Selasa, 28 Ogos 2012

GAYA BELAJAR MURID PERIBUMI DAN PERSEPSI GURU : SATU PERBANDINGAN

Mohd Zamri Abdullah, Shukri Ismail, Mohd Din Haron
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Kota Bharu
Kertas penyelidikan ini dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pedagogi Peribumi, IPG Kampus Kota Bharu 2011
Abstrak
Penyelidikan ini dibuat bertujuan untuk melihat  hubungan antara gaya belajar murid pribumi dengan persepsi guru terhadap gaya belajar ini berdasarkan kepada teori yang dipeloporkan oleh DePorter, B.1992. Beliau membahagikan gaya belajar kepada tiga iaitu gaya belajar visual, auditori dan kinestatik. Kajian ini mengunakan kaedah kuantitatif dimana soal selidik dan data primer daripada sekolah diambil kira. Dua set soal selidik gaya belajar oleh  DePorter, B.1992 diubahsuai untuk guru dan murid.Analisis data mengunakan perisian SPSS. Pekali kebolepercayaan  alpha crombach digunakan dan untuk murid bernilai 0.94 manakala untuk guru 0.92. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya belajar visual (59 %) mendominasi gaya auditori (29%) dan gaya kinestatik (22%) bagi murid. Ujian t-test antara jantina menunjukkan signifikan bagi gaya belajar visual(P=0.047) pada aras kertian 0.05.  Sebaliknya dari segi persepsi guru pula gaya belajar kenestatik(55 %), auditori (35%) dan visual( 10%). Gaya belajar kinestatik dikalangan murid menunjukkan sumbangan yang tinggi  terhadap pencapaian akademik. Ini disebabkan gaya ini merupakan gaya yang paling popular digunakan oleh guru semasa P&P. Dapatan juga menunjukan bahawa pengalaman mengajar guru memberi kesan kepada persepsi guru terhadap gaya belajar murid. Guru yang lebih lama mengajar menunjukkan kecenderungan untuk lebih mengenali gaya belajar murid yang betul iaitu visual berbanding guru baru yang dominan kepada gaya belajar kinestatik.
PENDAHULUAN

