Ros
Ayu Abdullah
Siti
Rahaimah Ali
IPG Kampus Kota Bharu
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk
meninjau mengenai penggunaan Fun-Tastik Board sebagai bahan bantu mengajar
dalam pengajaran pembelajaran matematik di sekolah rendah orang asli di negeri
Kelantan. Empat puluh orang murid dikalangan orang asli telah dijadikan sampel
kajian. Data kajian ini dikumpul dengan menggunakan soalan ujian pra dan ujian
post. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid yang lemah dapat menyelesaikan
soalan darab dengan menggunakan alat Fun-Tastik Board
PENGENALAN
Matlamat
pendidikan matematik rendah adalah untuk membina pemahaman mengenai konsep dan
kemahiran asas dalam pengiraan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan dalam
kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pelajaran, 2003). “Kemahiran
mengaplikasi [pengetahuan] dalam kehidupan seharian dengan berkesan” oleh
negara-negara lain, seperti Singapura (Curriculum Development and Planning,
2001) dan Amerika Syarikat (National Council of Teachers of Mathematics,2000). Menurut
Siti Ana Hamdan (2007), penguasaan matematik boleh menjadi prasyarat kepada
kejayaan negara mencapai negara maju yang berorientasikan teknologi maklumat.
Melalui ilmu matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat digarap dan diterjemah
untuk faedah semua.
Pengajaran Guru Matematik kepada Murid Orang Asli |
Dalam
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), matematik merupakan mata muridan wajib
yang dimuridi oleh setiap murid hinggalah ke peringkat tertinggi. Dalam proses
yang memakan masa enam tahun untuk pendidikan rendah, murid dibimbing untuk
mengembangkan kemahiran mengira melalui pemikiran kuantitatif mengikut langkah
yang logik (Nik Azis, 1992). Keadaan ini memerlukan murid memahami konsep asas
matematik seperti fakta asas darab di samping menghayatinya dalam kehidupan
seharian.
Penguasaan
kemahiran fakta asas darab menjadi keutamaan yang penting dalam pembelajaran
matematik. Olahan kira tambah dan kira tolak biasanya dapat dikuasai oleh murid
dengan mudah. Namun bagi olahan darab dan bahagi sering menjadi masalah kepada murid
untuk memahaminya. Antara faktor yang dikenalpasti menjadi punca kepada
ketidakseimbangan kefahaman ini adalah kaedah, persekitaran, dan perbezaan
individu. (Fernandez, 2004).
Dalam kurikulum KBSR, kaedah pengajaran yang memusatkan murid,
bahan dan berasaskan aktiviti telah menjadi fokus utama dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik di sekolah rendah sejak ia dilaksanakan dalam tahun
1982. Dengan perubahan ini, kurikulum latihan perguruan di Institusi Pendidikan
Guru telah diubahsuai untuk melatih guru-guru yang bukan sahaja mempunyai
pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai kemahiran pedagogi
dalam melaksanakan pengajaran yang memusatkan bahan, murid dan aktiviti. .
Dalam beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah di negara
kita akan dibestarikan. Sekolah-sekolah bestari ini akan dilengkapi dengan
pelbagai sumber murid dan bahan bantu mengajar yang merangkumi pelbagai media.
Oleh itu, guru-guru di sekolah harus menguasai kemahiran memilih dan
mengoptimumkan penggunaanya untuk mencapai dengan jayanya objektif murid yang
telah dirancang. Guru-guru perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan
perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran
di bilik darjah khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan bahan bantu
mengajar dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan
dan peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Janting
Ak Ringkai dan Jamin Nangtang( 2006) telah membuat kajian untuk mengenal pasti pendekatan yang sesuai untuk membantu
murid-murid menguasai sifir darab. Dalam
kajian ini, teknik menguasai sifir darab dengan cara melengkap grid 100 untuk membentuk
Jadual Sifir Pelbagai Guna (JSPG) menjadi fokus utama kajian. Pelbagai
pendekatan diperkenalkan untuk memudahkan murid melengkapkan grid 100. Kajian
mendapati Bonnia, seorang murid ‘slow learner’ lebih mudah melengkapkan grid
100 dengan cara penambahan berulang. Kajian juga mendapati latih tubi yang berterusan
dapat membantu Bonnia membina JSPG dengan baik.
Belajar
melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan
kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan
bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran
fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan
tatabahasa.
Menurut
Caplan (2003), main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah,
daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat
memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan
juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan
serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan
lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad
nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya.
Selain
itu, bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk
melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy
dan Fagen(2004) menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka
sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari
segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang
baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang
dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg
(2003).
