Dr Hj Mohd Sani bin Hj Ismail
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
Besut Terengganu
Abstrak
Kajian kes ini bertujuan untuk meninjau tahap
kesediaan dan kesanggupan para guru untuk berkhidmat di kawasan pendalaman
penempatan orang Asli Temiar di SK Balar Gua Musang. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti
tahap minat dan motivasi murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Kajian tinjauan ini melibatkan
sampel kajian yang terdiri daripada 14 orang guru dan 19 orang murid tahun enam.
Instrumen soal selidik telah dibina sendiri oleh pengkaji untuk mengukur tahap
kesediaan guru-guru untuk berkhidmat di SK Balar dan juga tahap minat murid-murid terhadap
pengajaran pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh guru-guru. Instrumen soal
selidik ini menggunakan pekali Alpha Cronbach dan nilai pekali
kebolehpercayaaan bagi item keseluruhannya ialah 0.9303. Statistik deskriptif seperti kekerapan,
peratusan dan min digunakan untuk menerangkan profil responden dan hasil kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan kesanggupan guru-guru untuk
terus mengajar, berkhidmat, melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan
pembelajaran berada pada tahap rendah
dan sederhana. Begitu juga dengan tahap
penerimaan dan penyesuaian diri guru-guru dengan masyarakat setempat
menunjukkan guru-guru tidak mampu untuk menyesuaikan diri dan bergaul dengan
masyarakat orang Asli Temiar. Namun
begitu dari segi pendekatan, kaedah dan teknik pedagogi yang digunakan dalam proses pengajaran
pembelajaran dapat menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap
minat dan motivasi belajar dalam kalangan murid-murid orang Asli Temiar adalah
tinggi.
Katakunci: Pengajaran
dan Pembelajaran, Asli Temiar, Kesediaan, Kesanggupan, Minat, Pendekatan dan
Kaedah.
1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan suatu proses pengajaran
dan pembelajaran yang memerlukan kepakaran dan keterampilan khusus. Pendidikan
memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah kelompok masyarakat dan
Negara. Pada asasnya, Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan generasi yang
seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Mutu pendidikan yang
baik secara langsung atau tidak langsung akan memberikan sumbangan kepada pembentukan
generasi cemerlang. Mutu pendidikan yang cemerlang pula banyak bergantung
kepada komitmen, penglibatan, kesediaan, kesanggupan dan produktiviti tinggi
dalam pengajaran pembelajaran dikalangan pendidik (Wan Ashibah 2003).
Bagi mencapai matlamat pendidikan, sangat
mustahak institusi-institusi pendidikan menghasilkan sumber manusia dan bakal
guru yang berpengetahuan, berketerampilan, berkeupayaan untuk berfikir dan menyelesaikan
masalah serta memiliki semangat kesediaan untuk mengajar di kawasan-kawasan pendalaman
yang daif. Kesanggupan, kerelaan dan kesediaan dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran dapat dijadikan sebagai wahana bagi mewujudkan pendidikan yang
berkualiti (Hamzah, 2006). Segala tindakan guru adalah penting kerana guru mencerminkan
model yang dikatakan sebagai contoh ikutan (role model) kepada pelajarnya.
Kejayaan seorang guru melahirkan generasi dengan modal tatis yang seimbang
dapat mewujudkan suasana yang harmonis dalam masyarakat dan Negara. Untuk
membangun dan melahirkan guru yang memiliki kepandaian, kepintaran, jati diri
yang tinggi dan akhlak yang baik,
memerlukan seseorang guru yang mempunyai komitmen, kesediaan, kesedaran
dan kesanggupan berkorban untuk menyumbang bakti di kawasan-kawasan pendalaman seperti
di kawasan penempatan orang asli Kampung Perawas iaitu di Sekolah Kebangsaan
Balar, Gua Musang, Kelantan.
Noriah (2005) dalam kajiannya menyebutkan
bahawa profesion perguruan merupakan satu profesion yang tidak mempunyai masa
yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Selain daripada mengajar
pada waktu pagi, guru juga dikehendaki datang ke sekolah pada waktu petang,
pada hujung minggu dan pada hari-hari cuti untuk menjalankan kegiatan
kokurikulum seperti badan beruniform, kelab dan lain-lain. Selain itu,
seseorang individu yang menjadi guru akan memiliki tugas yang kompleks dan
penuh dengan cabaran. Mereka bukan sahaja bertugas sebagai pengajar, tetapi
juga perlu melakukan kerja-kerja lain seperti pentadbiran, perkeranian,
menjalankan kegiatan kokurikulum dan melibatkan diri dalam persatuan ibu bapa
dan guru (Zamri, Norasmah & Mohammed Sani, 2007). Untuk menjadi pendidik
yang baik dan memenuhi tuntutan pendidikan kebangsaan, guru perlu menyediakan
diri dengan pelbagai kepakaran, kemahiran, kesediaan, kesanggupan, keupayaan
dan komitmen dalam pelbagai bidang keilmuan sebagai bekalan untuk berkhidmat
dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar (Usman, 2006).