Murid peribumi istilah baru yang digunakan khusus untuk Orang Asli di Malaysia. Sekarang murid-murid peribumi belajar di sekolah menggunakan kurikulum yang sama dengan sekolah aliran perdana/biasa. Apa yang menjadi masalah sekarang pencapaian akademik murid peribumi ini adalah amat rendah berbanding dengan murid-murid aliran perdana. Adakah faktor pencapaian akademik yang rendah ini disebabkan oleh gaya belajar murid, gaya mengajar guru, pendekatan, kaedah, teknik dan teori, gaya asuhan ibu bapa, budaya, lokasi penempatan dan kemudahan asas di sekolah dan di rumah ?   
Sekolah murid Orang Asli dapat dikategorikan kepada dua iaitu sekolah yang sudah mendapat pelbagai kemudahan asas biasanya berdekatan dengan jalan raya dan sekolah yang masih ketinggalan dari aspek kemudahan asas biasanya di kawasan pendalaman. Kira-kira 42% perkampungan Orang Asli berada dalam kategori pedalaman yang belum mempunyai kemudahan asas yang sempurna dan sukar dihubungi. Orang Asli merupakan kelompok minoriti masyarakat peribumi di Semenanjung Malaysia (Nicholas, 2000 ; Sunaidin, 1997). Mereka dianggap minoriti kerana dengan penduduk seramai 132,000 orang pada tahun 2000, mereka hanya membentuk 0.5% dari jumlah keseluruhan penduduk Negara (JHEOA, 2003). Orang Asli bukanlah kelompok manusia homogemous. Masyarakat Orang Asli dibahagikan kepada tiga kumpulan suku bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto (JHEOA, 2003;Nicholas, 2000; Noraini Ali 1999, Sunaidin 1997).
Tren taburan penduduk Orang Asli mengikut negeri dalam tempoh 1957-1998. Lokasi tumpuan/penempatan Orang Asli ialah di negeri Pahang dan Perak iaitu lebih dari 2/3 dari jumlah keseluruhan penduduk. Pulai Pinang, Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak mempunyai penduduk Orang Asli bagi tahun 1998. Sekiranya penduduk Orang Asli dibahagikan mengikut zon adalah seperti berikut, iaitu Zon utara – majoriti Negrito, Zon tengah – majoriti Senoi, Zon selatan – majoriti Melayu Proto. Bagi kumpulan etnik Negrito negeri Kelantan mencatat taburan tertinggi iaitu 1, 408 orang 39.3 % ( JHEOA 2003).
DEFINISI KONSEP GAYA BELAJAR
Gaya belajar boleh dibahagikan kepada  3 jenis iaitu gaya belajar visual, auditori dan kinestatik. Setiap pelajar memiliki ketiga-tiga gaya  belajar ini, bagaimanapun mereka akan cenderung kepada salah satu di antaranya yang lebih dominan samada visual, auditori dan kinestatik.
2.1  Visual (belajar dengan cara melihat)
Ciri-ciri gaya belajar visual :
a) Bercakap dengan cepat
b)  Mementingkan penampilan dalam berpakaian/penampilan
c)  Tidak mudah terganggu dengan kesibukkan
d)  Mengingat apa yang dilihat, daripada apa yang didengar
e)  Lebih suka membaca dari pada dibacakan
f)  Pembaca cepat dan tekun
g) Seringkali mengetahui apa yang harus dikatakan, tapi tidak pandai memilih kata-kata
h)  Lebih suka melakukan demonstrasi dari pada bercakap
i)   Lebih suka muzik dari pada seni
j)  Mempunyai masalah untuk mengingat struktur lisan kecuali jika ditulis, dan seringkali    
k)  Meminta bantuan orang untuk mengulanginya.
Strategi untuk memudahkan  proses belajar bagi pelajar jenis visual:
a) Gunakan bahan  visual seperti, gambar-gambar, diagram dan peta.
b) Gunakan warna untuk menanda hal-hal penting.
c) Mengalakkan pelajar untuk membaca buku-buku berilustrasi.
d) Gunakan multi-media (contohnya: komputer dan video).
e) Mengalakkan pelajar untuk mencuba mengilustrasikan idea-ideanya ke dalam gambar.
2.2 Auditori (belajar dengan cara mendengar)
Ciri-ciri gaya belajar auditori :
a) Semasa berkerja suka  berkomunikasi dengan diri sendiri (monolog).
b)  Penampilan rapi
c)  Mudah terganggu dengan kesibukkan atau tekanan
d) Belajar dengan mendengar dan mudah  mengingat apa yang dibincangkan dari pada yang dilihat.
e) Mudah membaca dengan kuat  dan memperdengarkan kepada orang lain.
f) Menggerakkan bibir mereka dan menulis di buku ketika membaca
g) Biasanya ia seorang yang boleh bercakap dengan fasih
i)  Lebih pandai mengeja dengan kuat daripada menulis
j)  Lebih suka gurauan lisan daripada membaca komik
k) Mempunyai masalah dengan suasana yang melibatkan Visual
l)  Berbicara dalam irama yang tersusun dan sistematik.
m) Dapat mengulangi kembali dan menirukan nada, berirama dan warna suara
Strategi untuk memudahkan proses belajar bagi pelajar jenis auditori :
a) Mengalakkan pelajar melibatkan diri  dalam perbincangan di dalam kelas ataupun pun di dalam keluarga.
b) Membimbing pelajar untuk membaca bahan pelajaran dengan kuat.
c)  Gunakan muzik untuk mengajar murid-murid.
d)  Berbincang dengan murid mengunakan idea  secara verbal.
e) Pelajar merakam bahan pelajarannya ke dalam kaset dan bombing mereka untuk    mendengarkannya sebelum tidur.
3. Kinestetik (belajar dengan cara bergerak, bekerja dan menyentuh)
Ciri-ciri gaya belajar kinestetik :
a) Bercakap dengan  perlahan
b) Penampilan rapi
c) Tidak terlalu mudah terganggu dengan situasi sibuk.
d) Belajar melalui manipulasi dan praktikal
e) Menghafal dengan cara berjalan dan melihat
f) Menggunakan jari sebagai petunjuk ketika membaca
g) Merasa sukar untuk menulis tetapi hebat dalam bercerita
h) Menyukai buku-buku dan mereka mencerminkan aksi dengan gerakan tubuh semasa membaca
i) Menyukai permainan yang menyibukkan
j) Tidak dapat mengingat sesuatu kawasan baru, kecuali jika mereka memang pernah berada di tempat itu
k) Menyentuh orang untuk mendapatkan perhatian mereka
l) Menggunakan kata-kata yang mengandung aksi
Strategi untuk memudahkan  proses belajar bagi murid jenis kinestetik:
a)  Jangan paksakan murid untuk belajar sampai berjam-jam.
b) Menggalakan pelajar untuk belajar sambil mengeksplorasi lingkungannya (contohnya: ajak dia  baca sambil bejalan, gunakan objek sesungguhnya untuk belajar konsep baru).
c)  Izinkan anak untuk menmahamibahan bacaan  pada saat belajar.
d) Gunakan warna terang untuk  hal-hal penting dalam bacaan.
e) Izinkan murid untuk belajar sambil mendengarkan muzik.
Gaya belajar dapat menentukan prestasi belajar anak. Jika diberikan strategi yang sesuai dengan gaya belajarnya, anak dapat berkembang dengan lebih baik. Gaya belajar secara otomatik  bergantung dari orang yang belajar. Ini bermaksud setiap orang mempunyai gaya belajar yang berbeza-beza. Bagaimana dengan gaya belajar Anda?
Setiap individu memiliki gaya pembelajaran yang berbeza. Demikian juga,para pendidik memiliki pandangan yang berbeza tentang gaya pembelajaran.Menurut Dunn (1980), gaya pembelajaran adalah cara seseorang pelajar memproses serta mempertahankan informasi baru. Gaya pembelajaran  bergantung pada biologi dan perkembangan keperibadian seseorang dan ia dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pengaruh sosial serta perasaan individu. Akibatnya, sesuatu pengajaran mungkin efektif bagi seorang namun tidak efektif bagi yang lain kerana gaya pembelajaran mereka berbeza.
Renzulli and Smith (1978) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai satu bidang strategi pengajaran yang mana murid mencuba menuntut pembelajaran. Mereka berpendapat bahwa siswa dapat belajar dengan lebih efektif jika pengajaran guru sealiran dengan gaya pembelajaran pelajar. Dengan ini, penyesuaian dalam pengajaran perlu dilakukan untuk melayani gaya pembelajaran pelajar.
Kolb (1985) dapat menggambarkan empat model pembelajaran yang asas hasil dari kombinasi pengalaman pelajar dan persekitaran. Ia berpendapat bahwa dalam proses pembelajaran, semua pelajar yang efektif perlu mampu segi pengalaman  (concrete experience), pengamatan reflektif (reflective jenis), konseptualisasi abstrak (abstract conceptualization) dan eksperimentasi aktif (active experimentation).
Keefe (1987) berpendapat bahwa gaya pembelajaran mencakuip tiga aspek, iaitu kognitif, afektif dan kejiwaan. Gaya kognitif melibatkan pememprosesan informasi, gaya afektif melibatkan reaksi yang berdasarkan motivasi sedangkan gaya kejiwaan bersifat tabiat yang berhubungan dengan unsur-unsur seks, kesihatan dan persekitaran. Ia mendefinisikan pembelajaran sebagai satu proses internal dan berpendapat bahwa pembelajaran hanya berlaku apabila ada perubahan tabiat baik secara kekal atau sementara bagi seseorang individu.
National Association of Secondary School Principals dan terdiri dari pakar teori dalam bidang gaya pembelajaran telah mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai satu komposit faktor-faktor bersifat kognitif, afektif dan psikologi yang berfungsi sebagai petanda-petanda stabil pada cara mana seorang pelajar membuat persepsi, berinteraksi dan bereaksi dengan lingkungan pembelajarannya. Gaya pembelajaran juga mencakup gaya kognitif yaitu cara intrinsik pengolahan informasi yang mewakili modus membuat persepsi, pemikiran, pemecahan masalah dan cara mengingat kembali seseorang individu itu (Griggs, S.A., 1991).
DEFINISI KONSEP PERIBUMI
Menurut Hasan Mat Nor (1998), umumnya istilah peribumi digunakan bagi merujuk kepada kumpulan-kumpulan etnik natif kepada sesuatu wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara di mana mereka ini telah datang di wilayah tersebut lama sebelum wilayah itu wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Kamus Dewan memberi takrif peribumi sebagai ‘penduduk asli’ dan juga bumiputera (DBP, 1964). Definisi yang hampir sama diberikan kamus Longman (edisi kedua, 1997) yang mentaktifkan peribumi sebagai aboriginal iaitu para penduduk asal (aborigines) yang telah wujud di sesuatu negeri sejak awal lagi. Dalam konteks ini, dapat difahami bahawa peribumi merupakan istilah umum yang digunakan bagi merujuk kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai penghuni asal atau terawal di Malaysia.
Istilah peribumi ini barulah muncul dua istilah yang lebih spesifik digunakan bagi membezakan status kumpulan-kumpulan ‘para penduduk asal’ ini iaitu bumiputera dan Orang Asli. Hasan Mat Nor (1998) telah mengemukakan takrifan masyarakat peribumi menurut klasifikasi perundangan di mana terdapat dua kelompok warga peribumi di Malaysia iaitu bumiputera dan Orang Asli. Menurut beliau, kumpulan kaum yang diklasifikasikan sebagai bumiputera adalah meliputi Orang Melayu di Semenanjung; Orang Melayu, Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Melanau, Murut serta penduduk-penduduk natif lain di Sarawak; dan Orang Melayu, Kadazan, Dusun, Bajau dan penduduk-penduduk natif lain di Sabah. Manakala Orang Asli pula meliputi tiga kelompok etnik utama dikenal sebagai Negrito, Senoi dan Melayu-Proto (Hasan Mat Nor, 1998; Sunaidin, 1997). Pengkaji terkemudian seperti Nicholas (2000) mentakrifkan panggilan ‘Orang Asli’ bermaksud ‘tulen’ atau ‘masyarakat pertama’ yang mendiami Semenanjung Malaysia.
Perbezaan maksud istilah bumiputera dan Orang Asli dapat dilihat dengan merujuk kepada definisi di dalam perlembagaan negara dan juga Akta Orang Asli 1954 (Malaysia, 1974). Menurut (fasal) perlembagaan, istilah bumiputera membawa maksud yang lebih luas dan merangkumi keseluruhan Malaysia. Manakala, Akta 134 iaitu akta khusus bagi Orang Asli hanya boleh dikuatkuasakan bagi Semenanjung Malaysia, menetapkan 4 syarat utama bagi mendefinisikan Orang Asli iaitu:
i)            Mana-mana orang yang bapanya adalah dari rumpun bangsa Orang Asli yang bercakap dalam bahasa Orang Asli yang lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan. Ini termasuklah keturunan Orang Asli itu; mana-mana orang dari apa-apa kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa masih kanak-kanak oleh Orang Asli dan adalah seseorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli.
ii)          Anak dari apa-apa persatuan antara seseorang perempuan Orang Asli dengan seseorang lelaki dari kaum lain dengan syarat bahawa anak itu lazim bercakap dalam bahasa Orang Asli yang adat dan kepercayaan Orang Asli yang masih lagi menjadi seseorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli.
iii)        Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli kerana ia telah masuk sesuatu agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, ia masih mengikut cara hidup Orang Asli serta bercakap dalam bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi seseorang Orang Asli semata-mata oleh sebab ia mungkin mengamalkan agama itu.
iv)        Apa-apa soal sama ada seseorang adalah Orang Asli atau bukan Orang Asli hendaklah diputuskan oleh Menteri.
Daripada definisi yang dibincangkan di atas, didapati masyarakat Orang Asli merupakan warga peribumi (golongan penduduk asal) Malaysia, namun agak berbeza dengan kelompok penduduk yang diistilahkan sebagai masyarakat bumiputera. Ini kerana peruntukan di dalam akta telah jelas bahawa istilah Orang Asli hanya digunakan bagi menjelaskan status penduduk asal di Semenanjung Malaysia, manakala lain-lain kaum asal di Sabah dan Sarawak serta Orang Melayu di Semenanjung diistilahkan sebagai bumiputera. Oleh yang demikian, maksud dan penggunaan istilah ‘Orang Asli’ di dalam artikel ini hanya akan merujuk kepada 3 kumpulan etnik Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto.
Definisi Konsep Persepsi
Persepsi merupakan proses yang terjadi di dalam diri individu yang dimulai dengan diterimanya rangsangan, sampai rangsangan itu disedari oleh individu sehingga individu dapat mengenali dirinya sendiri dan keadaan di sekitarnya (Bimo Walgito).
Persepsi merupakan proses pengorganisasian dan penginterpretasian terhadap stimulus oleh organisme atau individu sehingga mendapat sesuatu yang berarti dan merupakan aktiviti yang terintegrasi dalam diri individu (Davidoff).
Persepsi ialah interpretasi tentang apa yang dirasakan individu (Bower). Persepsi merupakan suatu proses pengenalan maupun proses pemberian erti terhadap lingkungan oleh individu (Gibson). Persepsi juga mencakupi konteks kehidupan sosial, sehingga dikenali persepsi sosial. Persepsi sosial merupakan suatu proses yang terjadi dalam diri seseorang yang bertujuan untuk mengetahui, menginterpretasi, dan mengevaluasi orang lain yang dipersepsi, baik mengenai sifatnya, , ataupun keadaan lain yang ada dalam diri orang yang dipersepsi sehingga terbentuk gambaran mengenai orang lain sebagai objek persepsi tersebut (Lindzey & Aronson).
Persepsi merupakan proses pemberian arti terhadap lingkungan oleh seorang individu (Krech). Persepsi merupakan suatu proses yang dimulai dari penglihatan hingga terbentuk tanggapan yang terjadi dalam diri individu sehingga individu sedar akan segala sesuatu dalam lingkungannya melalui pancaindera yang dimilikinya.
Persepsi adalah suatu proses pengenalan atau identifikasi sesuatu dengan menggunakan panca  indera (Dreverdalam Sasanti, 2003). Kesan yang diterima individu sangat tergantung pada seluruh pengalaman yang telah diperoleh melalui proses berpikir dan belajar, serta dipengaruhi oleh faktor yang berasal dari dalam diri individu.
Mar’at (1981) mengatakan bahwa persepsi adalah suatu proses pengamatan seseorang yang berasal dari suatu kognisi secara terus menerus dan dipengaruhi oleh informasi baru dari lingkungannya. Mar'at (Aryanti, 1995) mengemukakan bahwa persepsi di pengaruhi oleh faktor pengalaman, proses belajar, cakrawala, dan pengetahuan terhadap objek psikologis. Pelaku orang lain dan menarik kesimpulan tentang penyebab perilaku tersebut atribusi dapat terjadi bila:
1)          Suatu kejadian yang tidak biasa menarik perhatian seseorang,
2)          Suatu kejadian memiliki konsekuensi yang bersifat personal,
3)          Seseorang ingin mengetahui motif yang melatarbelakangi orang lain (Shaver, 1981; Lestari, 1999).
Kesimpulannya bahawa persepsi suatu proses aktif timbulnya kesedaran dengan segera yang merupakan faktor internal serta eksternal individu meliputi objek, kejadian dan orang lain melalui pemberian nilai terhadap objek tersebut. Sejumlah informasi dari luar mungkin tidak disedari, dihilangkan atau disalahartikan. Mekanisme penginderaan manusia yang kurang sempurna merupakan salah satu sumber kesalahan persepsi (Bartol & Bartol, 1994).
Pernyataan Masalah
Pada tahun 1992, terdapat 3202 kanak-kanak peribumi mendaftar di sekolah rendah tetapi dari jumlah tersebut seramai 2485 (77.6%) telah tercicir (Malaysia 2003). Data menunjukkan kegagalan kanak-kanak Orang Asli dalam akademik amat mengerunkan serta mencabar pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung samada dari pihak kerajaan atau pihak-pihak bukan kerajaan (NGO). Data ini seolah-olah menunjukkan pihak-pihak yang terlibat gagal menjalankan peranan yang telah diamanahkan kepada mereka!. Data yang sama juga telah dijelaskan melalui kajian oleh Mat Nor (1998).
Menyedari hakikat ini pada tahun 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan kepada semua 27 buah Institut Perguruan Malaysia di seluruh Negara supaya membangunkan sekurang-kurangnya sebuah sekolah rendah yang majoriti muridnya adalah keturunan orang asli.
Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kepada temubual kualitatif dengan dua orang Guru Besar, beberapa orang guru pentadbir dan guru biasa di Sek. Keb. Post Brooke dan Sek. Keb. Kuala Betis. Kesimpulan dapatan kajian kualitatif mendapati murid Orang Asli bermasalah dari sudut,
a)     Pencapaian akademik yang rendah
b)     Bilangan tidak hadir ke sekolah setiap hari terlalu besar
c)     Gaya pengajaran guru
d)     Gaya pembelajaran murid Orang Asli
e)     Kemudahan asas
f)      Amalan budaya yang kuat
g)     Keibubapaan
Sehubungan dengan beberapa pemasalahan tersebut kami mendapati adalah amat releven kajian ini dilihat dari sudut gaya pembelajaran murid dan gaya pengajaran guru. Agar pemasalahan ini dapat terjawab dan masalah yang berlarutan ini dapat di atasi secara bersistematik.
Objektif Kajian
1)          Membanding peratusan gaya belajar murid peribumi dan peratusan persepsi guru
2)          Membandingkan  adakah terdapat  hubungan antara persepsi guru dan gaya belajar murid peribumi
3)          Mengkaji perbezaan  antara gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akademik.
4)          Mengkaji hubungan antara pengalaman guru mengajar dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid.
5)          Mengkaji hubungan antara tahap akademik guru dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid.
6)          Mengkaji perbezaan antara gaya belajar murid peribumi dengan jantina
7)          Membandingkan terdapat  perbezaan antara gaya belajar murid  peribumi dengan tahap/darjah belajar
Persoalan Kajian
1)          Mengetahui peratusan gaya belajar murid peribumi dan peratusan persepsi guru ?
2)          Adakah terdapat  perbezaan antara persepsi guru dan gaya belajar murid  peribumi?
3)          Adakah terdapat  hubungan  antara gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akademik ?
4)          Adakah  terdapat hubungan antara pengalaman guru mengajar dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid ?
5)          Adakah terdapat hubungan antara tahap akademik guru dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid ?
6)          Adakah terdapat  perbezaan  yang signifikan antara gaya belajar murid peribumi dengan jantina?
7)          Adakah  terdapat  perbezaan  yang signifikan antara gaya belajar murid peribumi dengan tahap/darjah belajar ?
Rasional Kajian
Kajian ini dijalankan kerana memandangkan  kebanyakan dalam kalangan murid-murid peribumi dari segi pencapaian akademik adalah amat rendah berbanding dengan pencapaian murid-murid aliran perdana sedangkan kelulusan akademik guru dan kemudahan belajar adalah sama berbanding dengan sekolah aliran perdana/biasa. Kajian ini di buat adalah untuk mempastikan gaya belajar manakkah yang releven dengan murid peribumi supaya kurikulum yang sedia ada dapat diubah suai atau disediakan kurikulum baru khas untuk murid-murid peribumi. Johari Talib dan Nazri Muslim (2006) Bagaimana Kanak-Kanak Orang Asli Gagal Di Sekolah ?. Kajian yang dijalankan di sekitar kampung Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan melibatkan 90 orang murid Orang Asli suku Temuan. Dapatan kajian hampir 90 % murid Orang Asli gagal menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sedangkan mereka berada di Tahun Enam walau pun sekolah tempat mereka belajar mempunyai kemudahan yang hamper sama dengan sekolah lain di daerah Jelebu.
Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan kepada murid-murid peribumi di Sek. Keb. Post Brooke, Gua Musang, Kelantan dan Sek. Keb. Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan. Taburan pelajar yang tidak seimbang dari segi darjah/tahun belajar.Bilangan pelajar seramai 110 orang dan guru seramai 40 orang.
Tinjauan Literatur
Sue and Sue (1990) menyatakan  masyarakat peribumi cuba mendapatkan kedudukan dalam masyarakat melalui pemberian dan perkongsian. Irvine dan Kuykendall (1992) mempunyai pandangan yang serupa tetapi ia lebih mementingkan kepada setiakawan dan menitikberatkan semangat kerohanian dan tidak mementingkan diri sendiri. Mereka bekerjasama sangat tinggi dalam kumpulan. Berikut adalah ciriciri/ konsep yang diamalkan oleh kaum peribumi:
Stereotype
Bagi masyarakat pribumi mereka menganggap mereka adalah sama dari segi fizikal,rambut, warna kulit, muka dan saiz. Mereka mempunyai kesan yang negatif sekiranya pihak sekolah ingin melihat tahap perbezaan pencapaian akademik dalam peperiksaan kerana berlawanan dengan prinsip hidupnya.
Struktur Keluarga
Dalam masyarakatnya mereka sangat mementingkan kepada orang tua. Mereka menghormati pandangan dan keputusan yang dibuat oleh golongan tua.
Kehidupan Harmoni Dalam masyarakat
Mereka inginkan kehidupan harmoni tanpa pergaduhan. Apabila bercakap orang tua mereka tidak melihat mata sebagai tanda hormat. Kalau melihat mata dianggap sebagai kurang ajar.(Kukandle, 1992).
Jangkaan
Orang peribumi menerima keadaan kehidupan dengan seadanya Sue and Sue (1990)  dan tidak ada cubaan untuk mengubahnya. Mereka selesa dengan keadaan sekarang dan kesanny mereka tidak membuat perubahan dari segi kemajuan untuk diri dan kemajuan.
Orientasi Masa
Ketepatan masa tidak begitu penting. Mereka tidak suka kepada dateline dan ingin kerja dengan bebas.
Non Interference (Tiada Gangguan)
Sue and Sue (1990)menyatakan masyarakat peribumi lebiha suka memerhati dan tidak suka melibatkan diri. Persaingan dan pencapaian individu sangat penting bagi kita tetapi orang asli tidak suka kepada persaingan individu dan lebih kepada kepentingan kumpulan.
Sharing Perkongsian
Dalam masyarakat orang asli, individu  yang dapat memberi dan berkongsi akan mendapat penghormatan dan kedudukan tinggi dalam masyarakat. Mereka sangat menitikberatkan kumpulan  tidak mementingkan diri sendiri. Berbeza dengan manusia biasa yang inginkan pembangunan diri dan kemajuan diri tetapi orang asli sebaliknya kerana mementingkan kumpulan.
Kerjasama
Reyhner (1992) kaum peribumi sangat mementingkan kerjasama dan semangat berkorban  tinggi serta mementingkan kumpulan. Kepercayaan ini memberi  kesan besar kepada orang asli terhadap gaya belajar asli belajar, terutama dalam pemilihan gaya belajar iaitu mereka bersedia belajar dalam kumpulan berbanding secara individu dan situasi competitif.
Learning style
Kukandle (1992) membuat kajian tentang teori budaya keatas kesan pemilihan pembelajaran  terhadap  individu dan kumpulan. Hilliard (1989) mencadangkan kumpulan manusia berkongsi teknik untuk membuat sesuatu pekerjaan.Budaya inilah yang memberi sesuatu etnik itu kuasa dan bermakna. Dia mengatakan ciri-ciri budaya ini tidak nampak dan mereka tidak sedar kewujudannya. Budayanya unik sehingga ia masuk kedalam budaya lain.
Di sekolah cikgu mementingkan kepada matapelajaran dan mereka gagal menguruskan pelajar. Cabaran utama  guru ialah keluar sedikit dari budaya kita dan cuba untuk mengembangkan penghargaan dan kefahaman kepada silang budaya untuk memahami budaya orang asli iaitu konsep  silang budaya. Ramai pakar kaedah pembelajaran mengatakan bahawa gaya pembelajaran kaum peribumi ialah visual tetapi apa yang berlaku didalam kelas  kebanyakkan pengajaran oleh guru dalam bilik darjah menggunakan gaya auditori.
Sekarang ini banyak usaha-usaha  di Amerika  untuk memadankan gaya pengajaran guru dengan gaya belajar murid.  Kebanyakkan guru tidak mempedulikan budaya dan kesan terhadap pembelajaran daripada menggunakan stategi silang budaya. Rainner (1992) mencadangkan guru mengunakan gaya pengajaran yang sesuai dengan budaya belajar untuk mencapai kesan yang maksimum kepada pelajar. Kebanyakan  penyelidik menemui tiga faktor asas berkaitan pencapaian akademik mereka iaitu pendapatan keluarga, pencapaian akademik ibu bapa dan status pekerjaan ibu bapa. Scielfelbein & Simmons (1981), 13 penyelidikan dijalankan di Amerika Syarikat didapati 10 penyelidikan menemukan  bahawa faktor sosio-economic determinant theory (SES) menentukan pencapaian akdemik. Johari Talib (2002) menunjukkan bahawa faktor SES yang diuji secara langsung dan tidak langsung melalui kolerasi dengan gaya keibubapaan dan personaliti kanak-kanak masih merupakan faktor utama dalam menentukan pencapaian akademik kanak-kanak pada semua peringkat kelas sosial.
Kesan kesukaran ekonomi yang dihadapi keluarga terhadap perkembangan kanak-kanak banyak telah direkodkan (eg. Harrison et al. 1990, McLoyd 1990, Lareau 1987). Berkaitan dengan isu ini McLoyd membuat kesimpulan :
(a) poverty and economic loss diminish the capacity of supportive, consistent, and involved parenting, (b) a major mediator of tahe link between economic hardship and parenting behavior is psychological distress deriving from an excess of negative life event, indesirable chronic conditions, and tahe absence and disruption of marital bonds, (c) economic loss and poverty affect children indirectly through the impact on parents behavior toward the child, and (d) father-child relations under conditions of economic hardship depend on the quality of relations between the mother and father”.
Jelaslah dapatan kajian dapat menyimpulkan kesukaran ekonomi keluarga memberi kesan kepada tingkah laku ibu bapa, hubungan mereka sesama sendiri dan anak-anak, gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga secara menyeluruh yang semuanya memberi kesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak pada semua peringkat umur.
Blake (1989) berpendapat saiz keluarga yang besar memyebebkan sumber kewangan yang terhad di mana terpaksa dibahagi-bahagikan kepada yang lebih kecil yang memyebabkan status kehidupan  keluarga menjadi rendah. Bukan sahaja aspek kewangan malahan terpaksa juga berlaku pembahgian dalam aspek masa, sokongan emosi, dan perhatian. Blake 1989, Coleman 1987 menyatakan keadaan ekonomi keluarga dapat diperbaiki dengan pelbagai sokongan dan bantuan sosial.
Metodologi
Kajian ini menggunakan Soal Selidik Gaya Belajar oleh DePorter, B.1992 terhadap murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di Sek. Keb. Post Brooke, Gua Musang, Kelantan.  Soal selidik ini mengandungi 50 item yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu :
Bahagian I       - Gaya Belajar Secara Visual
Bahagian II     - Gaya Belajar Secara Auditori
Bahagian III    - Gaya Belajar Secara Kinestatik
Reka Bentuk Kajian
Gaya Belajar Murid dan Gaya Belajar Murid Mengikut Persepsi Guru
·     GAYA BELAJAR MURID PERIBUMI
·     GAYA BELAJAR MURID MENGIKUT PERPESPI GURU

·       GAYA BELAJAR SECARA VISUAL
·       GAYA BELAJAR SECARA AUDITORI
·       GAYA BELAJAR SECARA KINESTATIK
Instrumen
Soal Selidik Gaya Belajar oleh DePorter, B.1992. Terdapat 50 item dibahagikan kepada
tiga bahagian
Populasi/Sampelan
Populasi ialah murid Tahun Enam, Tahun Lima dan Tahun Empat. Sampel  diambil secara rawak seramai 100 orang
Prosedur Pengumpulan Data
Pengumpulan data menggunakan kaedah tinjauan menggunakan Soal Selidik Gaya Belajar oleh DePorter, B.1992 diberikan dan pelajar dikehendaki menjawabnya dalam masa yang telah ditetapkan. Kajian Rintis telah dijalankan untuk mempastikan kesesuaian instrument kepada murid. Instrumen ini telah pun diuji oleh pengkaji terdahulu dan telah pun melalui  beberapa kajian rintis, namun untuk memastikan  kesesuaian instrument ini, ianya sekali lagi dibuat.
Pemerosesan Dan Analisis Data
Data akan dianalisis secara kuantitatif menggunakan statistic diskriptif  SPSS versi 11.5 untuk melihat skor secara terperinci setiap responden. Kaedah korelasi pearson digunakan untuk melihat perhubungan antara gaya belajar murid dan persepsi guru terhadap gaya belajar murid. Ujian t-test  digunakan untuk menguji perbezaan antara jantina dengan gaya belajar.
Dapatan Kajian
Bab ini melaporkan hasil kajian yang telah dijalankan terhadap murid peribumi di Sek. Keb. Post Brooke. Hasil kajian terbahagi dua iaitu menerusi statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis kajian telah dibuat menggunakan program Statistical  Package for Sosial Science (SPSS).
Bahagian ini menggunakan statistik inferensi dengan menggunakan kaedah one way anova dan t-test. Kuputusan kajian dinyatakan dalam bentuk inferensi mengikut susunan hipotesis kajian. Dalam kajian ini, aras yang digunakan ditetapkan pada α = 0.05. Keputusan kajian dilaporkan setakat dua angka pepuluhan sahaja.
Soalan 12.1 Mengetahui peratusan gaya belajar murid peribumi dan peratusan persepsi guru ?

Jadual 1 : Peratus gaya belajar murid peribumi

Gaya Belajar (%)
Visual
Auditori
Kinestatik
Murid
53.6
26.4
20.0
Perpsepsi Guru
10.0
35.0
55.0

Soalan 12.2 Adakah terdapat  hubungan  antara gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akademik ?

Jadual 2 Peratus hubungan gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akdemik


Gaya Belajar (%)
Visual
Auditori
Kinestatik
Tinggi
33.3
17.0
50.0
Sederhana
60.0
20.0
20.0
Rendah
51.0
33.3
15.7

Soalan 12.3 : Adakah terdapat  hubungan  antara gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akademik ?

Jadual 3 : Ujian Kolerasi Person -
Hubungan gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akdemik
Pencapaian
Akademik
Gaya Belajar (%)
Visual
Auditori
Kinestatik
Akademik
0.234*
          0.158    
0.278*
(sig.2 tailed pada aras alpa 0.005)

Soalan 12.4 : Adakah  terdapat hubungan antara pengalaman guru mengajar dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid ?

Jadual 4 : Hubungan antara pergalaman guru mengajar dengan
dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid
Pengalaman Mengajar
Gaya Belajar (%)
Visual
Auditori
Kinestatik
1-5 Tahun
0.0
28.6
71.4
5-10 Tahun
5.0
40.0
55.0
Lebih 10 Tahun
23.1
30.8
46.2

Soalan 12.5 : Adakah terdapat hubungan antara tahap akademik guru dengan persepsi  guru  terhadap gaya belajar murid ?

Jadual 5 : Hubungan antara tahap akademik guru
dengan persepsi guru terhadap gaya belajar
Tahap
Akademik
Gaya Belajar (%)
Visual
Auditori
Kinestatik
Diploma
8.33
33.3
58.33
Ijazah
6.6
40.0
53.33
Sarjana
100
0.0
0.0


Soalan 12.6 : Adakah terdapat  perbezaan yang signifikan antara gaya belajar murid peribumi dengan jantina?
Jadual 6 :  Ujian-t Perbezaan yang signifikan antara
gaya belajar murid peribumi dengan jantina
Gaya Belajar
Jantina
N
Min
SP
t
Signifikan
Visual
L
47
68.13
8.91
-2.012
0.047
P
63
72.08
11.04
Auditori
L
47
66.51
10.08
-1.618
0.109
P
63
69.89
11.33
Kinestatik
L
47
66.89
6.98
-0.941
0.349
P
63
68.71
11.82
                                                                                                (sig.2 tailed pada aras alpa 0.005)

Jadual 7 : Peratus gaya belajar murid peribumi dengan jantina
Jantina
Gaya Belajar (%)
Visual
Auditori
Kinestatik
Lelaki
53.2
25.5
21.3
Perempuan
54.0
27.0
19.0

Soalan 12.7 : Adakah  terdapat  perbezaan  yang signifikan antara gaya belajar murid peribumi dengan tahap/darjah belajar ?

Jadual 7 : Peratus perbezaan yang signifikan antara
gaya belajar murid peribumi dengan tahap/darjah belajar
Tahun
Gaya Belajar (%)
Visual
Auditori
Kinestatik
Tahun 4
67.6
24.3
8.1
Tahun 5
38.7
35.5
25.8
Tahun 6
52.4
21.4
26.2
13.0 Perbincangan
Dalam bab ini perbincangan berdasarkan kepada beberapa bahagian iaitu melihat peratusan gaya belajar murid Orang Asli dan persepsi guru terhadap gaya belajar murid. Keduanya gaya belajar dengan pencapaian akademik, jantina dan tahap / darjah.
13.1 Mengetahui peratusan gaya belajar murid peribumi dan peratusan persepsi guru ?
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya belajar bagi murid sebahagain besarnya ialah gaya visual (53.6%) berbanding gaya auditori (26.4%) dan kinestatik (20%). Ini menunjukkan murid-murid lebih berminat belajar mengunakan gaya visual iaitu mereka lebih suka kepada Susana belajar yang pasif, boleh dilihat atau diperhatikan ,suka demonstrasi dan mudah mengingat apa yang dilihat dari apa yang didengar. Ini mungkin disebabkan latarbelakang kehidupan yang bersifat naturalistic di pedalaman.
Bagi persepsi guru terhadap gaya belajar murid pula didapati gaya belajar kinestatik lebih dominan (55%) berbanding gaya auditori (35%) dan gaya visual(10%).Ini disebabkan latihan persediaan guru yang dipoeroleh daripada pusat latihan guru lebih berorintasikan  ciri-ciri pelajar bandar. Guru persepsi bahawa murid lebih suka bergerak,bermain, melakukan aksi dan sebagainya.
13.2 Adakah terdapat  hubungan antara persepsi guru dan gaya belajar murid peribumi?
Dari dapatan di atas menunjukkan bahawa tidak ada hubungan yang positif antara gaya belajar murid dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid. Ini akan menghasilkan aktiviti p&p yang tidak selaras dengan keperluan murid. Ini mungkin menyebabkan tahap  pencapaian akademik murid pribumi berada tahap yang rendah. Sepatutnya guru perlu mengetahui latarbelakang gaya belajar murid sebelum memulakan sesi P&P seperti yang dikatakan oleh Lee Shulman (1986) iaitu keperluan guru memahami  PCK (Pedagogical Content Knowledge).
13.3 Adakah terdapat  perbezaan  antara gaya belajar murid peribumi dengan pencapaian akademik?
Merujuk kepada jadual dua menunjukkan bahawa dalam kumpulan pencapaian aakademik tinggi didapati 50% murid adalah dari gaya kinestatik, 33.3% dari gaya visual dan 17% dari gaya auaditori. Bagi kumpulan lemah pula didapati 51% adalah adalah dari gaya visual berbanding 33.3% dari gaya auditori dan 15.7% dari gaya kinestatik. Ini menunjukkan pelajar kinestatik mendapat pencapaian yang tinggi kesan daripada gaya guru mengajar yang mengunakan gaya kinestatik semasa P&P. Sedangkan sebahagian kecil sahaja murid yang memilki gaya belajar ini.
13.4 Adakah terdapat  perbezaan yang signifikan antara gaya belajar murid peribumi dengan jantina?
Dari jadual menunjukkan bahawa gaya visual mempunyai perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Min pelajar lelaki 68.13 dan min pelajar perempuan 72.08 dengan  berbeza dengan tahap 0.047 iaitu signifikan pada aras alpa 0.05. Ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai gaya belajar visual yang lebih tinggi.
13.5  Adakah  terdapat  perbezaan yang signifikan antara gaya belajar murid peribumi  dengan tahap/darjah belajar?
Dari jadual enam menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang ketara gaya belajar murid mengikut mengikut tahap/darjah  pelajar. Sebagai contoh bagi tahun 4 untuk kumpulan pelajar gaya visual 67.6% tahun 5 (38.9%) dan tahun 6 (52.4%). Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara gaya belajar dengan tahap/darjah pelajar.
13.6 Adakah  terdapat hubungan antara pengalaman guru mengajar dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid?
Dapatan juga menunjukan bahawa pengalaman mengajar guru memberi kesan kepada persepsi guru terhadap gaya belajar murid. Guru yang lebih lama mengajar menunjukkan kecenderungan untuk lebih mengenali gaya belajar murid yang betul iaitu visual berbanding guru baru yang dominan kepada gaya belajar kinestatik. Sebagai contoh bagi  guru yang pengalaman 1-5 tahun (0%), 5-10 tahun(5%) dan 10 ke atas (23.1%)  untuk kumpulan gaya pembelajaran visual.
14.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN
Penyelidikan tentang kajian yang berkaitan gaya belajar dalam kalangan murid-murid Orang Asli masih lagi kurang.  Oleh itu, dirasakan perlu  diperbanyakkan  lagi penyelidikan-penyelidikkan  tentangnya dibuat  untuk membongkar penemuan-penemuan baru. Merujuk kepada dapatan kajian ini  menunjukan pelajar pribumi lebih dominan mengunakan gaya belajar visual berbanding dengan persepsi guru lebih kepada gaya belajar kinestatik. Oleh itu dicadangkan guru-guru di pedalaman yang terlibat dengan murid pribumi perlu mengetahui latarbelakang budaya murid pribumi dahulu dengan memberi pendedahan awal sebelum mereka ditempatkan disekolah berkenaan. Semasa latihan perguruan juga perlu ada kurikulum khas yang sesuai dengan budaya masyarakat pribumi.
Semasa P&P guru perlu perbanyakkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan gaya belajar visual seperti perbanyakkan aktiviti yang melibatkan demonstrasi, tunjukcara,seni muzik, cd-rom,video dan sebagainya. Dapatan juga menunjukkan guru yang berpengalaman membuat persepsi yang betul dengan gaya belajar murid iaitu gaya belajar visual berbanding dengan guru yang baru posting yang lebih dominan kepada gaya belajar kinestatik. Oleh itu dicadangkan guru baru ditempatkan perlu diberi orientasi pendedahan awal berkenaan dengan budaya belajar dan kehidupan masyarakat pribumi. Begitu juga dicadangkan agar diwujudkan satu matapelajaran pedagogi pribumi yang mengambil kira gaya belajar orang asli yang lebih focus kepada gaya visual.
Bagi guru-guru yang sedang mengajar perlu diadakan kursus Latihan Dalam Perkhidmatan dari masa kesemasa berkenaan dengan corak pengajaran bagi orang asli supaya mereka menjalankan proses P&P mengikut kesesuaian dengan budaya masyarakat orang asli. Dicadangkan juga supaya diubah kurikulum,sukatan dan buku  teks supaya selaras dengan kehendak gaya belajar bagi kaum pribumi di Malaysia.
BIBLIOGRAFI
DBP. 1964. Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasan Mat Nor 1998. Warga Peribumi Menghadapi Cabaran Pembangunan. Kertas Kadangkala Bil 8. Jabatan Antropologi & Sosiologi : UKM 1994
Undang-Undang Malaysia Akta 134. (Akta Orang Asli 1954 disemak 1974).
Nicholas, C. 2000. The Orang Asli And The Contest For Resources. Indigenous politics,  Development And Identity In Penisular Malaysia. Copenhagen, Dernmak : International Work Group For Indigenous Affairs.
Sunaidin San Ka Chang. 1997. Ke Arah Peningkatan Taraf Hidup Penduduk Orang Asli Simpang Arang Dalam Konteks Pembangunan Bandar Nusajaya. UTM: Tesis Sarjana Muda.
Abd. Ghafar Md Din (1997). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Azizi Yahaya, et, al ( 2007 ). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan . Kuala Lumpur : PTS  Publications & Distributors Sdn. Bhd
Berg, E.V. (1988). The Method and Technique of Teaching. London : Oxford University Press.
Bohn, C.E. & Jabusch, D.M. (1982). Elements of speech communication : achieving competency. Boston, Mass : Houghton Mifflin.
Borg, W.R. & Gall, M.D. (1983). Applying Educational Research : A Practical Guide. Boston, Mass. : Pearson/Allyn & Bacon.
Choy, Sau Kam (1999). Kekerapan Penggunaan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik.(atastalian)http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003_choy.pdf
Child, Dennis. (1983). Applications of Psychology for The Teacher. London : Cassell Educational.
Clark, R.E. & Salomon, G. (1986). Media in Teaching. Handbook of Research on Teaching. New York : Macmillan Publishing Company.
Dunn, R. (1984). Learning style:State Of The Science.
Eatsman, J. & Barner, R.A (1979). Mathematics for matriculation. Kuala Lumpur : McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Eisenhards (1977). Understanding Students Learning. New Jersey : Prentice Hall.
Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.
Felder, Richard M. and Silverman, Linda K. (1988). Learning and Teaching Styles in Engineering Education. Engineering Education. (674-681).
Khalid Mohd. Nor ( 1993 ). Kaedah Pembelajaran Berkesan . Kuala Lumpur : Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd
Kolb, B & Whishaw. (1985). I.Q: Fundamentals of Human Neuropsychology. Edisi Kedua. San Francisco: Freeman 67.
Kolb, D.A. (1985). Learning Style Inventory: Technical Manual. Boston:Mc Ber and Company.
Krejeje.R.V., Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research, educatioanal & psychological measurement. (607-610)
Linbeck, J. (1986). Effective Teaching : A GuideTo General Method. Don Mills, Ontario: J.M. Dent.
Mahathir Mohamad (1998). Cita-cita dan Pencapaian. Kuala Lumpur : Berita Pub.
Mariam (1998). Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Pengajian Melayu Dalam Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan.
Messick, S. (1976). Individuality in Learning.. San Francisco : Jossey Bass.
Miller, R.J. & Homer, K. (1975). How To Instruct Succesfully : Modern Teaching Methods in Adult Education. New York : McGraw-Hill.
Neerink, M. & Palmer, P. J. (1977). Challenge. South Melbourne : Macmillan.
Nik Asmah (1990). Program Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas : Teori dan Prakti. Kajang : Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam.
Noor Shah (2006). Perlakuan Metakognitif Pelajar Tingkatan 4 Dalam Penyelesaian Matematik. (atas talian) http://ppp.upsi.edu.my/ewacana/perlakuan.htm
Norihan Abu Hassan & Madihah Khalid (1992). Pembelajaran Matematik: Faktor Kelemahan Pelajar. Prosiding Simposium Kebangsaan Sains dan Matematik Ke V (1992), 207-228.
Norihan Abu Hassan (1997). Analisis Penilaian Pengajaran Oleh Pelajar : Kajian Kes. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Norihan Abu Hassan (2001). Perkaitan Antara Gaya Pembelajaran, Keupayaan Awal, Kesukaran Subjek dan Kaedah Pengajaran dengan Pencapaian Matematik Pelajar Diploma Kejuruteraan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
O'Connor, T. (1999). Using Learning Styles to Adapt Technology for Higher Education. Indiana State University : CTL Learning Styles Site
Rosniah Mustaffa, (2007) Mengadaptasikan Gaya Pembelajaran Pelajar ESL: Satu Kajian Kes Pelajar Tahun Satu di UKM. GEMA Online Journal
Ruggiero, V.R. (1991). The Art of Tthinking : A Guide to Critical and Creative Thought. New York : Harper Collins
Selmes, I.P (1987). Improving Study Skills. London : Holder and Stoughton.
Sharifah Alwiyah Alsagoff (1990). Ilmu Pendidikan Psikologi. Kuala Lumpur: Heinemann Education Book (ASIA) Ltd
Sharin Mohd Yasin (1993). Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah Daerah Alor Gajah. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia
Wagener, U.E. (1991). Changing The Culture of Teaching Mathematics at Indiana. Change – The Magazine of Higher Learning. Jilid 23 No. 4, 29-37.
Wallace, R. G. (1985). Introducing Technical and Vocational Education. Basingstoke : Macmillan
Wan Zuraida Wan Hamid (2002). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia
Yong et. Al (1996). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Teknik dan Vokasional. Kuala Lumpur: DBP

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas usaha pasukan penyelidik menambah dokumentasi penyelidikan pendidikan peribumi

    BalasPadam