Khamis, 6 September 2012

Kajian Tindakan - MEMBANTU MURID MENGUASAI KEMAHIRAN DALAM `VOCABULARY’

Cik Widayuwati Bt. Alwi
Sekolah Kebangsaan Pos Iskandar.
28200 Bandar Bera, Pahang
( Seliaan IPG Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis )
ABSTRAK
Bahasa Inggeris merupakan satu subjek yang menyumbang pada kegagalan murid dalam peperiksaan. Bagi murid-murid  yang berada di dalam kelas yang lemah, mereka sering menghadapi masalah untuk mengingati perkataan-perkataan yang diajar pada mereka. Ini menjadikan murid kurang berminat untuk belajar subjek tersebut. Dengan kajian yang saya jalankan ini, saya berharap agar masalah ini dapat dikurangkan dan seterusnya membantu murid-murid yang berada di dalam kategori lemah ini, menguasai kemahiran vocabulary (perbendaharaan kata) yang diajar. Hasil dari kajian yang telah saya jalankan dan juga berdasarkan hasil dari ujian pasca, saya mendapati bahawa murid-murid mula menunjukkan reaksi yang positif dan peningkatan dalam pengetahuan vocabulary.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Sekolah Kebangsaan Iskandar merupakan salah sebuah sekolah orang asli di antara 3 buah sekolah orang asli yang ada di daerah Bera. Kebanyakan murid-muridnya berasal dari RPS Iskandar dan  berketurunan orang asli Semelai. Sekolah Kebangsaan Iskandar merupakan satu-satunya sekolah orang asli di daerah Bera  yang terletak di kawasan pedalaman  dimana  telah melayakkan guru-guru yang berkhidmat disitu mendapat elaun pedalaman sebanyak RM 500.00. Seramai 23 orang guru yang berkhidmat disitu termasuk dengan pihak pentadbir iaitu Guru Besar, GPK1, GPK HEM dan GPK-KO. Jumlah murid yang berdaftar adalah seramai 213 orang termasuk dengan Pra-sekolah.
PERNYATAAN MASALAH
Bagi murid-murid Tahun 3 Bestari yang terdiri dari murid-murid yang lemah dalam pembelajaran, mereka menghadapi masalah untuk mengingat perkataan-perkataan (vocabulary ) yang diajar.
OBJEKTIF   KAJIAN
  1. Untuk melihat tahap pemahaman murid dalam Vocabulary.
  2. Untuk mengesan kelemahan murid dalam Vocabulary.
  3. Untuk memperkenalkan cara mudah dan efektif bagi membantu murid menguasai vocabulary.
SOALAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat dan menjawab persoalan berikut iaitu :
Adakah kaedah yang dicadangkan dan yang akan dilaksanakan nanti mampu mengatasi masalah penguasaan Vocabulary dikalangan murid.
KESIGNIFIKAN KAJIAN
  • Melalui kaedah yang digunakan, murid-murid dapat lebih memahami dan lebih mudah mengingati vocabulary baru yang diperkenalkan.
Saya memfokuskan pada tajuk “ ANIMALS “ bagi kajian saya. Sebelum saya memulakan kajian, saya mengadakan Ujian Pra bagi menguji tahap kefahaman murid dalam tajuk yang akan saya ajar kepada mereka. Saya memfokuskan pada minggu pertama dan kedua bagi memperkenalkan nama-nama haiwan kepada murid. Saya menggunakan kad imbasan untuk menunjukkan gambar-gambar haiwan kepada murid. Murid menamakan tiap haiwan yang ada dalam kad imbasan. Murid memberi respon dalam bahasa melayu pada peringkat awal. Saya akan menjelaskan nama setiap haiwan dalam bahasa inggeris. Saya juga memberi peluang kepada murid untuk menguji kefahaman masing-masing dengan menggunakan kad imbasan yang dibekalkan kepada rakan mereka. Saya menyediakan ayat mudah bagi membantu murid menyoal dan menjawab soalan, contohnya “ What animal is this?”…” This is a / an…………”. Saya memperuntukkan masa selama 10 minit sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan Verbal Spelling Test ( Ujian Mengeja Secara Verbal ) bagi memastikan murid sentiasa dapat mengingati dan menghafal apa yang telah diajar. Saya memilih beberapa orang murid secara rawak untuk mengeja nama haiwan yang saya tunjukkan dalam kad imbasan.  Pada minggu ketiga, murid akan diuji sekali lagi bagi menguji kefahaman murid dalam tajuk tersebut.
Sasaran Kajian
Murid yang disasarkan adalah 19  orang murid Tahun 3B , Sekolah Kebangsaan Iskandar, Bera. Pahang. Murid-murid dikelas ini terdiri dalam kategori murid yang lemah dalam pembelajaran.
Batasan Kajian
Kajian ini terhad pada tajuk “ Animals” sahaja.
Instrumen Kajian
Kaedah pengumpulan data yang saya gunakan berpandukan pada Sukatan Pelajaran  Bahasa Inggeris Tahun 3 dan juga Ujian Pra yang saya laksanakan sebelum kajian dan juga Ujian Pasca selepas kajian di laksanakan.
Analisis Kajian
Ujian pra di analisis dengan menggunakan kaedah peratusan dengan membandingkan peratusan pelajar yang gagal, lulus dan cemerlang sebelum pelajar didedahkan dengan kaedah vocabulary secara visual.
TINJAUAN AWAL
Setelah berbincang , penyelidik bersetuju untuk mengesan dan mengenalpasti masalah murid melalui:
1)    Ujian Pra
Analisis Ujian Pra
       Ujian Pra dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran pencapaian pelajar sebelum  Vocabulary secara visual  dilaksanakan.
       Analisis dibahagikan kepada 3 kategori markah iaitu :  

Kategori markah
Jumlah markah
Gagal
0-39
Lulus
40-79
cemerlang
80-100

SOALAN YANG DIGUNAKAN BAGI PRA UJIAN
Saya menggunakan soalan di bawah bagi menguji tahap pengetahuan murid sebelum topik  diperkenalkan.

Name: ……………………………………                                                 Class:………………………

Circle the correct answer for the picture given.
Bulatkan jawapan yang tepat bagi gambar yang diberikan.
MARKAH UJIAN PRA TAHUN 3B.
BIL.
NAMA MURID
MARKAH
1.
NAZIRA A/P MAJENI
10%
2.
ROSMAINI A/P KEENUM
36%
3.
SAMRIENA A/P SAMSURI
8%
4.
ZAMIDA A/P IS’AZAM
20%
5.
FAZELI MASROY A/L LAM AH LIN
32%
6.
NORSAFIZA A/P NIMAS
22%
7.
AWIZA AZIRA A/P RAZLAN
12%
8.
MIZALINIZA BT MAZLAN
16%
9.
NORJALINA A/P JUPERJA
30%
10.
ZULKEFLI A/L YOSEEF
18%
11.
YUSAGIZAN A/L YUSAIRI
24%
12.
RHAMIZAN A/L SIRAN
14%
13.
ROZAIMIE A/L ROSLI
28%
14.
HAZIZI A/L HALIM
16%
15.
ZALIYA A/P NOJUM
30%
16.
SALISAH A/P  NIMAN
6%
17.
SURIDA A/P SURIMAN
18%
18.
ATIRA A/P BASIRON
8%
19.
FAZIRINA A/P NAZLI
34%
Peratus murid lulus : 0.00 %
Peratus murid gagal : 100.00 %
Setelah membuat  Ujian Pra yang dijalankan, saya dapat membuat kesimpulan bahawa murid-murid masih lagi lemah dalam topik berkenaan dan pengetahuan Vocabulary murid juga masih lagi di tahap yang lemah.
PERANCANGAN TINDAKAN
Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan, didapati pelajar perlu didedahkan dengan teknik belajar yang lebih berkesan. Melalui kaedah visual , murid akan lebih mudah mengingati  dan mudah faham apakah perkataan yang diperkenalkan kepada murid. Dalam kaedah ini:
1)    Murid belajar mengenal  dan memahami perkataan melalui visual iaitu bergambar (kad imbasan bergambar  dan Kad Imbasan Perkataan)
2)    Murid diberi peluang untuk menggunakan kad imbasan bersama rakan-rakan untuk mereka mencuba menguji kefahaman masing-masing.
3)    Pada minggu ketiga, Ujian pasca dilaksanakan bagi menguji tahap kefahaman murid dan pencapaian murid dalam topik tersebut.
SOALAN UJIAN PASCA BAGI MURID TAHUN 3B
Saya menggunakan soalan di bawah bagi menguji tahap pengetahuan murid selepas topik  diperkenalkan.