Kementerian Pendidikan Malaysia (2008), turut
memberi perhatian khusus kepada pendidikan Orang Asli kerana kadar penyertaan
dan penguasaan 3M mereka masih rendah sementara ketidakhadiran dan kadar
keciciran mereka yang tinggi. Bagi mengurangkan kadar buta huruf rakyat khususnya
Orang Asli Temiar, membasmi kemiskinan tegar melalui agenda pendidikan,
membantu anak‐anak meningkatkan pencapaian dan menggalakkan
anak‐anak ke
sekolah bagi mengurangkan insiden keciciran dan ponteng sekolah.
1.1 Pernyataan Masalah
Seorang guru seharusnya memiliki kepakaran,
kemahiran dan kesediaan dalam mengajar murid-murid di sekolah. Guru yang
berkemahiran tinggi adalah guru yang memiliki kepakaran dalam pelbagai
pendekatan pedagogi dan bidang perkhidmatan yang luas (Usman 2006). Beliau juga
menambah bahawa seorang guru yang pakar bererti dirinya juga telah memiliki
kompetensi dan profesionalisme yang tinggi. Oleh itu, seseorang guru itu haruslah
mempunyai kesanggupan, kesediaan untuk berkhidmat dimana-mana saja ditempatkan
selepas tamat belajar dari institusi-institusi pendidikan guru. Terutamanya di
kawasan-kawasan luar bandar, pendalaman dan kawasan terpencil seperti di kawasan
penempatan orang-orang asli.
Menurut Badrul Hisham Alang Osman (2010)
sejauhmanakah guru permulaan dapat memenuhi beberapa ciri seperti kualiti diri,
pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum dan pengurusan kerja apabila
ditempatkan mengajar di kawasan luar bandar dan di sekolah orang asli seluruh
Malaysia. Di samping itu juga seseorang
guru seharusnya menguasai pelbagai pendekatan pedagogi, psikologi pendidikan, kaedah
pengajaran pembelajaran dan penyediaan bahan pengajaran pembelajaran. Keupayaan
dalam penguasaan pendekatan pedagogi, psikologi dan penyediaan bahan pengajaran
pembelajaran untuk proses pembelajaran adalah merupakan kompetensi yang amat
penting bagi seorang guru.
Menurut Mulyasa (2005) pula, masih banyak guru
yang kurang kesediaan mental, emosi, dan motivasi secara peribadi untuk
mengembangkan profesion mereka sebagai guru. Akhirnya memberi kesan yang positif
kepada perkhidmatan sebagai guru dari segi pengajaran pembelajaran, komitmen
dan pengorbanan. Mulyasa (2005)
menyatakan guru-guru yang kurang motivasi, persediaan mental, fizikal dan semangat
diri, juga akan mengalami kekurang dari segi penyediaan bahan-bahan alat bantu
mengajar, pengelibatan dalam bidang pembelajaran dan menggunakan teknologi
terkini.
Menurut Atef al-Tamimi & Munir (2010), guru
yang mempunyai hubungan baik dengan murid boleh membimbing dan membantu mereka
dalam pencapaian akademik. Selain itu, sikap mesra kepada pelajar juga akan dapat
menarik minat murid-murid untuk belajar. Ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan motivasi, keselesaan, keseronokan dan sikap murid untuk belajar
(Atef al-Tamimi & Munir 2010). Guru juga perlu bijak mengawal emosi diri
dengan mengkaji situasi persekitaran murid supaya menimbulkan minat belajar
dalam mata pelajaran yang diajarkan (Usman 2006).
Purwanto (1990) menyatakan bahawa sesetengah
daripada guru mempunyai emosi yang negatif
dari segi pergaulan dengan guru-guru lain. Mereka selalu berdepan dengan
masalah apabila bekerja dengan guru-guru lain dalam menjalankan tugas di
sekolah. Perkara ini bermula daripada perasaan rendah diri diikuti oleh sikap
mengasingkan diri daripada rakan sekerja, mengalami kemurungan, menghadapi
masalah diri dan akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Seorang guru diharapkan mesti mengetahui semua latar
belakang kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar, mengembangkan model mengajar
dengan pelbagai kecerdasan, bukan hanya dengan kecerdasan yang dimiliki oleh
guru. Untuk mempastikan kemajuan pelajar, guru perlu menggunakan pelbagai model
yang sesuai dengan kepelbagaian kecerdasan (Soetjipto, 1999).
UNICEF (2009), Orang Asli telah hidup di dalam
masyarakat yang terasing dan kurang mendapat perkhidmatan seperti sekolah‐sekolah dan juga penjagaan kesihatan.
Kedudukan geografi mereka yang terletak jauh di pedalaman telah mengukuhkan
pemikiran di kebanyakan masyarakat orang asli bahawa tiada faedah untuk
menghantar anak‐anak mereka ke sekolah. Mengikut perangkaan,
terdapat lebih kurang 80 peratus kanak‐kanak Orang Asli yang tercicir dari alam
persekolahan dan tidak menamatkan persekolahan.
Usaha‐usaha ini adalah selari dengan Rancangan
Pembangunan Malaysia untuk mengurangkan jurang perbezaan di antara kawasan
pedalaman dengan kawasan Bandar dan juga di antara daerah yang maju dengan
daerah yang kurang maju. Untuk guru-guru kawasan pendalaman perlulah
menyemaikan kemahiran‐kemahiran untuk generasi baru Orang Asli,agar
mereka dapat membentuk pilihan‐pilihan mereka sendiri untuk masa hadapan.
Implikasinya, guru-guru yang mempunyai kesediaan,
kesanggupan, kepakaran, kemahiran, semangat, dan jati diri yang baik, boleh
mempengaruhi minat dan motivasi belajar di kalangan murid-muridnya. Disamping
itu juga selain daripada kesediaan guru untuk mengajar di sesuatu tempat,
peranan persekitaran tempat persekolahan juga memainkan peranan yang penting
dalam mempengaruhi minat murid-murid untuk menimba ilmu.
1.2 Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau
tahap kesediaan guru-guru SK Balar untuk menjalankan tugas sebagai seorang
pendidikan dari segi kerelaan berkhidmat, pengajaran pembelajaran, pendekatan
pedagogi, motivasi dan penglibatan dengan masyarakat setempat.
Kajian ini juga bertujuan:
1. Untuk
mengenalpasti tahap kesediaan dan kesanggupan guru untuk terus berkhidmat di SK
Balar.
2. Untuk
mengenalpasti tahap kemudahan asas, kelengkapan dan suasana persekitaran di SK
Balar.
3. Untuk
mengenalpasti tahap penerimaan dan penyesuaian diri guru-guru dengan masyarakat
setempat.
4. Untuk
mengenalpasti pendekatan dan kaedah pedagogi yang digunakan dalam proses
pengajaran pembelajaran di SK Balar.
5. Untuk
mengenalpasti tahap minat murid terhadap
pendekatan dan kaedah guru mengajar ikut mata pelajaran.
1.3 Persoalan Kajian
1. Apakah tahap
kesediaan dan kesanggupan guru untuk terus berkhidmat di SK Balar?
2. Apakah tahap
kemudahan asas, kelengkapan dan suasana persekitaran di SK Balar?
3. Apakah tahap
penerimaan dan penyesuaian diri guru-guru dengan masyarakat setempat?
4. Apakah pendekatan
dan kaedah pedagogi yang digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran di SK
Balar?
5. Apakah tahap
minat murid terhadap pendekatan dan kaedah guru mengajar ikut mata pelajaran?
2.0 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Kerangka konsep
kajian ini diadaptasikan daripada Model SIM.
Rajah 1 menunjukkan, kajian ini meramalkan bahawa iklim sekolah
mempunyai hubungan yang rapat antara iklim sekolah, amalan pedagogi guru dan
motivasi pembelajaran murid. Gabungjalin
antara ketiga-tiga komponen iaitu iklim sekolah, kaedah, pendekatan pengajaran
pembelajaran guru akan memberi kesan yang positif kepada minat dan motivasi
murid-murid terhadap pembelajaran di sekolah.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian penyelidikan ini merupakan kajian
tinjauan menggunakan instrumen soal
selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji sesuai dengan matlamat dan objektif
kajian, untuk memungut data-data kajian yang melibatkan guru-guru dan
murid-murid tahun enam yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Balar Gua Musang
Kelantan. Seramai 14 orang guru dan 19
orang murid tahun enam telah dipilih sebagai responden kajian ini.
3.1 Rekabentuk
Kajian
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat
tahap kesediaan dan kesanggupan guru-guru untuk berkhidmat di kawasan penempatan orang asli temiar SK Balar
Gua Musang. Pendekatan kuantitatif dipilih kerana data lebih mudah diperoleh
melalui soal selidik. Singgih (2002) menyatakan bahawa kuantitatif adalah suatu
pendekatan kajian yang datanya dinyatakan dalam bentuk angka. Statistik hanya boleh
memproses data yang berbentuk angka. Penggunaan alat soal selidik yang dibina
sendiri oleh pengkaji merupakan instrumen yang sering digunakan untuk
menjalankan kajian tinjauan. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mendapatkan
gambaran secara menyeluruh tentang kesediaan guru-guru untuk berkhidmat,
melaksanakan proses pengajaran pembelajaran, menarik minat belajar dalam
kalangan murid, pendekatan pedagogi, kaedah dan penglibatan guru-guru dengan
masyarakat setempat. Di samping itu juga
kajian ini bertujuan untuk meninjau minat murid-murid terhadap pendekatan,
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru-guru di Sekolah
Kebangsaan Balar, Gua Musang, Kelantan.
3.2 Populasi dan Sampel kajian
Kajian tinjauan ini hanya melibatkan guru-guru dan
murid-murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Balar, Gua Musang, Kelantan sahaja.
Bilangan guru yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 14 orang, iaitu 12
orang lelaki dan 2 orang perempuan.
Manakala bilangan murid-murid tahun enam yang terlibat dalam kajian ini
ialah seramai 19 orang iaitu 10 orang lelaki dan 9 orang perempuan. Krejcie dan Morgan dalam Wiersma (2000)
menyatakan bahawa semakin besar saiz populasi kajian, semakin besar pula saiz
sampel yang diperlukan. Hasil dapatan
kajian dari saiz sampel kajian yang besar dapat digeneralisasikan kembali
kepada populasi kajian.
3.3 Instrumen
kajian
Untuk mengumpulkan maklumat kajian ini,
pengkaji telah menggunakan dua set soal selidik iaitu Soal Selidik Guru-Guru
dan Soal Selidik Murid-Murid. Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian,
iaitu (i) Bahagian pertama berkenaan dengan latar belakang dan maklumat ringkas
responden, dan (ii) Bahagian kedua terdapat soalan-soalan yang mengukur setiap
domain iaitu yang berkaitan dengan kesediaan untuk berkhidmat di kawasan
pendalaman, pendekatan pedagogi, kaedah pengajaran pembelajaran yang digunakan
dan pengelibatan guru-guru dengan masyarakat setempat. Di samping itu juga bahagian ini mengandungi
soalan-soalan yang mengukur minat dan motivasi murid-murid untuk hadir
ke sekolah dan terhadap pendekatan kaedah pengajaran guru-guru.
3.4 Kesahan
dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian
penting dalam sesuatu kajian. Kesahan atau kesahihan merupakan satu konsep yang
merujuk kepada sejauh mana alat kajian mengukur apa yang hendak
diukur atau sejauh mana alat kajian itu menepati tugasnya (Anastasi
& Urbina, 1997). Menurut Murphy dan Davidshofer (1988), APA Standards
for Psychology Test (1954) telah mengenal pasti empat
strategi untuk mengukur kesahan yang melibatkan kesahan kandungan, kesahan
konstruk, kesahan ramalan dan kesahan serentak. Instrumen soal selidik ini menggunakan
pekali Alpha Cronbach untuk menganggarkan pekali ketekalan dalaman.
Berdasarkan analisis data, nilai pekali kebolehpercyaaan bagi item
keseluruhannya ialah 0.9303. Bagi mengetahui tahap nilai min bagi tiap-tiap
pemboleh ubah yang dikaji, penyelidik mengkategorikan dan mengiterpetasikan
skor min dalam tiga tahap. Skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukan tahap rendah.
Skor Min 2.34 hingga 3.66 berada pada tahap sederhana, manakala min 3.67 hingga
5.00 menunjukkan tahap tinggi. Ketiga-tiga tahap skor purata ini berdasarkan
kajian Jamil (2002).
3.5 Kajian
rintis
Kajian rintis merupakan salah satu peringkat
yang melibatkan aktiviti penting dalam kajian tinjauan (Hayes, 2000). Kajian
rintis dianggap kajian kecil yang dijalankan dengan tujuan memperbaiki dan
meningkatkan kesahan serta kebolehpercayaan alat kajian (Fraenkel & Wallen,
1993). Dengan melakukan kajian rintis, pengkaji dapat mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan alat kajian yang bakal digunakan. Oleh itu, satu kajian rintis dilaksanakan
sebulan sebelum dijalankan kajian sebenar. Kajian rintis dilaksanakan di Sekolah
Kebangsaan Pulau Perhentian Besut Terengganu yang melibatkan 20 orang guru dan
22 orang murid tahun enam sebagai responden kajian. Kajian rintis dijalankan
untuk menentukan dan membetulkan sebarang kekeliruan berkaitan dengan
penggunaan alat-alat pengukuran oleh pengkaji.
Melalui analisis dapatan kajian rintis yang telah dilakukan, secara
keseluruhan nilai Alpha Cronbach adalah melebihi nilai 0.800. Menurut
Mohd Majid (2000), nilai Alpha Cronbach yang melebihi 0.6 boleh diterima
kebolehpercayaannya.
3.6 Tatacara
analisis data
Data yang telah dikumpulkan melalui soal
selidik dianalisis menggunakan SPSS For Windows Versi 12. Untuk menganalisis data yang diperolehi, statistik
yang digunakan untuk membentang data-data dapatan kajian ialah statistik
deskriptif, skor min, peratusan dan kekerapan.
4.0 DAPATAN
KAJIAN
Profil responden
kajian
Jadual 1 : Bilangan Guru-Guru
Jantina
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
LELAKI
|
12
|
85
|
85
|
PEREMPUAN
|
2
|
15
|
15
|
Jumlah
|
14
|
100
|
100.0
|
Jadual 2 : Bilangan Murid-Murid
Jantina
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
LELAKI
|
10
|
52.6
|
85
|
PEREMPUAN
|
9
|
47.4
|
15
|
Jumlah
|
19
|
100
|
100.0
|
1. Apakah tahap
kesediaan dan kesanggupan guru untuk terus berkhidmat di SK Balar?
Jadual 3 : Tahap kesediaan, selesa dan
kesanggupan bertugas di SK Balar
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
4
|
28.5
|
28.5
|
SEDERHANA
|
8
|
57.2
|
85.7
|
TINGGI
|
2
|
14.3
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 4 : Minat mengajar di SK Balar
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
3
|
21.4
|
21.4
|
SEDERHANA
|
8
|
57.2
|
78.6
|
TINGGI
|
3
|
21.4
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 5 : Mohon untuk terus kekal mengajar di SK Balar
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
12
|
85.7
|
85.7
|
SEDERHANA
|
1
|
7.1
|
92.9
|
TINGGI
|
1
|
7.1
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 6 : Berpindah jika diberi pilihan
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
2
|
14.3
|
14.3
|
SEDERHANA
|
7
|
50.0
|
64.3
|
TINGGI
|
5
|
35.7
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 7 : Tahap kepuasan guru terhadap
perkhidmatannya di SK Balar
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
8
|
57.1
|
57.1
|
SEDERHANA
|
6
|
42.9
|
100.0
|
TINGGI
|
0
|
0
|
0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
2. Apakah tahap
kemudahan asas, kelengkapan dan suasana persekitaran SK Balar?
Jadual 8 : Persekitaran SK Balar mententeramkan
dan selesa
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
0
|
0
|
0
|
SEDERHANA
|
7
|
50
|
50
|
TINGGI
|
7
|
50
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 9 : Kemudahan asas mencukupi, lengkap
dan memuaskan
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
12
|
85.7
|
85.7
|
SEDERHANA
|
1
|
7.1
|
92.9
|
TINGGI
|
1
|
7.1
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 10 : Kuarters guru lengkap dan dapat
digunakan
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
5
|
35.7
|
35.7
|
SEDERHANA
|
8
|
57.1
|
92.8
|
TINGGI
|
1
|
7.1
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 11 : Kemudahan asas disekolah boleh
digunakan
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
8
|
57.1
|
57.1
|
SEDERHANA
|
6
|
42.9
|
100.0
|
TINGGI
|
0
|
0
|
0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 12 : Kemudahan persekitaran membantu
saya meningkatkan mutu perkhidmatan
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
7
|
50.0
|
50.0
|
SEDERHANA
|
6
|
42.9
|
92.9
|
TINGGI
|
1
|
7.1
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
3. Apakah tahap
penerimaan dan penyesuaian guru-guru dengan masyarakat setempat?
Jadual 13 : Masyarakat setempat memberi
kerjasama guru-guru
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
1
|
7.1
|
7.1
|
SEDERHANA
|
10
|
71.4
|
78.6
|
TINGGI
|
3
|
21.4
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 14 : Menyesuaikan diri dengan masyarakat
setempat
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
7
|
50
|
50
|
SEDERHANA
|
5
|
40
|
90
|
TINGGI
|
2
|
10
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 15 : Mengunjungi rumah murid bila tidak
hadir ke sekolah
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
8
|
57.1
|
57.1
|
SEDERHANA
|
6
|
42.9
|
100.0
|
TINGGI
|
0
|
0
|
0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
4. Apakah pendekatan
dan kaedah pedagogi yang digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran di SK
Balar?
Jadual 16 : Mengajar ikut jadual di tetapkan
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
5
|
35.7
|
35.7
|
SEDERHANA
|
8
|
57.1
|
92.9
|
TINGGI
|
1
|
7.1
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 17 : Mengajar ikut sukatan yang
ditetapkan
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
4
|
28.6
|
28.6
|
SEDERHANA
|
8
|
57.1
|
85.7
|
TINGGI
|
2
|
14.3
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 18 : Mengajar ikut kaedah jadual waktu
yang anjal / fleksibel
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
0
|
0
|
0
|
SEDERHANA
|
2
|
14.3
|
14.3
|
TINGGI
|
12
|
85.7
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 19 : Mengajar kelas tambahan
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
4
|
28.6
|
28.6
|
SEDERHANA
|
6
|
42.9
|
71.4
|
TINGGI
|
4
|
28.6
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 20 : Membantu murid mengulangkaji
pelajaran hujung minggu
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
5
|
35.7
|
35.7
|
SEDERHANA
|
7
|
50.0
|
85.7
|
TINGGI
|
2
|
14.3
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 21 : Memberi perhatian, ambil berat,
cakna dan
tumpuan terhadap pembelajaran murid-murid
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
0
|
0
|
0
|
SEDERHANA
|
4
|
28.6
|
28.6
|
TINGGI
|
10
|
71.4
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 22 : Memberi imbuhan, ganjaran dan
hadiah kepada murid untuk belajar
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
0
|
0
|
0
|
SEDERHANA
|
8
|
57.1
|
57.1
|
TINGGI
|
6
|
42.9
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 23 : Pendekatan dan kaedah pujuk murid
untuk belajar
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
2
|
14.3
|
14.3
|
SEDERHANA
|
5
|
35.7
|
50.0
|
TINGGI
|
7
|
50.0
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 24 : Pendekatan mengajar ikut minat, mood, kesukaan dan keinginan murid
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
2
|
14.2
|
14.2
|
SEDERHANA
|
4
|
28.4
|
42.6
|
TINGGI
|
8
|
68.4
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 25 : Sentiasa memberi motivasi, dorongan
dan semangat belajar kepada murid
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
0
|
0
|
0
|
SEDERHANA
|
3
|
21.4
|
21.4
|
TINGGI
|
11
|
78.6
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
5. Apakah tahap
minat murid terhadap pendekatan dan kaedah guru mengajar ikut mata pelajaran?
Jadual 26 : Minat murid untuk hadir belajar di
sekolah
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
1
|
5.3
|
5.3
|
SEDERHANA
|
5
|
26.3
|
26.3
|
TINGGI
|
13
|
68.4
|
100.0
|
Jumlah
|
19
|
100.0
|
Jadual 27 : Minat murid terhadap kaedah guru mengajar
Bahasa Melayu.
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
2
|
10.5
|
10.5
|
SEDERHANA
|
2
|
10.5
|
21.1
|
TINGGI
|
15
|
78.9
|
100.0
|
Jumlah
|
19
|
100.0
|
Jadual 28 : Minat murid terhadap kaedah guru mengajar
Bahasa Inggeris
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
12
|
63.2
|
63.2
|
SEDERHANA
|
3
|
15.8
|
78.9
|
TINGGI
|
4
|
21.1
|
100.0
|
Jumlah
|
19
|
100.0
|
Jadual 29 : Minat murid terhadap kaedah guru mengajar
Sains.
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
12
|
63.2
|
63.2
|
SEDERHANA
|
4
|
21.1
|
84.3
|
TINGGI
|
3
|
15.8
|
100.0
|
Jumlah
|
14
|
100.0
|
Jadual 30 : Minat murid terhadap kaedah guru mengajar
Matematik
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
4
|
21.1
|
21.1
|
SEDERHANA
|
1
|
5.3
|
26.4
|
TINGGI
|
14
|
73.7
|
100.0
|
Jumlah
|
19
|
100.0
|
Jadual 31 : Minat murid terhadap kaedah guru mengajar
Agama Islam
Tahap
|
Bilangan
|
Peratusan
|
Jumlah
|
RENDAH
|
16
|
84.2
|
84.2
|
SEDERHANA
|
2
|
1.5
|
85.7
|
TINGGI
|
1
|
5.3
|
100.0
|
Jumlah
|
19
|
100.0
|
5.0 PERBINCANGAN
5.1 Bilangan Responden Kajian
Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian
hasil daripada analisis data dimana, bilangan responden kajian yang melibatkan
guru-guru dalam kajian ini adalah seramai 14 orang daripada 21 orang guru-guru
keseluruhan yang mengajar di Sekolah Kebangsan Balar. Walaupun bilangan guru-guru di SK Balar
adalah seramai 21 orang tetapi semasa proses pemungutan data dilakukan,
terdapat 7 orang guru yang terlibat dengan program di luar kawasan sekolah,
dimana ada yang terlibat dengan program diperingkat PPD Gua Musang, 2 orang
dirawat dihospital dan ada juga dalam kalangan guru yang terlibat dengan
ativiti program di JPN Kelantan.
Manakala responden kajian yang melibatkan murid-murid
tahun enam, bilangannya adalah seramai 19 orang daripada 23 orang murid. Bilangan murid yang terlibat dalam kajian ini
kurang daripada jumlah sebenar, adalah disebabkan oleh masalah-masalah yang
berkaitan dengan masalah kesihatan, kesukaran untuk hadir ke sekolah kerana
faktor pengangkutan, faktor jalan yang rosak, keadaan cuaca iaitu hari hujan
dan sebagainya.
5.2 Tahap kesediaan dan kesanggupan guru untuk
terus berkhidmat di SK Balar
Merujuk kepada tahap kesediaan, kesanggupan dan
keselesaan guru-guru untuk teruskan perkhidmatan di Sekolah Kebangsaan Balar
Gua Musang, data-data yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan
kesanggupan guru-guru berada di tahap rendah dan sederhana. Dimana guru-guru kebanyakkannya kurang
bersedia dan kurang bersanggupan untuk terus kekal bertugas di SK Balar Gua
Musang. Begitu juga dengan minat dan
kesediaan untuk terus kekal mengajar di Sekolah Kebangsaan Balar menunjukkan
guru-guru kurang berminat untuk terus kekal mengajar di sana. Manakala tahap kepuasan guru-guru adalah
rendah dan keinginan guru-guru untuk berpindah keluar bertugas ke
sekolah-sekolah lain adalah tinggi.
Kebanyakkan guru-guru berkeinginan untuk berpindah ke tempat atau
sekolah yang lain.
5.3 Tahap
kemudahan asas, kelengkapan dan suasana persekitaran SK Balar
Dari segi kemudahan infrastruktur SK Balar,
kebanyakkan guru-guru berpuashati dan bersetuju bahawa SK balar berada dalam
keadaan yang lengkap, mententeramkan, selesa dan ceria. Namun begitu terdapat juga kemudahan dan
kelengkapan yang disediakan oleh pihak
kerajaan tidak dapat digunakan dengan baik serta berkesan, contohnya kemudahan
internet dan generator elektrik.
Akhirnya menyebabkan segala kemudahan yang disediakan tidak dapat
membantu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan yang cemerlang di SK Balar.
5.4 Tahap
penerimaan dan penyesuaian guru-guru dengan masyarakat setempat.
Kerjasama masyarakat setempat dengan guru-guru
yang mengajar di SK Balar adalah di tahap sederhana, dimana kebanyakkan pendudukan
orang Asli Temiar agak pemalu dan segan untuk bercampur gaul dengan masyarakat
luar. Kebanyakkan guru-guru tidak mampu
untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat orang Asli Temiar di sebabkan faktor
bahasa, budaya, jarak rumah dengan sekolah, lokasi kampung yang berjauhan dan faktor
agama. Faktor jarak rumah dan lokasi
kampung yang berjauhan, menyebabkan ramai dalam kalangan guru-guru yang tidak mampu
untuk mengunjungii murid-murid, walaupun terdapat murid-murid yang sudah lama
tidak hadir ke sekolah.
5.5 Pendekatan,
kaedah dan teknik pedagogi yang digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran
di SK Balar.
Guru-guru di SK Balar mengamalkan pengajaran
pembelajaran menggunakan jadual anjal dan fleksibel. Kaedah pengajaran pembelajaran menggunakan
jadual dan sukatan yang ditetapkan amat sukar dilaksanakan kerana faktor
keupayaan murid menguasai kemahiran pembelajaran dan ilmu pengetahuan.
Guru-guru juga kurang melaksanakan kelas tambahan dan mengulangkaji pelajaran
pada hujung minggu. Bagi menarik minat
murid-murid terhadap pembelajaran, guru-guru menggunakan pendekatan memberi
perhatian, ambil berat dan cakna terhadap murid-murid. Selain itu juga guru-guru menggunakan kaedah
memberi imbuhan, ganjaran dan hadiah kepada murid untuk belajar. Pendekatan dan kaedah pujuk murid belajar,
mengajar ikut minat, mood, kesukaan dan keinginan murid banyak diamalkan oleh
guru. Selain itu juga guru-guru
seringkali memberi dorongan, semangat dan motivasi kepada murid-murid. Kebanyakkan murid begitu berminat untuk hadir
belajar di sekolah.
5.6 Tahap
minat murid terhadap pendekatan dan kaedah guru mengajar ikut mata pelajaran.
Murid-murid di SK balar begitu berminat dengan cara
pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru-guru yang mengajar dalam
subjek Bahasa Melayu dan Matematik.
Kesannya pencapaian, prestasi dan penguasaan murid-murid dalam subjek
Bahasa Melayu dan Matematik adalah tinggi.
Sebaliknya bagi subjek Bahasa
Inggeris, Sains dan Agama Islam kebanyakkan murid-murid kurang berminat dari
segi pendekatan dan kaedah pengajaran pembelajaran guru. Menyebabkan prestasi pencapaian murid-murid
dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Agama Islam berada di tahap yang
rendah.
5.7 Implikasi
kajian terhadap profesion perguruan
5.7.1 Secara
keseluruhannya, implikasi dapatan kajian terhadap profesion perguruan dapatlah disimpulkan bahawa guru-guru
perlulah mempunyai kesanggupan, kesediaan, kerelaan dan keredhaan dalam
menjalankan tugas sebagai seorang guru dengan penuh tulus ikhlas, walau dimana
saja ditempatkan bertugas. Kesediaan
dari segi mental, emosi dan fizikal amat penting dalam mempengaruhi tindak-tanduk
serta motivasi seorang pendidik.
5.7.2 Begitu
juga dari segi kemudahan asas, kelengkapan dan suasana keceriaan persekitaran
sekolah perlulah diberi keutamaan bagi meningkatkan tahap kesediaan, minat dan
kesanggupan guru-guru untuk terus berkhidmat di SK Balar. Disamping itu juga segala kemudahan dan
kelengkapan infrastruktur ini seharusnya boleh digunakan dengan efisyen bagi
meningkatkan kecemerlangan pelajar dan perkhidmatan pendidikan.
5.7.3 Kerjasama,
sokongan dan sumbangan daripada masyarakat setempat juga penting bagi
meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar dan memotivasikan guru-guru dalam
melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik. Bilamana hubungan kerjasama antara
guru-guru dan ibu bapa tidak begitu mesra dan erat, maka kesannya banyak
program tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.
5.7.4 Pendekatan,
kaedah dan teknik pedagogi yang digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran
seharusnya menimbangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan minat, mood,
keinginan, kesukaan dan emosi murid.
Disamping itu juga aspek jadual anjal dan sukatan yang fleksibel berbanding
dengan jadual tetap, perlulah diamalkan bagi memberi peluang dan ruang kepada
murid-murid untuk belajar dengan lebih selesa.
5.7.5 Aspek-aspek
lain yang perlu dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran
pembelajaran bagi menarik minat belajar dalam kalangan anak-anak murid
masyarakat orang asli temiar ialah aspek memberi perhatian, ambil berat,
kecaknaan, kaedah memberi imbuhan, ganjaran, hadiah, pujukan, dorongan,
ransangan emosi, motivasi dan semangat.
Melalui dorongan kata-kata semangat, teknik modeling dan motivasi dapat
meningkatkan tahap keinginan murid-murid untuk belajar.
5.7.6 Manakala
tahap minat murid terhadap pendekatan dan kaedah guru mengajar ikut mata
pelajaran menunjukkan terdapat perbezaan yang cukup jelas. Dimana murid-murid begitu berminat dengan
kaedah pengajaran pembelajaran yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu dan
Metematik. Manakala untuk subjek Bahasa
Inggeris, Sains dan Agama Islam mendapati bahawa pelajar kurang berminat dari
segi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran yang digunakan oleh
guru-guru.
6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan
bahawa bagi mendapatkan hasil pendidikan yang berkesan, pelbagai perkara perlu
dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran. Antara aspek yang perlu dipertimbangkan bagi
dilaksanakan ialah aspek yang berkaitan kesediaan, kerelaan dan kesanggupan
dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik. Disamping itu juga guru-guru perlulan
mempunyai keupayaan untuk menjalinkan hubungan yang mesra dengan masyarakat
setempat. Melaksanakan pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran yang menarik minat murid belajar
dengan mempertimbangkan aspek psikologi dan pedagogi dalam pendidikan.
BIBLIOGRAFI
Ainol Madziah
Zubairi & Isarji Sarudin. (2010). Motivation to learn a foreign language in
Malaysia. GEMA Online Journal of
Language Studies, 9 (2): 73-87.
Alias Baba. (1999). Research
statistic in social science education. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anastasi, A. &
Urbina, S. (1997). Psychology testing. 7th Edition. New Jersey: Prentice
Hall.
Atef al-Tamimi &
Munir Shuib. (2010). Motivation an attitudes towards learning : A study of petroleum engineering undergraduates at
Hadhramout University of Sciences and
Technology.
Chaer, Abdul.
(2003). Psikolinguistik kajian teoretik. Jakarta: PT Rineka Cipta.
Cooper, J. F.
(1995). A primer of brief psychotherapy. New York: W.W. Norton & Company.
Elias, M. J., Zinns,
J. E. & Weisberg, R. P. (1997). Promoting social and emotional learning: Guidelines for educators.
Alexandria, VA: Association for Supervision Curriculum
and Development.
Fraenkel, J. R.
& Wallen, N. E. (1993). How to design and evaluate research in education. 2nd Edition. New York:
McGraw-Hill Inc.
Hayes, N. (2000). Doing
psycology research. Philadelphia: Open University Press.
Hamzah, B. Uno.
(2006). Orientasi baru dalam psikologi pembelajaran. Jakarta: PT Bumi Aksara.
Jamil Ahmad. (2002).
Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu penilaian. Tesis Doktor Falsafah
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Mohd. Majid Konting.
(2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mulyasa, Puworno.
(2005). Menjadi guru profesional: Menciptakan pembelajaran kreatif dan menyenangkan. Bandung: PT
Remaja Rosdakarya.
Murphy, K. R. &
Davidshofer, C. O. (1988). Psychology testing: Principles and application. Boston: Prentice
Hall.
Purwanto, Ngalim.
(1990). Psikologi pendidikan. Jakarta: PT Remaja Rosdakarya.
Singgih, S. (2002). SPSS
statistik parametrik. Jakarta: PT Elex Media Komputindo.
Soetjipto, Raflis
Kosasi. (1999). Profesion keguruan.
Jakarta: PT Rineka Cipta.
Teuku Iskandar.
(2004). Kamus dewan. Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Usman, Uzer M. (2006).
Menjadi guru profesional. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.
Wiersma, W. (2000). Research
methods in education: An introduction. Needham Heights: A Division of Simon & Schuster Inc.
Zamri Mahamod,
Norasmah Othman & Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Profesionalisme guru novis: Model latihan. Edisi
Kedua. Bangi: Penerbitan Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.