Mazita bt. Bahari
Sekolah Kebangsaan Betau
Peti surat 26, Pejabat Pos
Sungai Koyan,
27650 Sungai Koyan,
Pahang Darul Makmur
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu 10 orang
murid dari Tahun 1 SK Betau bagi mengenal huruf a-z agar mereka dapat
menggunakan pengetahuan asas ini dalam pembelajaran mereka yang akan lebih
mencabar di masa hadapan. Seramai 10 orang pelajar dari tahun 1 telah dipilih
sebagai sampel bagi menggunakan modul pembelajaran alphabet “I Know You” yang
saya hasilkan. Setelah menjalankan sesi penggunaan modul selama dua bulan, saya
dapati beberapa orang murid yang dibimbing telah dapat mengenali huruf dengan
baik. Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan modul ini boleh diteruskan pada
masa akan datang bagi membantu murid lain yang belum dapat menguasai kebolehan
mengenali huruf.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Masalah pembelajaran murid adalah bertitik tolak dari
kebolehan murid tersebut secara individu menguasai kemahiran mendengar,
membaca, bertutur dan menulis yang merupakan satu asas dalam membentuk seorang
individu murid yang berjaya dalam pembelajarannya. Kegagalan murid mengenali
huruf adalah sangat kritikal dalam usaha murid menggarap maklumat dan ilmu yang
bakal dilangsungkan terhadap mereka oleh para guru.
Dalam pendidikan awal kanak-kanak, cara
memegang pena dan menulis (penmanship) adalah sangat penting kearah seorang
pendidik dapat menyampaikan segala maklumat pembelajaran dengan lebih efektif
dan memuaskan. Dalam usaha sebagai seorang pendidik yang ingin berjaya, seorang
guru perlu memastikan tahap kebolehan murid
dalam menerima input yang diberikan kepada setiap murid yang dibimbingnya.
PERNYATAAN MASALAH
Objektif utama pembelajaran Bahasa Inggeris
bagi murid-murid tahun satu sekolah rendah adalah menjurus kepada kebolehan
murid menguasai asas Bahasa Inggeris dari segi kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis, dan pada masa yang sama menyediakan murid untuk mempelajari
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Sebagai seorang guru Bahasa Inggeris bagi dua
kelas tahun satu di Sekolah Kebangsaan Betau, iaitu sebuah sekolah murid orang
asli di dalam daerah Lipis, Pahang, saya mendapati seramai 10 orang murid saya
dari kedua-dua kelas tersebut tidak dapat mengenal huruf yang diajukan kepada
mereka ketika saya mengajar topik "Things In The Classroom". Saya
sangat terkejut dengan masalah ini sedangkan rakan mereka yang lain telah dapat
mengenali semua huruf dengan baik. Dari perbualan saya dengan guru kelas
mereka, saya mendapati murid-murid ini adalah dari golongan murid yang baru
sahaja menghadirkan diri ke sekolah mulai akhir bulan Februari 2009. Oleh itu
mereka telah banyak ketinggalan dalam pelajaran peringkat awal seperti yang
dilalui oleh rakan-rakan sekelas yang lain.
Pencapaian murid dalam ujian pertama (P1)
tahun ini (2009) juga menunjukkan hasil yang sangat tidak memberangsangkan bagi
beberapa orang murid tahun satu di sekolah saya. Dengan tahap soalan yang saya
anggap sangat rendah itu terdapat seramai 10 orang murid hanya memperolehi
markah di bawah 10 % . Situasi ini telah membuat saya resah dan bimbang dengan
pencapaian mereka. Saya cuba mendekati murid-murid tersebut dan menilai akan
kebolehan mereka ketika saya mengajar. Saya mendapati murid-murid ini tidak
dapat mengenal huruf dan lebih parah lagi mereka tidak tahu menggunakan pensil
dengan cara yang betul ketika melakukan tugasan penulisan ( copying) yang saya
berikan di dalam bilik darjah. Justeru itu, saya telah menghasilkan satu modul
khas bertajuk ”I Know You” bagi membantu mengatasi masalah murid buta huruf
tersebut.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk membantu
mengatasi masalah 10 murid dari tahun satu SK Betau yang tidak mengenal a-z
dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya
merancang suatu tindakan untuk membantu:
1.
mengurangkan kadar buta huruf yang dialami oleh murid.
2.
murid menulis sesuatu huruf yang disebut dengan betul.
3.
murid mengenal huruf dalam mempelajari
perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris.
SOALAN KAJIAN
Antara soalan kajian adalah:
1.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu murid
mengatasi masalah mengenal huruf?
2.
Bagaimanakah cara yang terbaik untuk saya membolehkan
murid dapat menulis huruf dengan cara yang betul?
3.
Bagaimanakah saya boleh membawa murid yang telah kenal
huruf agar dapat mempelajari perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris?
KESIGNIFIKAN KAJIAN
1
Dengan
menggunakan modul "I Know You" (LAMPIRAN A), murid akan dapat
mengenal huruf dengan lebih pantas dan dapat mengikuti P&P bagi topik-topik
yang dipelajari oleh kumpulan murid lain dalam kelas yang sama.
2
Kaedah
bimbingan secara individu (“personal-coaching”) , akan dapat membantu murid
menjadi lebih yakin akan potensi mereka menguasai celik huruf dan dapat bersaing dengan
rakan-rakan lain di dalam bilik darjah.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk penyelidikan
Penyelidikan ini mengaplikasikan model kajian
tindakan oleh Kemmis dan Taggart,(1992)
seperti dalam gambarajah berikut:
Sasaran kajian
Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid dari
Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Betau, Kuala Lipis, Pahang. ( LAMPIRAN 1)
Batasan kajian
Kajian ini adalah terhad kepada objektif pembelajaran
dalam Huraian Sukatan Pelajaran :
1. Mengenali
huruf (recognising letters of the alphabets)
2.
Menulis huruf (writing letters of the alphabets)
Instrumen kajian
Data dikumpulkan dengan menggunakan 4 kaedah iaitu:
i.
Ujian
pra : lisan dan bertulis
ii.
Ujian
pasca : lisan dan bertulis
iii.
Data
kehadiran murid
iv.
Senarai semak huruf-huruf yang dikuasai
Analisis
kajian
i.
Data
dari ujian pra dan ujian pasca secara lisan akan digunakan sebagai kayu ukur
tahap celik huruf murid yang terlibat.
ii. Data bertulis dari ujian pra dan ujian pasca
pula akan memberikan gambaran akan kolaborasi kognitif dan psychomotor murid
yang terlibat.
iii. Peratus kehadiran murid dapat mengukur
keberkesanan modul yang digunapakai dalam waktu yang telah dirancangkan.
iv. Senarai semak akan dapat menunjukkan progress
murid dalam mengenal huruf dari masa ke semasa.
TINJAUAN AWAL
Antara instrumen yang digunakan dalam mengesan
dan mengenalpasti masalah adalah melalui:
i.
Penelitian
hasil tugasan murid
ii. Mengadakan ujian pra bagi kemahiran lisan dan
bertulis
Analisis hasil tugasan murid
Tugasan yang diberikan oleh guru adalah dari
segi kemahiran menyalin (copying) huruf,
perkataan dan ayat.
Analisis ujian pra lisan dan bertulis
Ujian pra bagi kemahiran lisan dan bertulis
bertujuan mengenalpasti tahap kenal huruf bagi setiap murid yang terlibat.
Murid mesti menyebut huruf yang ditunjukkan kepada mereka dan menulis huruf
yang disebutkan di atas kertas.
PERANCANGAN TINDAKAN
Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan,
didapati murid yang terlibat perlu diberikan bantuan secara peribadi dalam
mengenali setiap huruf dan membantu mereka menulis setiap huruf dengan betul.
Dengan itu penghasilan modul khas untuk kalangan murid lemah iaitu “I Know You”
(LAMPIRAN 2) dihasilkan bagi membantu mereka dengan cara:
i. Modul digunakan setiap kali guru memasuki
kelas terhadap 7 orang murid yang terlibat.
ii. Modul berkenaan menggunakan kaedah ‘iqra’ tetapi dalam tulisan “rumi”.
iii. Murid menyebut huruf yang disenaraikan dalam
modul secara tersusun dari muka surat ke mukasurat .
iv. Murid yang tidak menguasai sesuatu huruf tidak
akan berganjak dari mukasurat yang tidak dapat dikuasainya itu.
v. Murid diberikan “tracing task sheets” bagi
setiap huruf yang telah dikuasai dari segi lisan.
vi.
Guru
memberikan “personal coaching” bagi murid menggunakan pena mereka (penmanship).
vii. Guru memberikan ujian pasca lisan dan bertulis
bagi semua alphabet yang perlu dikuasai oleh murid.
PELAKSANAAN TINDAKAN
Pelaksanaan tindakan akan dilaksanakan mengikut skala
masa yang telah ditetapkan:
1
Minggu 1 – 4:murid mengenal setiap huruf a – z menggunakan modul yang disediakan.
Dilaksanakan secara lisan. Guru juga menyediakan senarai semak bagi huruf-huruf
yang telah dapat di kuasai oleh murid-murid tersebut. Murid juga diberikan
latihtubi penulisan menggunakan "tracing task sheets" di dalam bilik
darjah.
2
Minggu 5 – 8 : murid diberikan “personal coaching” bagi
“penmenship” murid bagi semua huruf yang telah dapat dikenali.
3
Minggu 9 : Melaksanakan ujian pasca lisan dan bertulis
untuk melihat keberkesanan penggunaan modul yang dihasilkan.
PENGUMPULAN DATA
Data dikumpulkan
dengan menggunakan 3 kaedah iaitu
i. Menjalankan ujian pra dan ujian pasca bagi
kemahiran lisan dan bertulis setiap murid dalam mengenali huruf a – z.
ii. Membuat senarai semak bagi tahap mengenali
huruf di kalangan murid.
iii. Membuat tinjauan umum dengan mendapatkan
refleksi guru-guru matapelajaran lain akan prestasi murid pada masa terkini.
Ujian Pra
1. Show
me the letters
Telah dilaksanakan pada 6 April 2009. Dalam
ujian ini, murid diberikan papan alphabet untuk menunjukkan huruf
yang disebutkan kepada mereka. Hasil ujian awal adalah seperti di
bawah;
Oral :Pupils to say out the letters aloud
correctly.
Date: 6 April 2009
Name
|
a
|
b
|
c
|
d
|
e
|
f
|
g
|
h
|
i
|
j
|
k
|
l
|
m
|
n
|
o
|
p
|
q
|
r
|
s
|
t
|
u
|
v
|
W
|
x
|
y
|
Z
|
HAFIZAM
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ROBELDO
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ROHAN
|
/
|
/
|
/
|
|
/
|
/
|
|
|
/
|
/
|
|
/
|
/
|
|
|
|
|
/
|
/
|
|
|
/
|
|
|
/
|
|
LOKMAN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SHAHRIN
|
/
|
/
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MARINA
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
NORASIKIN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
NORYANI
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SARINA
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SUHAIRI
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pupils should be able to recognize the letters
within 4 weeks:
Week 1 :
letter a – f
Week 2 :
letter g – l
Week 3 : letter m – s
Week 4 : letter t – z
** teacher should tick the letters pupils had recognized.
2. Tell me what it is
Telah dilaksanakan pada 9 dan10 April 2009. Dalam ujian ini, murid menyebut huruf dalam perkataan-perkataan
yang diberikan.
Contoh: This is my book.
Hasil ujian ;
Bil
|
Nama murid
|
Hasil ujian
|
1
|
HAFIZAM A/L ATAN
|
Semua huruf tidak dikenali
|
2
|
ROBELDO
|
Semua huruf tidak dikenali
|
3
|
ROHAN
|
Ada huruf yang telah dikenali
|
4
|
LOKMAN
|
Semua huruf tidak dikenali
|
5
|
SHAHRIN
|
Kenal huruf a,b,c sahaja
|
6
|
MARINA
|
Semua huruf tidak dikenali
|
7
|
NORASIKIN
|
Menyebut huruf mengikut urutan lagu “A B C D
E F G”
|
8
|
NORYANI
|
Semua huruf tidak dikenali
|
9
|
SARINA
|
Kenal ‘a’ sahaja
|
10
|
SUHAIRI
|
Tidak kenal huruf, malah menyebut “four”
bagi huruf yang tidak dikenali
|
3. Ujian bertulis
Dilaksanakan pada 13 April – 15 April. Ini
kerana kehadiran murid adalah berubah-ubah. Murid telah diberi satu lembaran
kerja senarai alphabet untuk dilengkapkan.
Hasil ujian secara keseluruhan; murid meniru
huruf yang sedia ada di dalam kertas. Beberapa contoh hasil kerja murid adalah
seperti LAMPIRAN.
4. Pemerhatian
Sepanjang masa P&P saya dengan murid, saya
dapati kehadiran mereka adalah tidak memuaskan. Tidak pernah walau sehari pun
semua murid yang terlibat dalam Kajian Tindakan saya hadir semuanya. (LAMPIRAN
3). Namun begitu, setelah mengadakan soal selidik tidak formal dengan guru-guru
yang terlibat dengan Tahun 1, saya telah dapat mengenalpasti kelemahan
murid-murid ini secara individu.
Bil
|
Nama murid
|
Hasil pemerhatian
|
1
|
HAFIZAM
|
Tidak dapat mengikuti P&P seperti rakan
lain kerana masih sukar menyalin semua huruf. Malah masih tidak tahu menulis
nama sendiri. Saya tidak pasti apakah huruf yang ditulis oleh Hafizam.
|
2
|
ROBELDO
|
Hanya boleh menulis nama. Tidak dapat
menulis dengan cepat. Boleh menyalin perkataan. Sangat lambat.
|
3
|
ROHAN
|
Ada huruf dapat disalin dengan perlahan dan
betul. Masih banyak huruf yang sukar ditulis sendiri. Rohan menulis / menyalin tulisan dari belakang.
|
4
|
LOKMAN
|
Tidak dapat menyalin dari papan hitam. Boleh
menyalin dari buku. Namun banyak kesilapan huruf.
|
5
|
SHAHRIN
|
Seorang yang baik tingkahlaku. Sukar
melakukan tugasan yang diberikan kerana tidak mahir huruf. Bersedia
melaksanakan tugasan dengan bersungguh-sungguh. Baik dan menurut kata.
|
6
|
MARINA
|
Tidak dapat dikenalpasti huruf yang Marina
tulis.
|
7
|
NORASIKIN
|
Rekod kehdiran adalah baik. Sentiasa lambat dalam membuat
tugasan yang diberikan contohnya “matching activities”. Kawan-kawan selalu
tolong Sikin membereskan kerjanya. Pemalu, tidak nakal. Amat suka tersenyum bila diajukan soalan oleh guru.
|
8
|
NORYANI
|
Sedikit pemalu. Baik sikapnya di dalam
kelas. Jarang hadir ke sekolah.
|
9
|
SARINA
|
Tidak dapat menulis nama. Sikap malas yang
ditunjukkan kepada saya menyukarkan lagi keadaan. Sarina suka tidur di dalam
kelas. Tidak minat untuk mengikut / bersuara ketika P&P dijalankan. Lebih
suka jika guru membantunya secara peribadi. Hanya Norasikin yang menjadi
kawannya. Prestasi sosialnya juga kurang baik, walaupun dia tinggal di
asrama. Kehadiran adalah baik kerana Sarina tinggal di asrama.
|
10
|
SUHAIRI
|
Saya jarang jumpa Suhairi di kelas. Dia
jarang datang ke sekolah. Pendiam, tidak nakal. Pasif. Tidak tahu menulis
nama. Sukar menyalin huruf walaupun dari kertas yang diberikan. Banyak
kemahiran asas yang belum Suhairi ada; contohnya cara memegang pensil dan
penggunaan pembaris dan gunting yang sangat lemah. Suhairi tidak ada kawan
rapat. Saya rasa dia ada ciri-ciri murid istimewa.
|
Selama lebih empat minggu saya telah melaksanakan latihtubi
mengenal huruf kepada murid-murid KT dalam masa P&P Bahasa Inggeris dan di
luar masa P&P. Setelah itu saya telah melaksanakan ujian pasca bertujuan
melihat keberkesanan kaedah penggunaan modul yang saya gunakan.
Ujian pasca
1. Show me the letters
Date: 28 Mei 2009
Name
|
a
|
b
|
c
|
d
|
e
|
f
|
g
|
h
|
i
|
j
|
k
|
l
|
m
|
n
|
o
|
p
|
q
|
r
|
s
|
t
|
u
|
V
|
w
|
x
|
y
|
z
|
HAFIZAM
|
/
|
/
|
/
|
/
|
|
|
|
|
|
|
/
|
/
|
|
|
/
|
/
|
|
|
|
/
|
|
|
|
/
|
/
|
/
|
ROBELDO
|
/
|
/
|
/
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
ROHAN
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
LOKMAN
|
/
|
/
|
/
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
/
|
/
|
/
|
SHAHRIN
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
|
|
|
/
|
|
|
|
/
|
|
/
|
|
|
|
/
|
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
/
|
MARINA
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
NORASIKIN
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
NORYANI
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
/
|
|
|
SARINA
|
/
|
|
|
|
/
|
|
|
|
/
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
/
|
|
|
SUHAIRI
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
/
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2. Tell me what it is
Contoh: These are my eyes.
Hasil ujian ;
Bil
|
Nama murid
|
Hasil uijian
|
1
|
HAFIZAM
|
Masih ada huruf yang tidak dikenali
|
2
|
ROBELDO
|
Beberapa huruf telah dikenali
|
3
|
ROHAN
|
Mengenali semua huruf
|
4
|
LOKMAN
|
Semua huruf tidak dikenali
|
5
|
SHAHRIN
|
Kenal kebanyakan huruf
|
6
|
MARINA
|
Semua huruf masih tidak dikenali
|
7
|
NORASIKIN
|
Cuba mengenali huruf tanpa mengikut urutan
|
8
|
NORYANI
|
Semua huruf masih tidak dikenali
|
9
|
SARINA
|
Lebih kenal huruf voval
|
10
|
SUHAIRI
|
Masih tidak kenali banyak huruf
|
3. Ujian bertulis
Dilaksanakan pada 16 Jun – 19 Jun 2009. Murid
sekali lagi telah diberikan satu lembaran kerja senarai alphabet untuk
dilengkapkan. Keputusannya adalah seperti berikut;
Bilangan murid
|
Hasil dari latihan mengisi ’missing
alphabets’
|
1
|
Berjaya menulis semua jawapan dengan betul
|
7
|
Membuat beberapa kesalahan dalam penulisan
|
2
|
Masih tidak menguasai kemahiran menulis
huruf
|
4. Keputusan ujian P1 dan P2 murid
Berikut adalah keputusan peperiksaan P1 dan P2
bagi matapelajaran Bahasa Inggeris murid
kajian tindakan;
Bil
|
Nama murid
|
P1
|
P2
|
1
|
HAFIZAM
|
10
|
6
|
2
|
ROBELDO
|
7
|
12
|
3
|
ROHAN
|
8
|
28
|
4
|
LOKMAN
|
12
|
25
|
5
|
SHAHRIN
|
5
|
25
|
6
|
MARINA
|
Tidak hadir
|
Tidak hadir
|
7
|
NORASIKIN
|
2
|
Tidak hadir
|
8
|
NORYANI
|
Tidak hadir
|
6
|
9
|
SARINA
|
6
|
10
|
10
|
SUHAIRI
|
Tidak hadir
|
2
|
MASALAH DALAM MELAKSANAKAN TINDAKAN SUSULAN
1.
Kekangan masa :- saya mengalami tekanan yang banyak untuk mengajar huruf kepada
murid-murid ini kerana murid lain telah mahir perkataan. Sekarang
ini saya mengajar topic ‘parts of our body’. Saya guna teknik matching,
label, copy words dan reading. Murid KT saya boleh menyebut perkataan
mengikut guru. Mereka tidak kenal perkataan untuk melebel gambar yang diberi.
Murid lain juga perlukan tumpuan dari saya. Jadi, saya terpaksa melayan setiap
kerenah murid dan kadangkala terabai memberi tumpuan kepada murid KT. Modul
yang saya gunakan baik untuk murid, namun saya tidak cukup masa untuk latihtubi
di dalam kelas. Saya rasa saya perlu bawa murid-murid KT ke tempat lain
contohnya ke Pusat Sumber Sekolah untuk sesi latihtubi menggunakan modul.
- Kehadiran murid:-tidak dapat saya
bantu dengan lebih baik jika murid tidak hadir. Kesannya, mereka akan lupa
akan apa yang telah saya ajarkan. Perlu ulang semula lagi dan lagi.
Perkembangan mereka amat lemah. Pensel pun masih sukar dipegang, apatah
lagi mahu menulis perkataan dengan betul.
- Murid lain:- saya tidak boleh
abaikan murid lain dalam P&P saya. Nampaknya murid yang aktif itu
sukakan cara saya mengajar mereka secara dekat (personal coaching)
berbanding ‘whole class’ teaching. Kadangkala murid aktif ini sangat
mengganggu sesi saya dengan murid KT.
REFLEKSI
Setelah dua bulan saya menggunakan modul tersebut
sebagai bahan pengajaran kepada murid-murid lemah ini, saya mendapati terdapat
sedikit peningkatan dari segi mengenal huruf telah diperolehi oleh 3 orang
murid saya. Mereka telah dapat mengenali huruf a-z dengan baik dan boleh
menulis huruf dengan kaedah yang betul. Tiga orang murid ini juga telah dapat
meningkatkan pencapaian mereka dalam ujian P2 Bahasa Inggeris dan juga
matapelajaran lain. Saya rasa penggunaan modul yang saya hasilkan ini akan juga
dapat membantu murid lain sekiranya lebih masa diberikan kepada mereka agar
dapat menggunakan modul dengan lebih baik. Saya bercadang untuk meminta
pertolongan dari guru-guru matapelajaran lain dalam penggunaan mudul. Contohnya
guru Bahasa Melayu, Moral, Muzik dan lain-lain. Saya berharap agar sesi 5 minit
sehari untuk mendekati murid KT adalah langkah yang berkesan dalam usaha
memulihkan mereka.
PENUTUP
Kesimpulannya saya amat berharap agar
peningkatan celik huruf di kalangan murid dapat dilaksanakan dengan kadar
segera agar murid-murid lemah tidak akan ketinggalan dalam pelajaran mereka
terutama dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Penggunaan
modul secara berterusan dan sistematik juga amat perlu dalam membantu murid
cepat celik huruf dan dapat mengikuti P&P dengan lebih efektif dan setara
dengan murid lain.
BIBLIOGRAFI
Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan
Pelaksanaan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Madzniyah Md. Jaafar et al. (1995). Modul
Kajian Tindakan (PIER). Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
McNiff, J.(1993). Teaching As Learning: An Action Research Approach.
London: Routledge.
Playtech signs deal with the gaming industry - KT Hub
BalasPadamPlaytech has entered into a multi-year 광주광역 출장샵 partnership with the iGaming 서귀포 출장샵 Industry's largest online 동해 출장샵 gambling 보령 출장마사지 company and, 천안 출장안마 in the form of