Name: ……………………………………                                               Class:………………………
Circle the correct answer for the picture given.
Bulatkan jawapan yang tepat bagi gambar yang diberikan.
MARKAH  UJIAN PASCA MURID TAHUN 3B .
BIL.
NAMA MURID
MARKAH
1.
NAZIRA A/P MAJENI
18%
2.
ROSMAINI A/P KEENUM
48%
3.
SAMRIENA A/P SAMSURI
14%
4.
ZAMIDA A/P IS’AZAM
28%
5.
FAZELI MASROY A/L LAM AH LIN
38%
6.
NORSAFIZA A/P NIMAS
34%
7.
AWIZA AZIRA A/P RAZLAN
18%
8.
MIZALINIZA BT MAZLAN
22%
9.
NORJALINA A/P JUPERJA
38%
10.
ZULKEFLI A/L YOSEEF
22%
11.
YUSAGIZAN A/L YUSAIRI
30%
12.
RHAMIZAN A/L SIRAN
18%
13.
ROZAIMIE A/L ROSLI
34%
14.
HAZIZI A/L HALIM
22%
15.
ZALIYA A/P NOJUM
30%
16.
SALISAH A/P  NIMAN
8%
17.
SURIDA A/P SURIMAN
24%
18.
ATIRA A/P BASIRON
16%
19.
FAZIRINA A/P NAZLI
44%
Peratus murid lulus : 10.52 %
Peratus murid gagal : 89.47 %
Selepas tiga minggu, saya mengadakan ujian pasca bagi menguji tahap pencapaian murid dalam memahami apa yang telah mereka pelajari sepanjang tempoh tersebut. Dari hasil ujian pasca tersebut saya dapati  bahawa setiap murid ada menujukkan peningkatan yang positif walaupun ada diantara mereka masih lagi berada di tahap yang lemah namun masih menunjukkan potensi untuk meningkat.
HASIL DAPATAN
Dari tindakan yang telah saya jalankan, saya dapati ia menunjukkan hasil yang agak memuaskan. Walaupun tahap murid masih lemah berbanding dengan kelas lain, namun saya berpuas hati kerana murid menunjukkan prestasi yang positif. Ini berdasarkan pencapaian murid dalam ujian pasca yang dijalankan.
REFLEKSI
Daripada kajian yang telah saya jalankan dan juga pemerhatian saya selama tempoh 3 minggu, saya dapati murid menunjukkan minat untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan begitu ingin turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaupun masih ramai yang lemah dalam Bahasa Inggeris, saya yakin mereka boleh dibantu dengan kaedah yang bersesuaian dengan tahap mereka.
PENUTUP
Rumusan daripada penyelidikan ini didapati bahawa murid lebih mudah memahami dan dapat menghafal dengan lebih mudah melalui kaedah bergambar. Peratus kelulusan murid dalam ujian pasca yang dijalankan juga meningkat. Oleh itu diharapkan agar kaedah kad bergambar yang dijalankan dapat diteruskan lagi bagi semua kelas dan seterusnya menarik minat murid untuk belajar Bahasa Inggeris.

Bibliografi
Bahagian Pendidikan Guru.  (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Madzniyah Md. Jaafar et al. (1995). Modul Kajian Tindakan (PIER), Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan