh-sungguh. Baik dan menurut kata.
6
MARINA
Tidak dapat dikenalpasti huruf yang Marina tulis.
7
NORASIKIN
Rekod kehdiran  adalah baik. Sentiasa lambat dalam membuat tugasan yang diberikan contohnya “matching activities”. Kawan-kawan selalu tolong Sikin membereskan kerjanya. Pemalu, tidak nakal. Amat suka tersenyum bila diajukan soalan oleh guru.
8
NORYANI
Sedikit pemalu. Baik sikapnya di dalam kelas. Jarang hadir ke sekolah.
9
SARINA
Tidak dapat menulis nama. Sikap malas yang ditunjukkan kepada saya menyukarkan lagi keadaan. Sarina suka tidur di dalam kelas. Tidak minat untuk mengikut / bersuara ketika P&P dijalankan. Lebih suka jika guru membantunya secara peribadi. Hanya Norasikin yang menjadi kawannya. Prestasi sosialnya juga kurang baik, walaupun dia tinggal di asrama. Kehadiran adalah baik kerana Sarina tinggal di asrama.
10
SUHAIRI
Saya jarang jumpa Suhairi di kelas. Dia jarang datang ke sekolah. Pendiam, tidak nakal. Pasif. Tidak tahu menulis nama. Sukar menyalin huruf walaupun dari kertas yang diberikan. Banyak kemahiran asas yang belum Suhairi ada; contohnya cara memegang pensil dan penggunaan pembaris dan gunting yang sangat lemah. Suhairi tidak ada kawan rapat. Saya rasa dia ada ciri-ciri murid istimewa.

Selama lebih empat  minggu saya telah melaksanakan latihtubi mengenal huruf kepada murid-murid KT dalam masa P&P Bahasa Inggeris dan di luar masa P&P. Setelah itu saya telah melaksanakan ujian pasca bertujuan melihat keberkesanan kaedah penggunaan modul yang saya gunakan.

Ujian pasca
1. Show me the letters
Date: 28 Mei 2009
Name
a
b
c
d
e
f
g
h
i
j
k
l
m
n
o
p
q
r
s
t
u
V
w
x
y
z
HAFIZAM
/
/
/
/






/
/


/
/



/



/
/
/
ROBELDO
/
/
/
/










/








/


ROHAN
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
LOKMAN
/
/
/
/










/








/
/
/
SHAHRIN
/
/
/
/
/



/



/

/



/

/
/
/
/
/
/
MARINA
/













/








/


NORASIKIN
/













/








/


NORYANI
/













/





/


/


SARINA
/



/



/





/





/


/


SUHAIRI
/













/












2. Tell me what it is
Contoh: These are my eyes.
Hasil ujian ;
Bil
Nama murid
Hasil uijian
1
HAFIZAM
Masih ada huruf yang tidak dikenali
2
ROBELDO
Beberapa huruf telah dikenali
3
ROHAN
Mengenali semua huruf
4
LOKMAN
Semua huruf tidak dikenali
5
SHAHRIN
Kenal kebanyakan huruf
6
MARINA
Semua huruf masih tidak dikenali
7
NORASIKIN
Cuba mengenali huruf tanpa mengikut urutan
8
NORYANI
Semua huruf masih tidak dikenali
9
SARINA
Lebih kenal huruf voval
10
SUHAIRI
Masih tidak kenali banyak huruf

3. Ujian bertulis
Dilaksanakan pada 16 Jun – 19 Jun 2009. Murid sekali lagi telah diberikan satu lembaran kerja senarai alphabet untuk dilengkapkan. Keputusannya adalah seperti berikut;
Bilangan murid
Hasil dari latihan mengisi ’missing alphabets’
1
Berjaya menulis semua jawapan dengan betul
7
Membuat beberapa kesalahan dalam penulisan
2
Masih tidak menguasai kemahiran menulis huruf

4. Keputusan ujian P1 dan P2 murid
Berikut adalah keputusan peperiksaan P1 dan P2 bagi matapelajaran Bahasa Inggeris murid

kajian tindakan;
Bil
Nama murid
 P1
P2
1
HAFIZAM
10
6
2
ROBELDO
7
12
3
ROHAN
8
28
4
LOKMAN
12
25
5
SHAHRIN
5
25
6
MARINA
Tidak hadir
Tidak hadir
7
NORASIKIN
2
Tidak hadir
8
NORYANI
Tidak hadir
6
9
SARINA
6
10
10
SUHAIRI
Tidak hadir
2






MASALAH DALAM MELAKSANAKAN TINDAKAN SUSULAN
1.     Kekangan masa :- saya mengalami tekanan yang banyak untuk mengajar huruf kepada murid-murid ini kerana murid lain telah mahir perkataan. Sekarang ini saya mengajar topic ‘parts of our body’. Saya guna teknik matching, label, copy words dan reading. Murid KT saya boleh menyebut perkataan mengikut guru. Mereka tidak kenal perkataan untuk melebel gambar yang diberi. Murid lain juga perlukan tumpuan dari saya. Jadi, saya terpaksa melayan setiap kerenah murid dan kadangkala terabai memberi tumpuan kepada murid KT. Modul yang saya gunakan baik untuk murid, namun saya tidak cukup masa untuk latihtubi di dalam kelas. Saya rasa saya perlu bawa murid-murid KT ke tempat lain contohnya ke Pusat Sumber Sekolah untuk sesi latihtubi menggunakan modul.
  1. Kehadiran murid:-tidak dapat saya bantu dengan lebih baik jika murid tidak hadir. Kesannya, mereka akan lupa akan apa yang telah saya ajarkan. Perlu ulang semula lagi dan lagi. Perkembangan mereka amat lemah. Pensel pun masih sukar dipegang, apatah lagi mahu menulis perkataan dengan betul.
  2. Murid lain:- saya tidak boleh abaikan murid lain dalam P&P saya. Nampaknya murid yang aktif itu sukakan cara saya mengajar mereka secara dekat (personal coaching) berbanding ‘whole class’ teaching. Kadangkala murid aktif ini sangat mengganggu sesi saya dengan murid KT.
REFLEKSI
Setelah dua bulan saya menggunakan modul tersebut sebagai bahan pengajaran kepada murid-murid lemah ini, saya mendapati terdapat sedikit peningkatan dari segi mengenal huruf telah diperolehi oleh 3 orang murid saya. Mereka telah dapat mengenali huruf a-z dengan baik dan boleh menulis huruf dengan kaedah yang betul. Tiga orang murid ini juga telah dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam ujian P2 Bahasa Inggeris dan juga matapelajaran lain. Saya rasa penggunaan modul yang saya hasilkan ini akan juga dapat membantu murid lain sekiranya lebih masa diberikan kepada mereka agar dapat menggunakan modul dengan lebih baik. Saya bercadang untuk meminta pertolongan dari guru-guru matapelajaran lain dalam penggunaan mudul. Contohnya guru Bahasa Melayu, Moral, Muzik dan lain-lain. Saya berharap agar sesi 5 minit sehari untuk mendekati murid KT adalah langkah yang berkesan dalam usaha memulihkan mereka.
PENUTUP
Kesimpulannya saya amat berharap agar peningkatan celik huruf di kalangan murid dapat dilaksanakan dengan kadar segera agar murid-murid lemah tidak akan ketinggalan dalam pelajaran mereka terutama dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Penggunaan modul secara berterusan dan sistematik juga amat perlu dalam membantu murid cepat celik huruf dan dapat mengikuti P&P dengan lebih efektif dan setara dengan murid lain.
BIBLIOGRAFI

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Madzniyah Md. Jaafar et al. (1995). Modul Kajian Tindakan (PIER). Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
McNiff, J.(1993). Teaching As Learning: An Action Research Approach. London: Routledge.