Jerome
Singer (2007) menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanak-kanak menggunakan
kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga
berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan
mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan
mereka kreatif. Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan
perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa
yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan
kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama
ada main sosial atau main kognitif juga akan memberangsangkan aspek-aspek
perkembangan bahasa yang tertentu.
Tujuan
kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan
di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam
keadaan tidak formal. Kaedah ini
membantu perkembangan fizikal, sosioal emosi dan mental di mana mereka juga
dapat meningkatkan kekuatan dan ketangkasan, dapat berintraksi dan mempelajari
nilai-nilai social yang positif seperti bertolak ansur, bertimbang rasa dan
lain-lain lagi. Kesab keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi
proses pembelajaran di mana maklum balas yang diberi serta merta tentang betul
atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep (Barwell &
Clarkson, 2009)
Pernyataan Masalah
Dalam
latihan keguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia, guru pelatih
pengkhususan matematik telah didedahkan pelbagai kaedah mengajar yang
memusatkan murid , sumber-sumber pengajaran pembelajaran dan juga bagaimana
menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan. Kaedah-kaedah yang dimuridi
itu diharapkan dapat dicuba dan diterokai apabila mereka bertugas sebagai guru
mata murid matematik di sekolah kelak. Seseorang guru juga harus mahir mengenal
pasti , membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang paling
berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang
dirancang.
Herlinda
(2008) ada menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu dapat meningkatkan
kefahaman murid selain dapat merangsang minat dan sikapnya yang lebih positif.
Namun begitu masih terdapat ramai guru matematik yang mengajar menggunakan pendekatan ‘chalk and talk’ (Nooriza,
2001). Keadaan ini mengakibatkan murid menjadi bosan dan pengajaran kurang
memuaskan.
Kualiti sesuatu muridan yang memusatkan murid amat bergantung
kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang
sesuai. Sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber yang dilengkapi bahan
bantu mengajar tidak dapat membantu murid dalam pembelajarannya jika gurunya
tidak mahir menggunakan bahan itu dengan berkesan.
Tujuan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahan bantu
mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik oleh guru di sekolah
rendah. Kajian ini difokuskan ialah untuk :
1. Mengetahui perasaan murid sebelum dan selepas menggunakan Fun-Tastik Board sebagai alat bantu mengajar untuk menyelesaikan pendaraban dua digit dengan dua digit
2. Mengetahui kebolehan murid lemah menyelesaikan masalah darab dua digit dengan dua digit degan kaedah biasa berbanding dengan menggunakan alat Fun-Tastik Board;
3. Perbandingan tahap pencapaian murid menyelesaikan masalah darab dengan kaedah biasa dengan kaedah Fun-Tastik board
1. Mengetahui perasaan murid sebelum dan selepas menggunakan Fun-Tastik Board sebagai alat bantu mengajar untuk menyelesaikan pendaraban dua digit dengan dua digit
2. Mengetahui kebolehan murid lemah menyelesaikan masalah darab dua digit dengan dua digit degan kaedah biasa berbanding dengan menggunakan alat Fun-Tastik Board;
3. Perbandingan tahap pencapaian murid menyelesaikan masalah darab dengan kaedah biasa dengan kaedah Fun-Tastik board
Soalan Kajian
Kajian ini cuba menjawab persoalan
yang berikut :
1. Apakah perasaan perasaan murid sebelum dan selepas menggunakan Fun-Tastik Board sebagai alat bantu mengajar untuk menyelesaikan pendaraban dua digit dengan dua digit?
2. Apakah kebolehan murid lemah menyelesaikan masalah darab dua digit dengan dua digit degan kaedah biasa berbanding dengan menggunakan alat Fun-Tastik Board?
3. Apakah Tahap pencapaian murid menyelesaiakan masalah darab dengan kaedah biasa dengan kaedah Fun-Tastik Board
1. Apakah perasaan perasaan murid sebelum dan selepas menggunakan Fun-Tastik Board sebagai alat bantu mengajar untuk menyelesaikan pendaraban dua digit dengan dua digit?
2. Apakah kebolehan murid lemah menyelesaikan masalah darab dua digit dengan dua digit degan kaedah biasa berbanding dengan menggunakan alat Fun-Tastik Board?
3. Apakah Tahap pencapaian murid menyelesaiakan masalah darab dengan kaedah biasa dengan kaedah Fun-Tastik Board
Batasan kajian
Kajian ini hanya melibatkan murid yang lemah dalam matamuridan
matematik yang berada pada tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis, Gua
Musang. Fokus kajian hanya kepada penggunaan alat Fun-Tastik Board yang
bilangannya terhad dibekalkan kepada murid. Pengkaji hanya membuat pendedahan
tentang kaedah ini hanya dua kali sesi pengajaran sahaja sepanjang kajian.
Kesignifikan Kajian
Dapatan kajian dapat membantu, pegawai pendidikan, pentadbir
sekolah serta guru-guru tentang penggunaan Fun-Tastik Board dapat menarik minat
murid. Fun-Tastik Board juga dirasakan dapat membantu murid lemah menyelesaikan
masalah melibatkan pendaraban. Dapatan kajian juga dapat membantu pihak
penggubal kurikulum agar kaedah menggunakan Fun-Tastik Board ini boleh diterima
sebagai salah satu teknik dalam menjawab soalan yang melibatkan operasi
pendaraban.
Rekabentuk dan Sampel Kajian
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah ujikaji dengan
menggunakan ujian pensel dan kertas dengan
menggunakan soalan ujian pre dan ujian post. Analisis data secara diskriptif
dilakukan. Sampel kajian telah dipilih dari kalangan murid orang asli di SK
Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. Empat puluh orang murid telah dipilih
sebagai sampel dimana 23 orang murid adalah perempuan dan 17 orang murid adalah
lelaki . Pemilihan murid ini telah ditentukan oleh pihak pengurusan sekolah
dimana kriteria pemilihan murid adalah berdasarkan murid yang lemah.
Dapatan Kajian
Profil Responden
Secara
keseluruhannya, kajian ini melibatkan seramai 40 orang responden seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 1. 23 orang
responden (57.5%) terdiri dari perempuan dan 17 orang lelaki (42.5%). Responden
terdiri dari tahap 2 iaitu responden dari tahun 5 sahaja iaitu seramai 40 orang
(100.0%).
Jadual
1: Profil Responden
Kekerapan
|
Peratus(%)
|
|
Jantina
Lelaki
Perempuan
|
17
23
|
42.5
57.5
|
Tahun
Tahun 5
|
40
|
100.0
|
Apakah perasaan murid sebelum dan selepas menggunakan Fun-Tastik Board
sebagai alat bantu mengajar untuk menyelesaikan pendaraban dua digit dengan dua
digit?
Dapatan kajian yang dijalankan ke atas 40 orang murid mendapati murid
tidak dapat menyelesaikan operasi darab
dua digit dengan dua digit dengan betul menggunakan bentuk lazim. Ini kerana
mereka tidak dapat menguasai kemahiran menyelesaikan masalah kerana mereka
tidak menghafal sifir.
Setelah murid didedahkan kaedah menggunakan Fun-Tastik board untuk
menyelesaikan operasi darab mengunakan soalan yang sama dengan sebelumnya
mendapati bahawa kesemua murid dapat mendapatkan jawaban yang betul. Mereka
menyatakan bahawa kaedah ini lebih mudah kerana mereka tidak perlu menghafal sifir secara langsung.
Mereka menyatakan perasaan bahawa mereka gembira dan seronok kerana dapat
menyelesaikan operasi darab menggunakan kaedah dan menggunakan alat Fun-Tastik Board.
Apakah kebolehan murid lemah menyelesaikan masalah darab dua digit
dengan dua digit degan kaedah biasa berbanding dengan menggunakan alat
Funtastik-Board? Kajian ini telah dijalankan dengan memberikan soalan
ujian pre kepada murid. Murid dikehendaki menyelesaikan operasi darab dua digit
dengan dua digit menggunakan kaedah biasa yang telah diajar oleh guru mereka.
Setelah selesai menjawab ujian pre, murid akan diberi pendedahan tentang cara
menyelesaiakan operasi darap menggunakan Fun-Tastik Board. Tempoh masa yang
diambil untuk memberi pendedahan kepada murid tentang kaedah Fun-Tastik Board
adalah kurang lebih dua jam sahaja. Ujian post diberikan kepada murid. Kajian
mendapati bahawa murid yang lemah ini dapat menjawab betul sekurang-kurangnya
satu soalan. Ini ditunjukkan seperti jadual 2.
Jadual 2: Skor Markah Dan
Min Bagi Ujian Pre Dan Ujian Post
Skor markah
|
Ujian pre
|
Ujian post
|
||
Bil responden
|
Peratus (%)
|
Bil responden
|
Peratus (%)
|
|
0
|
40
|
100.0
|
0
|
0
|
1
|
0
|
0
|
2
|
5.0
|
2
|
0
|
0
|
5
|
12.5
|
3
|
0
|
0
|
3
|
7.5
|
4
|
0
|
0
|
3
|
7.5
|
5
|
0
|
0
|
4
|
10.0
|
6
|
0
|
0
|
6
|
15.0
|
7
|
0
|
0
|
7
|
17.5
|
8
|
0
|
0
|
5
|
12.5
|
9
|
0
|
0
|
2
|
5.0
|
10
|
0
|
0
|
3
|
7.5
|
Jumlah
|
40
|
40
|
Bagi ujian pre, terdapat 40 orang (100.0) yang mendapat skor 0
dimana responden ini gagal menjawab
kesemua item soalan manakala setelah didedahkan dengan kaedah fun-tastik board
tidak ada responden yang mendapat skor 0. Ujian pre menunjukkan tidak terdapat seorang responden yang dapat
menjawab sekurang-kurangnya satu soalan betul,
manakala ujian post pula menunjukkan kesemua responden (100.0%) menjawab
sekurang-kurangnya satu soalan betul . Terdapat 2 orang (5.0%) mendapat skor
10. Ini menunjukkan satu peningkatan pencapaian responden yang ketara
dalam menyelesaikan masalah pendaraban
menggunakan kaedah Fun-Tastik Board.
Apakah Tahap pencapaian murid menyelesaiakan masalah darab dengan
kaedah biasa dengan kaedah Fun-Tastik Board. Jadual 3 menunjukkan skor min markah ujian pre dan ujian post. Ujian
pre menunjukkan skor min kumpulan ialah 0.0 dan skor min bagi ujian post pula
ialah 5.65. Ini menunjukkan skor min ujian post adalah lebih tinggi dari ujian
pre. Ini jelas menunjukkan terdapat
perbezaaan skor min yang ketara antara ujian pre dan ujian post. Dapatan
ini dapat dirumuskan bahawa tahap pencapaian murid bagi kaedah biasa adalah
sangat rendah manakala tahap pencapaian murid menyelesaiakan masalah darab
dengan kaedah Fun-Tastik Board berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa
kaedah Fun-Tastik Board boleh dan dapat membantu murid dalam menyelesaikan
masalah pendaraban mudah.
Jadual 3: Skor Min Markah
Ujian Pre Dan Ujian Post
Ujian pre
|
Ujian post
|
|||
Bil responden
|
Peratus (%)
|
Bil responden
|
Peratus (%)
|
|
Bil Responden
|
40
|
40
|
||
Skor Min
|
0.0
|
5.65
|
||
Kesimpulan
Fun-Tastik Board adalah alat bantu mengajar yang dapat menarik
minat dan sekali gus dapat membantu murid menyelesaikan masalah yang melibatkan
operasi pendaraban. Dapatan kajian Kajian ini mendapati dengan menggunakan alat
fun-tastik board dapat meningkatkan minat murid yang lemah dan sederhana agar
mereka tidak membenci matematik disebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan
masalah pendaraban mudah. Dengan menggunakan alat ini, murid dapat
menyelesaikan operasi darab dengan jayanya. Ini memberikan impak yang besar
dalam diri mereka yang matematik adalah sesuatu yang mudah. Ini dapat
memotivasikan mereka untuk menyukai matematik.
BIBLIOGRAFI
Barwell, R. Clarkson (2009), Teaching and Learning Mathematics in
Multilingual Classroom. In Search for Theories in Mathematics Education:
Proceding of the 33rd Conference of the International Group for the
Psychology of Mathematics Education.
Bob Perry, John Conroy. Early Childhood And Primary
Mathematics: A Participative Text For Teachers. Harcourt Brace.
Curriculum Development and Planning Division (2001): Primary Mathematics Syllabus Singapore,
Manistry Education Singapore.
David Perkins (1992). Smart Schools : Better Thinking And
Learning For Every Child. New York : The Free Press.
Fernandez.C
& Yoshida M (2004), Lesson study: A
Japenese approach to Improving Mathematics Teaching And Learning. London:
Lawrence Erlbaum Assiociates.
Herlinda
Abdul Rahim. (2008). Penerapan unsur sejarah matematik dalam menentukan nilai
pi dan kebarangkalian. Tesis Sarjana
Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.
Janting
Ak Ringkai dan Jamin Nangtang, Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006,
Jilid 1/ Kerjasama IPBL dengan PPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak di
bawah KPKIPBL, ms:102-110.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah: Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 1 Kuala
Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum.
Ministry Of Education Malaysia (1997). Smart School Flagship
Application : The Malaysian Smart School : A Conceptual Blueprint.
Mohd
Rashidi Mat Jalil. (2008). Keberkesanan kaedah petak sifir dalam penguasaan
fakta asas darab dan mencari hasil darab dan bahagi dalam matematik tahun 4:
Satu kajian di SK Felda Tenggaroh 1, Mersing, Johor. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti PendidikanOrton, A.(1992). Learning mathematics : Issues, Theory
And Classroom Practice (2nd ed. London : Cassell.
Nik
Azis Nik Pa. (1992). Penghayatan
Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
NCTM
(2000) Principles and Standard for school Mathematics, Reston Va’ Author
Skemp, R.R. (1989 ). Mathematics In Primary School. London
: Routledge.
Siti
Ana Hamdan. (2007). Penggunaan bahan bantu mengajar guru pelatih matematik. Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti
Pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan